Thursday, March 30, 2017

Mesej Berantai adalah HARAM!

Salam. Selalu tak anda menerima mesej-mesej berantai? Tak kisahlah melalui emel ke whatsapp ke sms ke.. Confirm semua orang pernah terima. Termasuklah saya which kadang-kadang mesej berantai ni agak annoying! Siap penghujung mesej tu dia bagi warning lagi kalau tak forwardkan mesej tu. Aduhai.. Apa hukumnya menyebarkan mesej-mesej sebegini? Boleh baca artikel berikut yang dikongsikan oleh rakan saya di whatsapp. Hope lepas ni takdelah lagi muncul mesej-mesej berantai ni. Nak berdakwah bukan camni caranya..


Mesej berantai dijatuhkan hukumnya SYIRIK kerana seolah-olahnya manusia yang berkuasa menentukan qada dan qadar yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. 

Contoh mesej mesej berantai :

1. Sebarkan sekarang. Sekiranya anda tidak menghantar mesej ini, itu bermaksud anda telah dibisikkan oleh syaitan. Terpulanglahhh.......

2. "Sesiapa yang tidak menghantar mesej ni, akan ditimpa musibah" .

3. "Sesiapa yang menghantar mesej ini dalam masa dua jam, orang yang tersayang akan datang ke rumah anda". 

4. "Siapa yang mengabaikan mesej ini, anda akan kehilangan orang yang tersayang". 

5. "Siapa yang menghantar mesej ini kepada 4 orang, dalam masa 4 jam, anda akan mendapat rezeki yang melimpah ruah". 

6. "Hantar mesej ini kepada sekurang-kurangnya 12 orang, anda akan mendapat berita yang baik dalam masa 2 jam".

Ada bermacam-macam lagi mesej dalam bentuk seperti yang di atas yang perlu diabaikan dan dihentikan segera.

Senang cerita, ia berkait rapat dengan perjanjian yang berbentuk ganjaran atau musibah yang ditetapkan oleh manusia sendiri. Manusia adalah tidak layak untuk menjatuhkan sesuatu hukum ke atas sesama manusia melainkan atas sebab-sebab yang tertentu. Teguran serta nasihat untuk semua sahabat dan rakan-rakan. Untuk umat islam, mesej berantai begini adalah HARAM.

Sumber : Bahagian Dakwah, JAKIM, Malaysia.


Misya : Menyampah juga dengan perbualan whatsapp yang merapu.

Segmen Blogwalking Janji Kita

Klik untuk join

Segmen : Nak Wani Reviewkan Blog Anda?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


23/03/2017 - 31/03/2017
JOM JOIN SEGMEN INI ;)

Fakta menarik tentang bulan Rejab

Salam. Pejam celik pejam celik, tak sangka dah masuk bulan Rejab! Kejapnya masa berlalu.. Once Rejab dah tiba maksudnya tak lama lagi Ramadhan bakal menjelma dan mulalah terfikir tentang berhari raya di bulan Syawal. Ahha sabar... Raya lambat lagi. ;) Fokus dulu apa yang ada bulan Rejab yang mulia ini. Banyak manfaat yang bakal kita dapat. Jom kita baca apa yang menarik tentang bulan Rejab yang mungkin ramai tak tahu,


1 REJAB 1438H = 29 Mac 2017

“Ya Allah, berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.”


Apa Maksud ‘Rejab’?

‘Rejab’ bererti keagungan, kerana bulan ini diagungkan oleh Allah s.w.t.

Mengapa Bulan Ini Diagungkan?

Ini kerana ia termasuk dalam 4 bulan suci dan mulia yang diharamkan berperang atau bersengketa dalam Islam. Bulan ini adalah bulan aman, damai dan selamat. Seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud;

“Sesungguhnya, bilangan bulan di sisi Allah adalah 12 bulan, (sepertimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan suci tidak boleh berperang di dalamnya (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah ketetapan agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat) itu…” Surah at-Taubah:36

Adakah Terdapat Peristiwa Penting Dalam Bulan Rejab?

Ya. Antara peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab ialah peristiwa Israk dan Mikraj pada 27 Rejab. Juga berlakunya Perang Tabuk, peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah s.a.w.
Selain itu, pada bulan Rejab juga berlakunya hijrah pertama dalam Islam.

Apa Yang Boleh Dilakukan Dalam Bulan Rejab?

Digalakkan kepada kita umat Islam untuk memperbanyakkan berzikir, istighfar, berpuasa serta melakukan amal kebajikan dalam bulan Rejab. Juga digalakkan untuk kita melazimkan doa berikut;

“Ya Allah, berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.”

Apa Keistimewaan Bulan Ini?

Di antara keistimewaan bulan ini, malam pertama bulan Rejab adalah malam dikabulkan doa sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

“Lima malam doa tidak ditolak, iaitu malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jumaat, malam Hari Raya Eidulfitri, malam hari raya Eiduladha.” Hadis Riwayat Al-Baihaqi.

Adakah Terdapat Ayat Al-Quran Yang Menyebut Mengenai Bulan Rejab?

Al-Quran tidak menyebut secara terperinci mengenai bulan Rejab dan kelebihannya. Akan tetapi terdapat dua surah al-Quran yang menyebut mengenainya secara tidak langsung, iaitu surah al-Baqarah ayat 194 dan 217 dan surah at-Taubah ayat 2, 36 dan 37.

Bulan Rejab ini juga menjadi penanda aras atau tanbih (ingatan) kepada umat Islam agar bersedia untuk menghadapi bulan Ramadan; bulan yang di dalamnya terkandung 1001 rahmat dan maghfirah (keampunan) daripada Allah s.w.t. 



Misya : Rindu Ramadhan.

Tuesday, March 28, 2017

Penginapan Unggul di Thistle Port Dickson

Salam semua. Mostly semua orang suka bercuti rite? Sama macam saya. Pantang ada cuti weekend panjang sedikit atau lebihan cuti last year, mesti akan decide nak bercuti kemana-mana. Almaklum dah penat berkerja di bandar so nak restkan fikiran wat seketika. Next destination agak-agak anda dah ada idea nak ke mana? If anda nak ke tempat yang tak jauh dari Kuala Lumpur but still boleh menikmati keindahan alam semulajadi, why not anda ke Port Dickson (PD)? Kedengaran macam biasa je kan PD ni? But actually PD bukan tempat biasa-biasa tau! Ada banyak tempat menarik yang ramai pengunjung tak tahu. Selain bersantai menikmati keindahan panorama di Pantai Teluk Kemang, ada banyak jenis aktiviti boleh dibuat di sepanjang pesisir pantai ini. Antaranya anda boleh bermain bola tampar pantai, naik speed boat, banana fun ride dan jugak try naik buggy ride. Ahha jangan lupa kat Port Dickson ni ada juga PD Ostrich Show Farm, PD Waterfront dan macam-macam lagi. Banyak kan? So wajib datang!
Tapi bila bercuti ni, perkara paling penting yang nak difikirkan adalah penginapan. Betul tak? Tak syoklah kalau bercuti tapi tak dapat menginap di tempat yang selesa dan berpatutan harganya. Lagipun bukannya selalu dapat bercuti rite? Yang paling penting berbaloi dengan apa yang dibelanjakan. Actually saya nak story tentang 1 tempat penginapan yang wajib anda stay if datang ke PD. Takkan menyesal punya. Hehe..

So dalam entry ni saya suggest kepada anda sebuah hotel yang sangat menarik untuk anda menginap iaitu Thistle Port Dickson Resort sebab konsep resort di sini sangat sesuai untuk macam-macam aktiviti such as berbisnes, honeymoon, percutian bersama keluarga ataupun bersama best friends anda. Lokasi resort ini actually berhampiran dengan beberapa tempat menarik di PD untuk dikunjungi so secara tak langsung dah jimat masa untuk berjalan-jalan contohnya Blue Lagoon dan Muzium Tentera Darat. 


Nak tahu tak resort ini mempunyai 251 bilik! Wow banyak tu..! Ada pelbagai jenis bilik contohnya Superior Twin/King, Deluxe Sea Facing Twin/King, Premium Seaview Suite, Indigo Suite dan Presidential Suite. Yang paling best setiap jenis bilik ada keistimewaan yang tersendiri! Pilih je mana-mana anda suka.

Untuk pasangan yang tengah honeymoon atau bakal honeymoon, Indigo Suite paling sesuai dipilih sebab biliknya berkonsepkan romantika di amor giteww.. So sweet! hehe.. Confirm taknak keluar bilik kalau punya selesa and awesome deco cenggini. Ahaks..

Basically di setiap bilik disediakan kemudahan peti ais, jakuzi, meja kerja dan banyak lagi hinggakan suasana percahayaan pun dititiberatkan!

Tengok dalam bilik pun dah sangat awesome, kat luar bilik lagilah awesome!  Sebab ada kolam renang, padang golf dan gym. If anda datang dengan anak-anak, jangan risau pasal keselamatan anak-anak sebab di sini terdapat zone kanak-kanak dinamakan Kid Wet Play Zone yang dikawal ketat bagi memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin. For ladies like me, of course lah nak manjakan diri dengan rawatan spa. Tak perlu keluar dari resort untuk cari spa. Don’t worry sebab di resort ini memang terdapat sebuah spa iaitu The Puteri Dew Spa. Syok if dapat urut badan lepas penat berjalan. Memang kewajipan saya tu kalau bercuti mesti nak berurut at least refleksologi. Lega je rasa lepas urat saraf ni diurut.

Suka makan? Tipulah kalau tak suka makan. Orang Malaysia memang kaki makan. Hehe. Kalau suka, anda boleh try masakan cina-senzhuan di Chinoise. Sesekali tukar selera apa salahnya kan? But kalau suka masakan Itali, boleh try makanan original Itali di Glass. Plus untuk pasangan honeymoon memang sesuailah dinner kat sini sebab suasananya romantik sambil menikmati pemandangan indah. Sesekali spending time together di tempat sebegini apa salahnya rite? Menyemarakkan kasih sayang gitu..🏩

Actually ada lagi tempat makan best di resort ni seperti Step dan Fresh. Dengar nama restoran je pun sangat menarik dah membangkitkan selera nak masuk dan try menu yang ada.. So tak bosanlah sebab ada pelbagai jenis makanan yang boleh dipilih.

Asyik story part honeymoon je, untuk businessman terdapat juga kemudahan untuk mengadakan meeting ataupun apa-apa event. Erm bagus ni if wat kursus atau workshop kat tempat camni. Nak kahwin? Pun boleh……. Sebab resort ni ada menyediakan kemudahan bagi yang feeling-feeling nak kahwin di resort. Bolehlah start planning dari sekarang!

Serius memang complete lah resort ni. Confirm balik dari bercuti anda tersenyum lebar. ^_^ Oh jangan lupa, sebelum datang sini better anda booking dulu. Senang je nak booking. Just ke traveloka.com atau klik sahaja logo di bawah untuk dapatkan Thistle Port Dickson promotion deal! Selamat bercuti!!! :)




Misya : Gaya, mutu dan keunggulan.

Monday, March 27, 2017

My first modelling class with Liarafei Talent...

Salam semua. Nak share dengan uols tentang saya join salah 1 modelling class for Muslimah Model. Anjuran Liarafei.co talent, saya pun menghadirkan diri. Walaupun dah lama dalam bidang model Muslimah ni tapi saya tak pernah stop menuntut ilmu. Ternampak iklan di fb terus berminat dan register. Kelas ni tahun lepas tapi baru laa ni nak blast entry! Adoyai... Tengoklah punya busy cik puan Misya ni kan?? huhu..

Seperti biasa mestilah ada sesi catwalk. Tak ramai peserta so saya suka! Sebab pengajar lebih fokus dan saya dapat belajar lebih banyak benda. 

Belajar posing. Ewah macam saya plak yang mengajar. Almaklum saya yang paling tua kat sini so kena demo contoh kat peserta lain. huhu

Haa nilah cikgu kami. Bibi Zulaikha.. Comelkan dia? She still new in modelling but suka share ilmu dan experience yang dia ada. Dia bakal launch hijab jenama keluaran dia.:)


Fokus dengar penerangan.. Rugi tak fokus dengar ilmu yang disampaikan.

Actually big bos Liarafei adalah yang bertudung kelabu tu.. Cik Lia yang cute miut. hehe..

Peserta yang datang ada yang dari jauh such as Kedah, Johor.. Wah bagusnya dorang walaupun jauh tetap korbankan masa, wang dan tenaga untuk datang belajar. :)


Untuk model-model baru di luar sana, rajin-rajinlah join kelas untuk tingkatkan ilmu. Anda nak jadi model tapi catwalk dan posing pun ke laut, how come klien nak hire anda untuk paid job? Mesti-mesti belajar dapatkan ilmu. InsyaAllah uols boleh jadi model berjaya 1 hari nanti.

Disebabkan saya paling senior so saya lah paling banyak kena demo contoh posing yangs esuai sebagai model Muslimah. Huhu..

Yeay dapat sijil! Thank you Liarafei & Bibi! Tak sangka since saya join kelas ni, saya dilamar untuk jadi instructor for next Liarafei Class! Alhamdulillah rezeki.. Tunggu saya update entry saya mengajar pula ya.


Misya : Penambahbaikan diri.


Wujud juga lelaki yang membela wanita suka makeup..

Salam. Sekarang ni tengah hangat kan isu makeup tak makeup ni. Since student SPM cemerlang datang sekolah ambil result sambil memakai makeup lagilah netizen-netizen jadi cacing kepanasan. Dikondemnya sehabis-habisan budak tu. Kesian dia sampai terpaksa deactivate semua account media socialnya. Saya sendiri tak faham apa masalah netizen ni a.k.a rakyat Malaysia sekarang ni punya mentaliti. Tak jadi kudis pun if orang tu bermekap atau pun tidak. At least budak sekarang berpeluang belajar sambil menjaga kecantikan. This is preparation sebelum memasuki dunia pengajian dan pekerjaan anda kenalah kelihatan kemas dan nampak semenggah. 



Zaman saya dahulu takde peluang camni. Dengan muka selebet macam tak mandi, tudung senget-benget, serius! Tapi tu pun dah rasa lawa. Hahaha. Tak kisahlah but saya tertarik dengan kata-kata dari tweeter seorang lelaki bernama @arepkasim yang kelihatan membela nasib gadis dan wanita yang suka bersolek a.k.a bermekap. Sorry kalau perkataan yang dikeluarkannya agak kasar but seriously tajam dan tepat ke batang hidung orang-orang yang menghentam dan mengkritik kaum Hawa bermekap tu. hehe..

Teringat husband saya pernah kata masa kami pi wedding someone. " Perempuan tak cantik camne pun but still nampak cantik dan berseri di hari perkahwinan. Untung boleh bermekap. Lelaki, kalau dah tak handsome, pakailah smart bertanjak letak bedak touch up camne sekalipun tetap nampak tak handsome atau muka pecah rumah" hakhak saya mampu gelak je time tu. Tapi memang betul pun. Hehehe..  So sibuk nak cari natural beauty walhal lelaki, istilah natural beauty pun ramai tak tahu camne! ;) At least Malaysia ni takdelah macam Korean yang mostly rakyatnya wat plastic surgery. Wanita Malaysia bersolek pun mostly adalah wajah asal mereka tak operate sana-sini.

Yes, wanita makeup bukan nak menayang kat orang atau lelaki lain. But mostly lebih kepada meningkatkan keyakinan diri. Pergi kerja takkan nak biar muka pucat lesi? Kenalah bersolek sedikit bagi nampak bersemangat. Klien tengok pun yakin kat kita. Plus dengan makeup la kita dapat menyembunyikan cela-cela / part wajah yang mengaibkan / menggiurkan. Ada setengah wanita tak makeup pun nampak seksi. Dah lumrah wanita suka cantik. Cer kalau wanita jadi macam lelaki, jenis tak jaga muka, kuat berpeluh muka berminyak, & etc yang orang lelaki sendiri tahulah, apa rasa? Finally tetap juga cari wanita yang pandai berhias at least simple makeup (not natural beauty).

Apa-apa pun thank you to @arekasim yang support wanita suka bermakeup. Waujud juga lelaki camni. hehe. InsyaAllah didoakan awak dapat jodoh yang cantik dan baik akhlaknya. :)

Misya : Menjaga kurniaan Tuhan.

Thursday, March 23, 2017

Dapat jemputan dari MEFA untuk blogger review!

Salam. Wow tak sangka beberapa hari lepas blog saya dipilih dan dijemput oleh pihak MEFA Pengantin untuk mereview majlis ulangtahun sebuah butik dan restoran di Shah Alam. Terkejut juga terpilih sebab almaklum blog saya tidaklah sehebat blogger Ben Ashaari mahupun Hanis Zalikha. But ianya 1 penghormatan buat saya bila blog saya dipilih oleh MEFA after hampir 10 tahun saya berblogging.^_^ TQ MEFA!



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Terima kasih kerana berkongsi profile anda kepada facebook Mefa Pengantin tempoh hari. Disini saya ingin menjemput semua blogger terpilih untuk sesi majlis bersama:

Sila download file jemputan dan berharap anda dapat membalas dengan kadar segera.

Thank You.

Azahari Bin Azemi
Sales & Marketing Manager,



   



Rezeki tu orang kata jangan ditolak. Yang bagus blogger-blogger yang hadir akan dibayar based on entry yang di update dalam blog. 1st time penulisan saya di blog mendapat bayaran. Alhamdulillah..:) Hope ada lagi lepas ni. Amin..

Misya : Rezeki tak terpijak.

Wednesday, March 22, 2017

Hong Kong Trip #14 || SkyTerrace buat rasa taknak balik Malaysia!

Salam. Orait selesai melawat Madame Tussauds Hong Kong (Part 13), di bangunan yang sama kami naik ke tingkat paling atas. Yang menempatkan The SkyTerrace 428 which tempat wajib uols kena datang if melancong ke Hong Kong. Nama tempat ni pun The Peak so entry trip saya ke HK saya pun dah sampai ke kemuncaknya. Huh finally... hahaha..

Ahha... Cantikkan view dari SkyTerrace ni? Serius memang cantik!

SkyTerrace ni merupakan platform untuk menikmati pemandangan kota HK tertinggi di HK. Boleh tengok view 360 darjah seluruh kota HK dari sini. Memang awesome sangat!

Dalam hati tak henti-henti mengucapkan SubhanAllah sebab dapat melihat betapa indahnya bandaraya HK ni. 

Husband saya orang yang paling teruja sekali sebab katanya tak sangka cantik giler view kat sini. Ala-ala kota New York versi Asia. Sampai katanya nak datang sini lagi nanti.

Serius feeling sangat tenang masa berada di sini. Dapat lihat keindahan view bandar HK yang dikelilingi lautan. Rasa lapang fikiran tak fikir benda lain dah.

Rasa bertuahlah dapat datang sini dan snap gambar cantik-cantik. Kenapa dipanggil SKyTerrace 428? Sebab ianya berada 428 meter dari aras laut! Rasa macam tak tinggi sangat tapi kalau orang tak biasa pasti gayat. huhu


Posing model tetap ada! Haha

Kagum kan? Bagaimana manusia boleh bina bangunan tinggi-tinggi di tepi laut dan berbukit-bukau. Which yang menariknya kat HK ni takde langsung kejadian tanah runtuh! Selain kuasa Tuhan, kerajaan HK amat menitikberatkan maintenance yang bagus dan ketat untuk mengawal lereng-lereng bukit sepanjang masa. Jauh bezalah dengan Malaysia.

Ramai pelancong datang. Dengan cuaca sejuk yang menyamankan around 10 darjah celcius memang enjoylah duk sini.

Akal manusia kalau digunakan sebaiknya maka terciptalah keindahan begini. Walaupun pembangunan di HK ni sangat pesat but hutan simpan masih terjaga rapi. 

Taknak balik boleh tak?? huhu melting sangat dengan view kat sini..~_~

Oklah nak taknak kena balik juga. Oops jangan lupa singgah Hard Rock HK di bangunan sama. Bagusnya tempat ni semua ada. Huhu..


Apa lagi rembatlah t-shirt Hard Rock sorang sehelai sebagai kenang-kenangan.

Actually nilah rupa bentuk bangunan Sky Terrace tu. Ala-ala potongan buah tembikai. Info lanjut tentang SkyTerrace 428 ni boleh klik SINI.

Ada replika peak tram dipamerkan. 

Orait tiba masa untuk kami meninggalkan The Peak. Nak turun kenalah naik Peak Tram semula. Then balik ke hotel untuk packing dan check-out. Huwaaa sedih nak balik Malaysia dah. 


Antara momen menarik sempat saya snap. Keadaan kotaraya HK yang sibuk dan meriah.

Orait lepas check-out dari hotel, tak jauh dari situ ada bus stop untuk kami menaiki bas ke airport. If nak ke airport better naik bas sebab lebih murah banding naik tren. Plus takdelah susah-susah nak angkat beg kalau kena tukar-tukar tren. Dari sini kami menaiki bas A21 (rujuk entry Part 2), bas sama masa kami sampai di HK untuk ke hotel. 

Sampai dah HK International Airport Terminal 2. Actually ni terminal baru untuk flight seperti Air Asia. 

Orait itu sahaja story saya tentang trip ke HK. Alhamdulillah selesai travelog saya which sebenarnya trip ni saya gi masa musim sejuk tahun 2016. Tahun 2017 baru siap entry nya! Hahah teruk betul saya ni. Nasib baik ingat lagi apa yang saya alami kat sana. But honestly datang HK memang best dan enjoy. Uols kalau ada rezeki lebih datanglah ke HK. Ok papai.. :)

Misya : Honeymoon, semakin hari semakin sayang.






Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...