Salam. Sekadar perkongsian untuk mereka yang makan gaji dalam masa yang sama teringin nak ada empayar bisnes sendiri.
Tahu kah anda kenapa bos kita boleh menjana lebih pendapatan daripada kita? Jawapan adalah seperti berikut :
Kita bekerja dengan gaji RM3,000 sebulan.
Setahun RM3,000 x 12 = RM36,000
Kerja 40 tahun RM36,000 x 40 = RM1,440, 000(RM1.4 juta)
Mengikut pengiraan di atas, kita sepatutnya adalah seorang jutawan setelah bekerja dgn majikan selama 40 tahun. Tetapi, duit itu kalau tidak dibelanjakan untuk makan, sewa rumah, bagi ibu bapa, bayar kereta dan sewa rumah, bil elektrik, mobile phone dan sebagainya.
Cara bos kita jadi jutawan adalah berikut :
Katakan bos mempunyai 5000 pekerja dlm syarikat/kilangnya.
Setiap pekerja beri dia 8 jam sehari
5000 x 8 = 40,000 jam
Ini bererti bos mempunyai 40,000 jam sehari.
Kalau sejam bos untung/jana RM1 sahaja.
Sehari dia akan untung RM40, 000
Sebulan ada 30 hari....
Jadi, kita gunakan RM40,000 x 30 = RM1,200,000
Soalan, adakah bos kita berlainan daripada kita?
Dia pun mempunyai satu kepala, dua kaki dan tangan. Kenapa dia buat 30 hari boleh jana sejuta RM, kita pulak habiskan 40 tahun untuk mencapai hasil yang sama? Rahsianya, dia pun membina rangkaian. Rangkaian dia ialah 5000 pekerja. Sedangkan kita keseorangan!!
Nampak macam matematik yang simple kan? But kalau anda minat berniaga, do it properly and dont give up. Binalah rangkaian perniagaan yang besar bermula dari bawah. Jual nasi lemak tepi jalan pun kena ada rangkaian yang baik dengan customer, pekerja dan orang sekeliling. Barulah bisnes cepat berkembang. Kalau bisnes taknak ada link dengan orang, siapa pula nak beli produk/servis yang kita offer kan? Bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah. Impian saya sekarang bukanlah nak jadi jutawan kaya raya. Cukup makan, pakai, no hutang piutang pun dah ok. So pilihan di tangan memasing. Nak makan gaji atau bisnes?
Misya : Tak berdosa menjadi kaya.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.