Thursday, July 2, 2020

First day at office after PKP dan cuti bersalin

Salam. After lebih 3 bulan Work From Home sebab PKP plus cuti bersalin, maka saya kembali bertugas di office bermula 1 Julai semalam. Tetiba rasa janggal plak bila masuk office. Terasa diri ini macam junior / budak baru masuk kerja. Haha..


Pagi-pagi on the way ke office hantar anak-anak dulu ke rumah pengasuh.  Actually 2 weeks before dah start hantar dorang untuk test flow dan keadaan dorang camne. Suddenly bila dah start kerja ni, sebak pula bila pandang wajah anak-anak. Sedih terpaksa tinggalkan anak-anak di rumah pengasuh kerana mommy mereka keluar mencari rezeki. Giteww.. Tapi okla masih terkawal. Masa 1st baby dulu, lepas hantar je BabyE, masa nak turun kat depan lif juga berjurai air mata. Huhu. 

So kali ni mommy lebih strong la. Hehe. Gitulah ya pengorbanan seorang ibu yang berkerjaya. Nak jadi suri rumah sepenuh masa, tak syok pula sebab saya sejenis yang suka bersosial means ada aktiviti dengan orang lain. If duduk di rumah walaupun busy melayan anak-anak, but jiwa saya bukan sebegitu. Masa PKP baru ni dah test, ternyata saya bukan ibu yang penyabar. Haha. Salute kat para baby sitters dan ibu-ibu yang bergelar suri rumah!

Kat office kebetulan ramai pula yang pakai baju warna dark blue. So apalagi bergambar lah kami beramai-ramai. Walhal tak berjanji apa pun. So, bermula kembali rutin saya as Food Technologist di KKM. TQ very much buat yang wish 'Welcome Back' kat saya. Hehe. Moga saya boleh menjadi ibu berkerjaya yang sukses as mother & government servant. 


Misya : Belum sampai giliran untuk naik pangkat. 

1 comment:

  1. Selamat kembali bekerja semula. Semoga dipermudahkan urusan seharian ya. Tak mudah jadi mama bekerja ni.. Salute!

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...