Monday, December 30, 2013

Terlupa saya sponsorship GA blogger Nisha!! Perhatian untuk pemenang Elmarino Blanc!

Salam semua.. Akibat kesibukan melampau sampai saya terlupa bahawasanya saya adalah sponsor kepada satu giveaway anjuran blogger Nisha! MasyaAllah.. Itu pun saya ingat sebab GA tu dah tamat dan pemenang GA tu PM saya di page Misya D'Elkenian. Kelakar betul rasa.. Ampunkan daku Nisha.. ^^


GA tu diberi nama  "Back To Holiday Giveaway" | Nisha. Huhu sedar tak sedar dah tamat GA tu rupanya! Memang blogger Nisha ada tanya saya leh sponsor ke tak, terus saya kata ok. Huhu tapi apa-apa pun saya bukan jenis tak bertanggungjawab. Pemenang segmen tu bakal menerima hadiah 1 peket minuman kolagen Elmarino Blanc yang sangat best! 


 Ada 3 orang pemenang yang bakal menerima 1 sachet Elmarino Blanc setiap sorang. Harga asal sepeket EMB ni RM12.00 tau! Khasiat nya boleh tengok SINI. Untung siapa yang menang hadiah ni!=) Tahniah kepada :



So, kepada para pemenang GA ni boleh PM saya di SINI ya. Sertakan details anda seperti nama, alamat dan nombor telefon anda. Kepada Nisha, TQ so much sebab sudi invite saya jadi sponsor!=)



Misya : Jangan lupa daratan.

Part 6 : Honeymoon di Korea [Shopping time!! At Namdaemun & Myeongdong Market]

Salam.. Haaa akhirnya sampai ke syurga membeli-belah di tengah-tengah kotaraya Seoul nih! Perghhh macam-macam ada jual sampai terbeliak biji mata. Kopak poket dibuatnya. Ahaks... So, jom zoom in story saya ber honeymoon di Korea Part 6 ni! Part yang sebelum-sebelumnya boleh klik SINI.



Huhu dalam part sebelum ni kami ke Insadong untuk shopping. Tapi tak sangka kat Insadong tu sangat mahal harga barang di sana! Nyesal juga terbeli kat sana. Huhu. So dah tahu maka jangan gi sana lagi. hehe. Jenjalan takpe la kot... 


Next destination kami adalah Namdaemun Market. Sebelum tu pekena kebab dulu! Perghh serius sangat sodap!! Wife uncle John yang follow kami tu belanja. Sejuk-sejuk makan kebab, memang syok!

My hubby.. Huhu excited dapat makan kebab orang belanja. huhu..

Inilah kedai kebabnya. Kecil je.. :)



Finally sampai di Namdaemun Market! Serius masuk-masuk je dah rambang mata dah nampak macam-macam benda boleh dibeli!

Dari makanan, pakaian, kelengkapan rumah dan segala-galanya ada di sini!

Ok kalau nak shopping brooch dan aksesoru wanita, makesure anda cari bangunan warna orange ni. Sebab kat sini sangat sesak dengan pelbagai kedai dan bangunan. So, nak cam tempat beli brooch, bangunan warna orange ni mesti diterjah. Tempat lain takde tau..


Haaa tengok tu... Serius rambang mata dek non!!! Segala jenis brooch, rantai, gelang dan aksesori dijual di sini! Boleh tawar-menawar juga.. Tapi tengok kedai la. Kalau yang jenis friendly tu yang best.


Pilih jangan tak pilih! Tapi apa-apa pun anda kena pandai bezakan harga. Kebanyakan aksesori di sini ada je jual kat KL and harga jauh lebih murah. So, jangan tertipu ya!=) 






Yang paling best saya dapat hadiah brooch from wife uncle John! Hadiah for my wedding day. Almaklumlah kami kan baru kahwin.. TQ aunty!=)

Suasana di sekitar Namdaemun Market.. Sangat busy.. Ramai juga rakyat Korea yang berkunjung ke sini.


Kami borong souvenir banyak di sini. Sebab sangat murah! 

Ok selesai shopping di Namdaemun.. Now dah tahu rahsia tempat murah nak shopping di Korea. Ngehehe...;)

Di malam hari pula, me and my hubby keluar ke night market yang sangat dekat dengan tempat kami stay. Iaitu Myeongdong Market. Tempat ni dibuka 24 jam tau! Perghhh.... Kira tak sunyi lah kota Seoul ni di malam hari..

Nak ke Myeongdong Market ni kena lintas jalan tapi perlu turun bawah tanah untuk ke seberang jalan. 



Kat dalam terowong bawah tanah ni pun ada jual pelbagai barang. Kira setiap lorong pejalan kaki bawah tanah di Korea ni tak sunyi. Jadi kita rasa selamat walaupun berseorangan. 


So, sudah sampai di pintu gerbang Myeongdong Market.

Perghhh meriah sungguh suasana kat sini! Sama seperti Namdaemun tetapi di sini lebih moden konsepnya. Di kelilingi kedai-kedai barangan branded. 

Malam-malam lebih sejuk banding siang. So nak taknak my hubby pun kena pakai sweater.

Makanan dan minuman pun ada. Huhu nampak sedap je tapi non-halal. Huhu..

 
Orang Korea semuanya memakai kasut bila keluar rumah. Jarang nampak dorang pakai selipar. Maybe sebab sejuk, so takkan nak berselipar je kan.. Plus lebih selamat dan selesa berkasut sebab dorang banyak berjalan banding berkereta.

Stokin-stokin comel.. Dah pakai kasut mestilah ada stokin. Huhu..

 Musim sejuk bakal tiba, so kebanyakan baju-baju di sini sudah mula mengeluarkan design untuk hadapi winter. Saya pun tak lepaskan peluang beli sehelai baju panas. Sebab nanti nak datang sini lagi masa winter.

 Fuh macam-macam ada babe!

Heaven giler rasa.. Dengan cuaca sejuk, walaupun sudah larut malam tetapi rasa macam malam masih awal! Happening sangat tempat nih!


Jumpa 1 kedai bernama Missha! Hehe.. Sejak bila saya ada kedai kat Korea ni? Ahakss.. Kat sini jenama kosmetik Missha ni sangat femes. Merata-rata leh nampak kedainya.


 Menghabiskan malam terakhir di Seoul. Cewah.. Esok dah nak berangkat pulang ke Malaysia. 



Makin malam makin sesak tempat ni. Agaknya inilah satu-satunya tempat orang Korea berlibur di tengah malam. Serius sangat meriah!

Dah shopping, perut sudah berkeroncong minta diisi.. Kari ayam dan sambal ikan bilis jadi santapan! Perghhh memang syok! Cuaca sejuk pekena lauk-lauk gini memang sodap. huhu..

Lapar benor my hubby... Makan ye sayang..


Ok esoknya kami berangkat ke Incheon International Airport untuk pulang ke Malaysia.. Huhu will miss this lovely place!

Jam 5 pagi kami sudah menaiki bas untuk ke airport. Sebab flight jam 8 pagi. 

Suasana di Incheon Airport..




Syukur Alhamdulillah sepanjang 5 hari di Seoul, Korea, banyak tempat menarik yang wajib dilawati dapat kami pergi. Kira walaupun pergi sendiri tapi kami masih boleh survive di sini. Kos 2 orang kira-kira RM4000 termasuk flight, penginapan dan belanja makan minum & transport kat sana. Murah kan? Kalau duk hotel 5 stars memang ler tak cukup!

Tapi takpe, saya akan ke sini lagi Januari 2014 sebab kali ni dapat free VVIP trip from Elken! Wah syoknya kali ni saya dan hubby honeymoon waktu winter! Dapat main salji.. Yahooooo......!

Posing mengada-ngada.. Hehe..






Hehe sempat posing-posing di sekitar airport.. Kebosanan menunggu flight..

Hoorayyy! Dapat makan! Mantoppp!

Serius rindu giler dengan makanan Malaysia. Nasi lemak, roti canai, teh tarik, dan macam-macam lagilah! Tak sabar nak balik! Tapi apa-apa pun Korea meninggalkan kenangan terindah buat saya dan hubby..^_^


Korea, we will come again on 2014!!! Muah-muah!!




Misya : Mahu ke Osaka, Jepun pertengahan 2014.









Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...