Friday, December 13, 2013

Part 3 : Honeymoon di Korea [Lotus World || Itaewon]

Salam semua.. Haa dan baca Part 1 dan Part 2 kisah Honeymoon saya di Korea? Kalau belum, sila lah terjah ya! Hehe... So, Part 3 apa pula kisahnya? 2nd day berada di Seoul Korea, terasa sangat teruja mahu explore apa yang menarik di sini. 

Morning! Hehe.. Kat sini waktu awal 1 jam. Jadi kalau di Malaysia jam 8 pagi, di Korea sudah jam 9 pagi. Tapi disebabkan cuaca yang sejuk tengahari pun still rasa sejuk. Hehe.. Sah! Bangun lewat! Ahakss...

Ok next destination, my hubby yang uruskan perjalanan kami. Meninjau peta bandar Seoul ke mana mahu dituju.. 

Pengangkutan awam utama di sini adalah subway train. Ada banyak jenis train dan beratus-ratus stesen yang menghubungkan banyak tempat. Jadi if nak ke  mana-mana memang sangat mudah. 

Suasana di stesen bawah tanah tren. Di dalam ni panas.. Maybe heater dipasang kot. Sebab tu dorang pakai T-Shirt je. 

Sebahagian laluan tren yang bakal kami naiki.





Suasana di dalam tren.. Masing-masing busy dengan gadjet masing-masing. Oh ya, tips nak naik tren di Korea ni, kalau boleh bawak perfume siap-siap sembur kat hidung atau tangan sebab orang Korea ni mengeluarkan satu bau yang agak kurang enak. Sampai my hubby tak tahan duk lama-lama dalam tren. Macam bau bawang putih yang sangat kuat, even duduk sebelah orang Korea pun dah berbau. Baik lelaki mahupun wanita. Huhu.. Tambah dorang tak mandi agaknya. Hehe..

Ok destinasi pertama kami, ke Lotus World!! Sebuah kompleks yang menempatkan shopping mall, dan juga taman tema untuk hiburan sefamily. Ala-ala Times Square plus Sunway Piramid pun ada tempat ni. Boleh main ice skating dan naik roller coaster!


Saya dan hubby sekadar melihat dari jauh saja. Tempat ni biasa-biasa saja bagi kami.. If nak masuk, ada tiket. Tapi rugilah if sekadar masuk tapi tak main apa-apa permainan kan. Mahu kena spend 1 day kat sini. 








Ada juga satu folk Museum menempatkan pameran sejarah Korea. Tapi tak lama di sini sebab macam bosan jek.. Haha...

Di luar bangunan Lotus World ni ada tempat yang boleh kami round-round. Mana-mana port best, mesti snap gambar. Huhu..


Di keliling kawasan ini menempatkan satu lagi taman tema Lotus World. Ingatkan boleh masuk free rupanya ada tiket. Ibarat taman tema Disneyland pun ada tempat ni. Jadi kami melihat dari luar sahaja. Okla kan.. Huhu..



Salah satu castle yang menjadi laluan roller coaster dalam taman tema ni. Ala-ala Disneyland pun ada.



Dari jauh kedengaran jeritan pengunjung-pengunjung taman tema ni menaiki pelbagai permainan yang disediakan. 

Abang seperti biasa melakukan kajian pada peta untuk perjalanan kami seterusnya..:)

Sambil menikmati pemandangan indah di tengah-tengah bandaraya Seoul. Walaupun jam sudah 1 tengahari tapi angin tasiknya sangat sejuk sampai ke tulang.



Kelihatan sebuah rumah kecil di tengah-tengah tasik khas untuk unggas-unggas seperti itik singgah.. Comel je...


Apa-apa pun kat sini memang sangat mendamaikan. Udaranya sangat segar. Tenang sangat-sangat jauh dari gangguan dan kesibukan kerja di KL.


Haa inilah makanan tengahari kami.. Lauk rendang ayam segera dari Brahims, dan juga nasi segera dari 7Eleven.. Just panaskan dalam microwave dah siap dimakan. Sejuk-sejuk makan rendang ayam memang masyukkk...


Nasi segera ni memang sangat-sangat membantu kami. Syukur Alhamdulillah dapat makan nasi di tengah-tengah kota Seoul ni. Dalam 3000 won (RM9.00) camtu harga dia.. Mahal gak. Hehe.. Takpela, janji kenyang..

Sebelum tu sempat singgah melihat satu persembahan muzik klasik Korea.. 

Ramai gak penonton. Walaupun K-Pop menguasai seni hiburan Korea, tapi muzik tradisional tidak dilupakan.

Jalan punya jalan, ternampak satu jam dinding kat sebatang pokok tepi jalan. Huhu orang-orang Korea memang sangat mementingkan masa.

Next, kami sempat singgah di Seoul Sports Centre yang mana Sukan Olimpik pernah berlangsung di sini. Masa tu Korea jadi tuan rumah. Memang sangat besar kompleks sukan ni. Masa kami sampai tu pertandingan bola besbol (kalau tak silap) sedang berlangsung dalam stadiumnya. Kedengaran dari luar penonton bersorak memberikan sokongan.

Hujan mula turun renyai-renyai... Alhamdulillah sampai sudah jejak kaki ku di sini..:)

Next destination! Itaewon.... Sebuah bandar yang menempatkan ramai orang Islam di situ. Makanan Halal pun banyak katanya. Jom pi terjah!=)




Sedang menanti tren tiba, sempat juga kami ternampak iklan pembedahan plastik untuk cantikkan wajah. Ingatkan artis K-Pop. Rupanya orang biasa-biasa saja yang menjalani pembedahan plastik terus jadi cun giler! Memang wanita Korea ni bergantung pada plastic surgery untuk cantik. Jadi jangan tertipu ya dengan kecomelan mereka.. Huhu..

Alhamdulillah sampai juga di Itaewon!! Kelihatan ramai orang Arab di sini. Muslim dari Indonesia, Arab, Malaysia pun ada! Banyak giler makanan Halal di sini. Memang perut tengah lapar tapi sebelum tu kami mahu melihat satu-satunya masjid di Korea ini.


Tercari-cari juga mana masjid tu.. Tapi demi nak melihat masjid, maka kami redah juga mencari. Sehingga bertemu 1 pasangan Malaysia, then kami ditunjukkan jalan ke sana.. Fuhhh agak jauh sampai kena mendaki bukit yang agak tinggi untuk sampai ke masjid tersebut. Mengah juga lah..



Akhirnya sudah kelihatan masjid itu!!!


SubhanaAllah rasa nak menitis air mata tatkala melihat sebuah masjid tersergam indah di atas bukit, satu-satunya masjid yang berada di tengah-tengah bandaraya Seoul. Kami tak melepaskan peluang mendirikan solat di masjid ini. Syukur Alhamdulillah...

My hubby sempat lagi posing di luar masjid.. Bukan senang nak sampai sini. :)


Perut sudah berkeroncong.. Cuaca sejuk memang cepat lapar.. Terjumpa 1 restoran Melayu Indonesia. Tapi tak jadi makan di sini. Menunya kurang menarik..

Hoyeahhh cari punya cari akhirnya bertemu dengan satu restoran Arab. MasyaAllah sedap giler makanannya!!

Yummy serius sangat sedap!

Teh o ais peach... Cuaca sejuk tapi tekak cepat kering.. Huhu..

Kebabnya sangat sedap!


Nasib baik hubby saya pernah study di Canada sebelum ni jadi makanan Arab ni dia dah biasa dengan menu-menunya. Saya follow je. Hehe..


Hubby kata murah juga makanan Arab di sini. Dalam RM belas-belas dah leh dapat satu set hidangan yang heavy camni.


Serius sangat sedap sampai ke hari ni saya teringat-ingat rasanya. Next month mahu datang sini lagi wajib singgah makan di sini lagi. InsyaAllah..:)

Suasana dalam restoran Turki ni.. Warga Korea dan warga asing yang lain pun ramai yang datang makan di sini. Serius will miss this place!



Selain restoran Halal, ada juga mini market yang menjual pelbagai keperluan Muslim termasuk makanan dan minuman yang Halal. Sempat kami shopping makanan ringan buat bekalan untuk perjalanan seterusnya. 


Little India pun ada! If nak rasa masakan Mamak, memang banyak di kawasan Itaewon ni. So, kalau datang ke Korea, Itaewon salah satu tempat yang kira wajib dilawati. :)


 
Ok dah nak pulang ke Namsan semula.. Alhamdulillah hari pertama di sini dapat dimanfaatkan sebaiknya. Next entry will be... Nami Island!!! ^____^ Klik Part 4



Misya : Rindu nak rasa cuaca sejuk.



5 comments:

  1. besnye korea . nka gi jugak !! . k.aimi makin cantik :)

    ReplyDelete
  2. bila la dapat pergi korea...seronok tgk pengalaman sis.....

    ReplyDelete
  3. @aswa leyla Alhamdulillah... Tq dear.. Korea memang sgt best!=)

    ReplyDelete
  4. @Kathy R'bain Boleh sis... Jom wat biz dengan saya. Dapat percutian free 3 kali setahun!!=)

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...