Thursday, May 4, 2017

Vistana KL, hotel terbaik pernah saya stay!

Salam semua. Actually ini kali kedua saya share tentang pengalaman saya menginap di Vistana Hotel, Kuala Lumpur. 1st review boleh baca di SINI. Kenapa saya nak share lagi sekali? 1st of all this hotel terdapat banyak penambahbaikan berbanding daripada saya stay kali pertama. Saya rasa macam taknak balik je sebab seriously dari awal check-in sampai check-out, everything was perfect! Memang saya bagi 10 bintang! Why? Nanti saya story lebih lanjut.

Sesampai je disambut baik oleh receptionist. Bell boy pun sangat gentleman bukakan pintu utama.. Salah 1 penambahbaikan di sini adalah lif nya sangatlah cepat! Tak perlu tunggu lama tau-tau lif dah sampai. Tak sempat nak menikmati pemandangan melalui tingkap, lif yang ditunggu dah tiba. Serius sangat efisien dan tak membazir masa pelanggan untuk tunggu lif. 

Check in bilik, so far keadaan masih sama. Selesa, bersih, tenang. Mengadap pemandangan bandaraya city rasa macam berada di tengah kota metropolitan.

Apa yang menarik kebiasaannya perabot kayu ni bila dah lama akan mengeluarkan sejenis bauan hapak. But this hotel semuanya kelihatan baru dan tiada bauan yang kurang menyenangkan.


Husband saya suka table top untuk sinki di toilet. Luas dan ada banyak space nak letak toiletries. Almaklum kami stay sini agak lama so banyak juga barang dibawa.

Yang penting toilet mesti bersih. 

Next, ada swimming pool. But saya tak berendam la kali ni. Tak sempat sebab datang sini pun atas urusan kerja. One more thing, pekerja-pekerja di sini sangatlah pantas bertindak. Request apa je kejap je dorang sediakan. Memang efisien!


Ok nak komen pula tentang makanan, totally MARVELOUS! From day 1 until check-out, makanannya sangat lah sedap. Ada macam-macam pilihan pula tu. OMG memang heaven. If stay lagi lama memang naik lah berat badan dengan mendadak. haha. 

Seriously ini hotel terbaik pernah saya stay sepanjang hidup. Saya harap Vistana KL mengekalkan prestasi ni. InsyaAllah will be our choice to stay here again. 

Info lanjut uols boleh visit : http://www.vistanahotels.com/KualaLumpur/titiwangsa/Default.aspx


Misya : Servis yang bagus kekalkan pelanggan.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...