Salam semua. Erm kali ni entry wedding saya about sesi studio photoshoot di Andaman23, Shah Alam. Asalnya nak shoot outdoor tapi cuaca plak tak mengizinkan, hujan... So wat studio shoot jela. Nasib bek incik photog si Vincent sangat pandai apply suasana studio menjadi ala-ala outdoor. Huhu. Jom kita terjah apa yang berlaku sepanjang sesi shooting dijalankan.:)
Salah 1 persalinan yang saya pilih.. Mahu pakai gaun kembang ala-ala Cinderella gitu. Request from my mom..
Sesi make-up dan bersiap... Sangat profesional make-up artist ni. Disiapkan saya dari hujung rambut sampai hujung kaki. Tadah muka n badan je. Hehe..
Amboi happynya husband ku..
Ececececehhh... Ensem la tu ya? Hehe...;)
Tuuuu dia..... Posing maut atas mini pelamin. Ngehehe...
Next baju lebih kepada konsep moden ckit. Ala-ala nak pi dinner pun ada. Memang hubby request nak satu persalinan pakai sut hitam. Bukan main dia posing ya...
Ada macam Men In Black tak? Ahakss... Si Vincent kata, haiyaaa manyak Leng Chai woooo...! Haha kelakar je..
Mari kita berdansa! Cewah!
Antara foto favourite saya.. Nice shot! Tq Vincent..:)
Posing sampai sakit pinggang! Haha.. Nasib baik memang dah biasa shoot masa join modelling dulu. Takdelah kekok sangat..
Next, shoot baju persandingan kami... Sangat rindu dengan baju ni sebab designed by me! Huhu.. Mesti takde siapa yang muat sebab saiznya kecil. Almaklumlah saya ni kan kecil molek orangnya. Ngeee...^^
Haaa ni posing apa plak ni? Agak pelik di situ.. Hentam sajalah.. Ikut kata photographer..
Sweet tak? Ahaks gedixx! Ngee malu-malu la pulak...:p
Alamak pose tak jadi! Abang pejam mata. hehe..
Haippp!!! Main kiss-kiss plak dia...;) Muah!
Kan dah kena tarik telinga!!! Hahahahaa...
Majuk lah, boleh tak?? Ngee....
Ok dah baik balik. Hehe... Alololo tomei-tomei.. ;P
Ok with my family!!! Happy sangat dapat shooting dengan dorang..
Bukan main lagi ye posing.. My parent pun sangat sporting!
Gitewwww... Gelagat me and my family! Pantang nampak kamera. Huhu..
With Vincent, our photographer that day.. Sangat profesional dan cekap.
Doakan kebahagiaan kami ya! Love uols so much!
Alhamdulillah selesai sesi studio shoot by Andaman 23. Setengah hari jugalah kami spend time di sini. Now dalam proses nak pilih gambar-gambar terbaik untuk dimasukkan dalam album. Fenin kepala mahu pilih gambar sebab banyak sangat! Hehe... Alhamdulilah semua photographer, make-up artist dan team butik pengantin Andaman 23 memberi pujian kepada kami kerana dalam ramai-ramai customer, kami yang paling sporting dan tak banyak kerenah. Kira senang bekerjasama. Huhu yeke? Yela, kita mudahkan kerja orang insyaAllah orang pun akan mudahkan kerja kita. Tak sabar mahu tunggu album siap. Stay tune....;)
Misya : Mengejar kebahagiaan di dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.