Monday, May 22, 2017

25 nama Rasul dalam 3 bahasa

Salam. Semasa saya ke Istanbul, Turki beberapa tahun lepas, then singgah di Masjid Biru ternampak 1 pameran tentang nama-nama Rasul dari Nabi Adam sampailah Muhammad. Apa yang menarik nama-nama mereka semua bukanlah dalam bahasa Arab seperti yang orang kita selalu gunakan. Para Rasul ni ada nama tersendiri dalam bahasa Inggeris. Sebab tu kalau kata ada orang Melayu kita namakan anak-anak mereka dengan nama-nama pelik, selidik dulu. Kadang kita rasa kita dah cukup ilmu nak hentam orang. Tapi sebenarnya ada orang lagi berilmu gunakan nama-nama Nabi dalam bahasa lain yang kita tak tahu. Jom kita tengok antara nama-nama Nabi yang berbeza bila disebut bahasa Inggeris dan Ibrani. :)


Cuma yela, masyarakat Melayu ni kalau dengar nama anak pelik sikit mulalah dikatanya orang tu murtad dan sebagainya. Tak baik tau.. Yang penting nama diberi mempunyai makna yang baik.


Misya : Muhammad Rasul ku.

Saturday, May 20, 2017

Nasi Kukus Ayam Berempah @Putrajaya

Salam. Buat penggemar nasi kukus area Putrajaya, boleh try salah 1 restoran yang menjual nasi kukus ayam berempah di Presint Diplomatik. Dah dua kali saya makan memang sedap especially ayam berempah plus sambal yang marvelous. 


Ahha Restoran Nasi Ulam Ieda namanya. Actually bukan nasi kukus ayam berempah je ada. But makanan dari negeri Kelantan lain ada dijual. Plus masakan panas goreng-goreng pun ada tau. 


Restoran ni dekat ngan klinik Mediveron dan 7 Eleven. Kot kot la ada yang ngidam nak makan nasi kukus ayam berempah sekitar Putrajaya ni bolehlah singgah sini.


Lalu je depan kedai ni bau ayam goreng berempahnya memang menusuk kalbu. Huhu. Tak tahan.. Ok selamat menjamu selera.. 



Misya : Rindu nak makan gulai time kenduri kahwin di Kelantan.



Friday, May 19, 2017

Casting Photoshoot for Dania Bridal @Ashbarz Studio

Salam. Ingat lagi saya pernah share entry teaser saya shoot baju pengantin dengan Studio Ashbarz? Confirmlah tak ingat. hehe. Sebab dah lama sangat dah. Boleh klik SINI kalau nak baca. Oklah, kali ni bukan teaser but hasil saya shoot baju pengantin dari butik Dania Bridal. Actually shoot ni untuk sesi casting bagi pemilihan model untuk Majalah Mingguan Wanita. But nasib tidak menyebelahi saya untuk terpilih. But for me terpilih sebagai model casting ni pun dah kira bertuah sebab bukan semua model berpeluang attend casting ni. Jom tengok apa jadi bila Puan Misya bergaya dengan baju pengantin! ;)

Dah lama tak beraksi dengan pakaian pengantin so rasa kekok juga. But lama-lama okla. Almaklum pengantin dah basi. hehe..







Ok ni baru 1st baju. Jom tengok persalinan kedua pula serba putih. Siap bergandingan dengan model lelaki lagi tau. ;)






Ahha ini rare sikit pengantin bermadu namanya! Ahakss.. But dont worry dorang ni kategori adik-adik ja pun..  But congrats to Fahmi (model lelaki) sebab beliau terpilih untuk shoot with Majalah Mingguan Wanita. 

Ada 'drama' di situ ya..;)





Cantik-cantikkan baju pengantin dari Dania Bridal ni? Siapa yang nak kahwin tu bolehlah try tengok pakej persalinan pengantin yang ada di fanpage Dania Bridal. Saya sendiri dah kahwin pun geram tengok baju-baju dia semua cantik-cantik. hehe.. Untuk makeup, saya makeup sendiri je kali ni. Saja try test bakat terpendam. Bila dah tengok hasil shoot ni baru saya lebih nampak part mana saya kena baiki makeup saya. 

Misya : Pengantin pipi tembam.


Photoshoot English Style (Single) with Felix In

Salam. Lets view my latest portfolio. Actually bukan latest sangatlah sebab terlalu busy sampai termiss untuk update hasil photoshoot with photographer superb Felix In. Antara photog yang sangat bagus bekerjasama. Very friendly and profesional. Bertemakan English Style gitu. Makeup ala dolly look by Dyana. Lokasi di Putrajaya. Actually saya bergandingan dengan sorang lagi model iaitu Syairah Saidin. But entry kali ni saya update hasil shoot saya single dulu ya. :)

Photo paling saya suka!!! 
















TQ Felix for these photos. Also to my MUA Dyana Dyanaf. Antara tema shoot yang paling saya inginkan sebenarnya. hehe.. Alhamdulillah tercapai juga impian. :)

Anyone perlukan khidmat photographer boleh visit IG : Felix In
Nak makeup cantik macam saya gayakan ni boleh visit IG : Dyana Dyanaf

Misya : Usaha awet muda.


Model Casting for D'Herbs Product

Salam. Eh eh eh terlajak larisss.............! Ahaks... Pandang je wajah Dato' Aliff Shukri, mesti teringat tagline D'Herbs tu kan? Baru-baru ni saya ke casting untuk modelling job untuk D'Herbs di Damansara. Excited juga nak gi casting ni sebab belum pernah lagi ke HQ produk ternama ni. Saja timba pengalaman casting.

Sampai je depan bangunan HQ D'Herbs, haruslah selfie dulu. Hehe.. Tak dapat jumpa Dato' Aliff pun takpela. Dapat snap dengan gambar pun jadilah yer..

Melangkah masuk je bangunan D'Herbs ni, wow rasa mewah dan eksklusif sangat tempat ni. Sesuailah dengan citarasa seorang yang bergelar jutawan. 

Sementara tunggu giliran sempatlah posing selfie-selfie sat amik mood. 

Kejap je castingnya. Saya kena berlakon sketsa pendek dan jawab soalan-soalan berkaitan modelling.  Dato' Aliff nya takde pun masa casting. Hanya krew-krew beliau sahaja yang jalankan casting. Oklah at least ada experience casting. Ada rezeki dapat job dengan D'Herbs siapa tahu rite?

Ok nak balik dah.. Moga D'Herbs terus maju jaya. Jarang dapat jumpa jutawan Melayu yang berjaya kat Malaysia ni. Dapat jejak kaki ke bangunannya pun jadilah. hehe


Misya : Masih amalkan produk yang sama.

Char Koay Teow Sg. Dua, Penang bikin terangkat!

Salam. Sapa sini oghang Penang? Hehe.. Kalau ke Penang tak sah if tak makan Char Koay Teow. Tapi bukan semua tempat di Penang yang ada Char Koay Teow sedap. Salah 1 tempat yang best adalah di Sungai Dua. Perghhh memang terangkatlah!

Harga Char Koay Teow pelbagai size. Mostly menu berasaskan udang. Haishh memang feveret nih!

Tarraaaa... Dah sampai saya and hubby punya Char Koay Teow Special.

Owh baru tahu yang special punya ada telur mata lembu. Waduhhhh melting sungguh!

Jemput tengok.. Hehe... 

Apa yang menarik tagline kedai ni, "Telur Ayam Di Basuh". Ahakss... Its very good sebab kedai ni mementingkan kebersihan. Almaklum nak masak Char Koay Teow memang banyak gunakan telur. 

Ginilah suasana kedai ni. Maaf gambar agak kelam. Orang ramai keluar masuk non-stop. Parking kereta berderet-deret. Senang nak jumpa kedai ni sebab dia betul-betul tepi jalan. So kalau datang ke Penang, mai la singgah sini sat naa...



Misya : Bukan orang Penang.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...