Sunday, February 17, 2019

Resepi Jagung Cheese Leleh

Salam. Di hujung-hujung minggu ni kalau takde wat pape, jom try wat desert special berasaskan jagung dan keju. Ermmmm saya ni kalau dengar tentang keju / cheese je memang favourite lah! Saja try search resepi Jagung Cheese Leleh kat facebook. Sebab hari tu scroll fb terlalu pulak video resepi ni. Nak try nak try tapi tak try-try pun. Haha.. Kali ni bagi jadi, try juga! Sebab dah beli jagung takut simpan lama-lama rosak pula. 


BAHAN-BAHAN

4-5 batang Jagung (Dipotong pendek-pendek dan rebus berasingan)
4-5 sudu Susu Pekat Manis
2 cawan Susu Cair/Susu Segar
3 sudu Butter
2-3 slice Cheddar Cheese (Blok/keping)
Air (ikut suka)
Sedikit Garam


KAEDAH MEMASAK

Campurkan semua bahan-bahan kecuali jagung. Jagung saya rebus berasingan sebab taknak dia jadi lembik bila masak sekali dengan kuah.

Kacau bahan kuah sehingga sebati, Pandai-pandai bajet rasa lemak, manis dan masin kuah ni. Adjust kuantiti susu pekat manis, garam dan butter.

Kacau dan terus kacau sampai mendidih. Saya suka kuah banyak so saya letak air lebih sikit, Kalau tak, no need to put more water if uols tak suka berkuah sangat.


Agak-agak dah pekat sedikit dan berbuih mendidih tu boleh tutup api dapur. Siap dihidangkan untuk kudap-kudapan.

Puaslah makan jagung dengan adanya kuah cheese leleh ni. Nakpekat lagi, cheese boleh tambah lagi.



Misya : Mudah tangkap leleh dengan cheese leleh.

Beza makan gaji vs bisnes rangkaian

Salam. Sekadar perkongsian untuk mereka yang makan gaji dalam masa yang sama teringin nak ada empayar bisnes sendiri.


Tahu kah anda kenapa bos kita boleh menjana lebih pendapatan daripada kita? Jawapan adalah seperti berikut :

Kita bekerja dengan gaji RM3,000 sebulan.
Setahun RM3,000 x 12 = RM36,000
Kerja 40 tahun RM36,000 x 40 = RM1,440, 000(RM1.4 juta)

Mengikut pengiraan di atas, kita sepatutnya adalah seorang jutawan setelah bekerja dgn majikan selama 40 tahun. Tetapi, duit itu kalau tidak dibelanjakan untuk makan, sewa rumah, bagi ibu bapa, bayar kereta dan sewa rumah, bil elektrik, mobile phone dan sebagainya.

Cara bos kita jadi jutawan adalah berikut :

Katakan bos mempunyai 5000 pekerja dlm syarikat/kilangnya.
Setiap pekerja beri dia 8 jam sehari
5000 x 8 = 40,000 jam
Ini bererti bos mempunyai 40,000 jam sehari.
Kalau sejam bos untung/jana RM1 sahaja.
Sehari dia akan untung RM40, 000
Sebulan ada 30 hari....
Jadi, kita gunakan RM40,000 x 30 = RM1,200,000

Soalan, adakah bos kita berlainan daripada kita?

Dia pun mempunyai satu kepala, dua kaki dan tangan. Kenapa dia buat 30 hari boleh jana sejuta RM, kita pulak habiskan 40 tahun untuk mencapai hasil yang sama? Rahsianya, dia pun membina rangkaian. Rangkaian dia ialah 5000 pekerja. Sedangkan kita keseorangan!!

Nampak macam matematik yang simple kan? But kalau anda minat berniaga, do it properly and dont give up. Binalah rangkaian perniagaan yang besar bermula dari bawah. Jual nasi lemak tepi jalan pun kena ada rangkaian yang baik dengan customer, pekerja dan orang sekeliling. Barulah bisnes cepat berkembang. Kalau bisnes taknak ada link dengan orang, siapa pula nak beli produk/servis yang kita offer kan? Bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah. Impian saya sekarang bukanlah nak jadi jutawan kaya raya. Cukup makan, pakai, no hutang piutang pun dah ok. So pilihan di tangan memasing. Nak makan gaji atau bisnes?



Misya : Tak berdosa menjadi kaya. 

Mee Goreng Guna Perencah Adabi

Salam. Dapat makan mee goreng panas-panas waktu sarapan or minum petang syok jugak kan? Teringin pulak nak makan mee goreng tapi perencah plak habis. So singgah pasaraya terjumpa Perencah Mee Goreng Adabi ni. Keluaran baru katanya. Biasa yang ada perencah untuk bihun goreng atau nasi goreng je. So try la beli. Kalau sedap bolehlah beli lagi.


Di belakang paket perencah ni dah ada instruction untuk memasak mee goreng. Memang senang. Follow je..



Campak-campak je siap! huhu.. .Tumis bawang besar & bawang putih, masukkan cili giling 1-2 sudu dan perencah mee Adabi ni, then dah naik minyak masukkan ayam/fish ball/fish cake. Dah agak-agak dah masak tu masukkan mee kuning (makesure basuh dulu mee). Last sekali baru masukkan sayur sawi/tomato/kobis (kalau masuk awal cepat layu & lembik). Tabur garam secukup rasa.

Ginilah rupanya mee goreng menggunakan perencah Adabi.


Rasanya? Sedap! hehehe.. Selalunya saya gunakan perencah bihun goreng sebab takde lagi perencah mee goreng ni. Now dah ada perencah khas untuk mee ni baguslah,

Bertambah-tambah husband saya makan. Walhal dia tak suka sangat mee goreng. Saya try juga gunakan perencah ni untuk kuetiow. Sedap juga. Letak udang lagi mantop! Baguslah Adabi keluarkan perencah gini. Cepat dan memudahkan kerja.


Misya : Tunggu perencah kuetiow goreng pula.

Thursday, February 14, 2019

Reaksi kelakar babyE makan lemon 1st time

Salam. Ada 1 hari tu saya ternampak 1 video kat facebook tentang koleksi reaksi wajah beberapa bayi dan kanak-kanak apabila diberi makan buah lemon. Serius kelakar gila tengok wajah dorang bila merasa kemasaman lemon buat pertama kalinya dalam hidup dorang. Ada yang sampai menangis, melompat dan ada yang mencebik bukan main bila makan lemon. Hahah sampai sekarang teringat. Kebetulan hari tu saya beli lemon nak wat air, saja je la bagi baby Erina try. Hulur je secebis lemon terus amik tanpa ragu! haha.. Sekali masuk mulut, kemasaman lemon tu terkena je lidah babyE terus keluar macam-macam reaksi muka! Kahkahkah... (Teruk betul mommynya gelakkan anak!) BUT memang kelakar!

Errrrr makanan apa ni mommy?? Pelik je rasanya! hahahaha


Grrrrrrr masammmmm...... Sampai terpejam-pejam mata menahan kemasaman lemon.

Tapi macam seronok pulak! hahahaha

Try lagi...

Yang lagi kelakar dah tahu benda tu masam, lagi dia cuba juga nak makan. Sampai kembang kuncup lobang hidung! hakhakhak

Macam sedap plak buah ni. huhu..


But lama-lama dia jadi macam imun, relaks je dia gigit-gigit lemon tu. Kira berjaya menguasai rasa masam lemon la tu.

Aduhai la anak.. Memang menghiburkan sungguh!



Misya : Baby comel je, kalau orang dewasa hodoh sungguh!  






Wednesday, February 13, 2019

Happy dapat kasut & lipstick baru!

Salam. Baru-baru ni ternampak iklan lipstick Super Stay Matte Ink terbaru keluaran Maybelline kat TV. Terus terpikat nak beli. On the spot saja mengusik, cakap kat husband suh belikan. Hehehe..  Sebab so far dia tak pernah belikan saya lipstick. Seminggu lepas tu pi jenjalan kat Alamanda Putrajaya, singgah Watson, lepas pilih lipstick Maybelline tu and husband bayarkan. Happy la saya dapat lipstick baru! Kebetulan lipstick sedia ada dah nak habis. Rembat 2 warna terus. hehe.


Lepas tu jenjalan lagi saja cari-cari kasut jalan warna putih. Sebab hari tu ternampak member sefamily pakai kasut putih gi jenjalan, terus berkenan sebab nampak smart. Husband saya sendiri keluar gi mana-mana mesti pakai kasut putih. Singgah Bata, belek punya belek, terberkenan pula dengan kasut putih ni. Tinggal kreatifkan je tukar warna tali ikut warna baju mesti lagi smart. Time nak bayar, husband tetiba kata takpela bagi dia bayarkan. Memang dia nak belikan saya kasut katanya. huhu seronoknya! hahaha...

Tak sabar nak pakai lipstick ni. Nanti dah pakai nak review best ke tak. Saya memang minat lipstick matte sebab tahan lama and wat muka nampak lebih fresh dan meyakinkan.

Light pink and light purple jadi pilihan. Actually banyak lagi warna sampai rambang mata macam nak beli semua. hahah.. But try yang ni dulu. Biasa saya pakai Silky Girl punya matte lipstick. Pun best juga. 


By the way thank you so much to incik husband sudi belanja lipstick dan kasut ni. Husband saya memang every year dia akan belanja saya pape saya nak beli. Menunaikan tanggunjawab katanya. Kan suami wajib bagi pakaian 2 pasang setahun kan? So saya taknak baju (sebab dah berlambak dalam almari), jadi dia belikanlah benda-benda gini sebagai ganti. Daripada dia belikan sendiri, baik time saya nak shopping tu dia terus bayarkan. Untuk elak saya tak berkenan dengan apa yang dia belikan. Hehehe. Syukur Alhamdulillah.. Moga rezeki suami saya bertambah-tambah lah lagi. Amin..:)


Misya : Tak mewah takpe janji mencukupi.

Tuesday, February 12, 2019

Inovasi Milky Chocolate by Fiza HomeBakery

Salam. Tetiba rasa nak review 1 produk makanan best yang saya beli secara online melalui group wasap blok rumah saya. Mula-mula tengok seller open order terus terliur nak makan Milky Chocolate ni. Almaklum saya memang penggemar coklat. Trylah order 1 . Sebalang RM18 if tak silap. Yang best COD sampai ke depan pintu rumah. Huhu..

Ginilah rupa Milky Chocolate nya. Saya memang suka benda-benda gini. Bercoklat then ada hazelnut/almond nut.


Rasa sekali nak lagi! Ketagih ok makan benda alah ni. Taste dia? Sedap dan tak cepat muak sebab dia nipis gitu. Ala-ala makan biskut Almond London tapi dalam versi berbeza. Untuk kudap-kudapan sambil tengok TV atau wat kerja depan PC, memang sesuai.


Saya tengok kepingan milky coklat ni je pun dah wat saya nak makan je. haha.. Pelik tak? Geram nengok kepingan coklat nipis-nipis gini. Lagi 1 rasa dia tak berapa manis sangat. Bagus la gitu.


Selain perisa coklat biasa, ada juga dark chocolate tapi saya tak order bcos tak minat dark coklat sebab pahit. hehe..

If nak order bolehlah contact Fiza Home Bakery atau follow IG dorang ni. Kot uols nak wat doorgift/souvenir untuk pape majlis ke sesuai lah dengan balang comel gini.


Saya rasa pembuatnya sangat kreatiflah keluarkan idea produk camni. Bosan asyik makan tipikal coklat bar je kan. Kena support usahawan berinovasi tinggi begini. Kipidap! Cuma disebabkan produk ni homemade tu yang harga dia agak mahal sedikit. But berbaloi dengan kualiti dan kesedapan Milky Chocolate ni. :)



Misya : Tak mudah cair dengan kata-kata manis.


Monday, February 11, 2019

Giveaway PantangPlus.com Di Mialiana.com

PantangPlus.com – Pakej berpantang selepas bersalin

Baca kisah benar ini dulu, dari pengasas PantangPlus, Puan Zamzana Mohd Arifin:

Semasa berpantang anak pertama, ada seorang makcik tukang urut selepas bersalin ini, mengurut belakang saya dengan kaki dia. Tiba-tiba, dia tergelincir sebab berminyak. Dipendekkan cerita, tulang belakang saya hampir retak. Saya terpaksa buat ‘check-up’ dengan doktor pakar selama 6 bulan.


Kini, boleh ‘booking online

Antara sebab PantangPlus diwujudkan, saya tidak mahu orang lain merasai keperitan berpantang kerana salah pilih tukang urut wanita. Di PantangPlus, semua bidan atau tukang urut selepas bersalin kami disaring terlebih dahulu, terlatih, berpengalaman dan mempunyai sijil. Paling penting, semuanya orang tempatan.


Di PantangPlus juga, pakej berpantang kami lengkap, termasuk penjagaan ibu, penjagaan bayi dan makanan pantang. ‘Confinement lady’ akan menjaga dengan penuh kasih sayang. Boleh lihat senarai penuh servis di laman web kami.

Pelanggan dari luar negara

Atas kesedaran ramai ibu-ibu muda tentang kepentingan berpantang, tempahan bukan sahaja datang dari Malaysia. Malahan dari Singapura, United Kingdom, Australia dan UAE.

Pesanan kami, jaga badan elok-elok semasa berpantang selepas bersalin. Barulah badan sedap, hati tenang!


Giveaway ini dianjurkan oleh PantangPlus.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM300 untuk dimenangi. Sila klik banner untuk join.

Read more: http://www.mialiana.com/2019/02/giveaway-pantangpluscom-di-mialianacom.html#ixzz5fBVIx7ke

Friday, February 8, 2019

Resepi Strawberry Milkshake Ringkas dan Sedap

Salam. Yang suka minuman lemak berkrim tetapi menyihatkan, boleh try resepi Strawberry Milkshake yang simple ni. 1st time saya try buat, perghhh marvelous sangat-sangat! Takyah beli kat kedai tapi leh dapat milkshake ala-ala di hotel. hehe.. Kebetulan officemate jual strawbery, saya pun belilah. Tapi disebabkan rasanya agak masam, saya frozenkan dalam peti sejuk. Baru boleh jadi milkshake. Cubalah ya!


Bahan-Bahan

Frozen Strawberry
Low Fat Milk
Sedikit Gula
Sedikit Serbuk Vanilla
Jangan lupa, blender untuk mengisar!


Kaedah Membuatnya

1. Campurkan sahaja semua bahan dalam blender. Kebetulan baru beli blender set jenama Magic Bullet from Lazada ni, tu lagi semangat nak try wat milkshake. hehe..


2. Onkan blender, kisar sampai semua bahan hancur dan sebati. Dari warna putih susu bertukar jadi warna pink.


3. Siap untuk dihidang!

Kepekatan rasa terpulanglah pada uols. Tapi aroma strawberry milkshake ni memang memikat selera. Sebab saya letak sedikit serbuk vanilla tu yang wat bau harum strawberry tu naik. 

Bolehlah minum sepuasnya. Bagus hidangan ni sebab menyihatkan but janganlah letak gula banyak sangat ya. Lagi bagus tak perlu letak gula. Tapi kalau strawberry masam sangat, better letaklah sikit gula.

Cuma my advice lepas buat milkshake ni better terus habiskan minum. If simpan-simpan dia jadi kurang fresh. Nanti susunya jadi termendak kat dasar cawan. Tak creamy sangat lah. So sekali wat terus habiskan lagi bagus. Sesuai lah untuk breakfast. Makan dengan pancake or biscuit. Bagus untuk anak-anak kecil sebab low fat, menyihatkan but still boleh memberikan tenaga.



Misya : Susah jumpa strawberry yang manis.

BabyE suka dengar ayat Quran, bakal Hafizah?

Salam. Since baby Erina dah pandai mendengar, benda pertama paling dia suka adalah mendengar alunan ayat Al-Quran atau laungan azan. Especially kat TV atau sape-sape yang mengalunkannya. Mula-mula tak perasan, tapi lama-lama baru tahu babyE memang suka dengar orang mengaji atau berzikir. Takpun azan berkumandang kat TV, dia terus diam tengok TV mendengar dengan fokus. Sebab sebelum-sebelum ni saya pernahlah jumpa baby / kanak-kanak ada yang dengar azan je terus lari takut sampai terjerit-jerit or menangis pun ada. huhu.. Alhamdulillah babyE tak begitu. :) 

Pantang saya buka channel TV yang ada rancangan mengaji terus dia excited nak tengok.

Tengoklah punya concentrate dia dengar suara orang mengaji kat TV


Lama juga dia fokus tengok TV. Kalau rancangan lain, dia wat tak tahu je. Ke sebab Ustaz kat TV tu handsome? Wakakaka..

Memang suka benar dia dapat dengar orang mengaji, Sejuk hati mommy bila anak suka dengar alunan ayat Al Quran.. Moga babyE istiqamah lah sehingga dewasa. Maybe dari dalam perut lagi saya suka perdengarkan dia dengan zikir dan lagu-lagu nasyid. So terbawa-bawa hingga babyE dah lahir.

Moga dah besar nanti babyE pandai mengaji. Mana tahu jadi penghafaz Al Quran ke kan? Sejuk perut mommy if dapat melahirkan seorang Hafizah. Tak kisahlah janji babyE jadi Muslimah yang baik. Amin..:)



Misya : Cuba istiqamah baca tafsir Quran.

Dulu-dulu tanpa gajet tetap happy!

Salam. Siapa yang lahir era 80s dan sebelumnya mesti merasa benda-benda tanpa gadjet macam kat bawah ni. Saya 80s baby so memang ada yang sempat saya rasa sebab bila masuk era 90s, semuanya semakin terhakis. Kalau ada pun dah penghujung-hujung gitu. Sometimes rindu juga era dulu-dulu without gadjet ni. Now maybe budak-budak sekarang tak tahu pun apa yang generasi 60s-90s pernah lalui which zaman tu walaupun tanpa gajet, kami tetap happy! :) 







































Misya : Sampai sekarang simpan buku biodata tu.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...