Friday, January 27, 2017

SEGMEN BLOGLIST FEBRUARI BY IRAZULKEFFELE

Klik untuk join

SEGMEN ICE BREAKING BY MELLYA

Klik untuk join

Macau Trip #2 || The Venetian, the largest casino in the world!

Salam. Orait sambungan dari entry Macau Trip Part 1, sampai je kami terus menaiki bas ke Venetian Hotel, terletak di daerah Cotai Strip. Which menempatkan hotel, shopping mall dan kasino terbesar di Macau malah di dunia. Owh maksudnya kasino di Las Vegas pun kalah lah ye? huhu.. Jom tengok apa yang ada dalam The Venetian ni.. Dari luar lagi dah nampak gah..

Tadaa kami dah masuk ke dalam The Venetian.. Masuk-masuk je terus wow... Memang syurga dunia. Besar ya amat tempat nih!

Posing dulu... 

Nak ke lobby hotel agak jauh juga. Sambil berjalan tu ada kedai-kedai barangan branded.

Seriously The Venetian ni sangatlah besar. Memang boleh sesat. Huhu. Apa yang menarik senibina The Venetian ni ala-ala kita berada di Venice. Tak caya jom zoom...

Ahha.. Ini bukan di luar bangunan tapi di dalam bangunan The Venetian! 

Ada terusan ala-ala macam berada di Venice..

Romantiknya la hai tempat ni.. Memang sesuailah pasangan husband and wife datang ke sini. Hehe.. Tak dapat pi Venice, gi The Venetian pun jadilah..

Sangat unik ada terusan dalam sebuah bangunan. Teringat The Mines Shopping Mall, di Serdang, Selangor. Konsepnya lebih kurang. Tapi The Venetian ni sampai siling dia pun dibuat kelihatan macam langit sebenar.

Kami spend time di sini about 15 minutes bergambar puas-puas. Rasa teruja sangat-sangat betapa kreatifnya arkitek yang membina tempat ni.

Sepanjang terusan buatan ni, adalah shoplots menjual pelbagai barangan branded. 

Bayangkan dalam bangunan ada bangunan.. Siap ada sungai gitu.. Huhu 

If datang ke Macau mesti singgah tempat ni. Boleh wat jatuh cinta! :)

Last photo from us at The Venetian.

Masuk je dalam The Venetian try cari arah ke Sands Cotai Centre ni untuk ke tempat yang cantik ni.

Actually bila masuk je The Venetian ni dah macam berada dalam istana zaman dahulu kala. Mewah dengan hasil seni dan ukiran yang sangat gah. Feeling-feeling royal family giteww...
Done melawat The Venetian..

Dah nama pun model, posing pun ala-ala model juga. hehe

Husband saya pun nak jadi model juga?;)

Actually kalau datang malam, beginilah rupanya The Venetian ni. Dah macam bersalut emas dah kan bangunan dia.

Kat Macau ni jangan risau, bas dan teksi sentiasa ada untuk bawa anda anywhere you want. Bas free je. Teksi pun takdelah mahal sangat. So, next saya ke mana pula? Tunggu entry Part 3 ya!;)


Misya : Kreativiti manusia tiada batasan.






Thursday, January 26, 2017

Follower Instagram @marvelousmisya kini mencecah 13k orang!

Salam semua. Wow tak sangka follower instagram saya dah mencecah 13k org. Sebelum ni nak cecah 3k orang pun makan tahun. Almaklum starting from last year saya banyak update ig saya. Kalau tak memang bersawang la ig tu. Alhamdulillah.. Thank you so much to all followers and supporters. :) Lebih banyak dari follower blog. Huhu. Sape belum folo mehla folo kalau sudi. 

Hehe.. @marvelousmisya

#follower #igmalaysia #igmodel #blogger #instafame #igfame #igfamous #instafamous  #instafashion #instamodel #modelling #iammodel #portfolio #modellingportfolio #profileshoot #myportfolio #myself #mycareer #myjob #mylife #mypassion #akuwanitabiasa #malaysianwoman #malaysianmodel #malaysiangirl #malaygirl #biasabiasaje

Misya : Bukan mengejar populariti. 

Tuesday, January 24, 2017

Waktu Tubuh Badan Berfungsi

Salam. Saya terbaca satu artikel tentang waktu organ dan sistem dalam tubuh badan kita berfungsi. Agak menarik untuk dikongsikan. At least anda tahu waktu-waktu tersebut apa yang patut anda buat. 

WAKTU FISIOLOGI TUBUH BADAN BERFUNGSI




🕔5 - 7 pagi
Waktu di mana usus besar bekerja. Mesti displinkan diri untuk buang air besar dalam waktu ini. Jika tidak, penyakit akan berkumpul.

🕖7 - 9 pagi
Wajibkan diri untuk bersarapan. Jika tidak, metabolisma badan akan turun mendadak. Sebab itu kadang-kadang orang bersarapan lewat lepas pukul 9, berat badan naik mendadak walaupun makan sekali sehari! 

🕘9 - 11 pagi
Organ limpa bekerja. Elakkan makan dalam waktu ini.

🕚11 - 1 petang
Jantung bekerja secara optimum. Elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika. Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini.

🕐1 - 3 petang
Usus kecil bekerja. Sebaiknya buang air besar kali kedua dalam waktu ini.

🕒3 - 5 petang
Pundi kencing bekerja. Sebaiknya buang air kecil dalam waktu ini.

🕔5 - 7 petang
Ginjal bekerja secara optimum. Elakkan badan terlalu dehydrated. Banyakkan minum air dalam waktu ini. 

🕖7 - 9 malam
Perikardium (membran pada hati) bekerja. Elakkan makan makanan yang berat pada waktu ini.

🕘9 - 11 malam
Waktu terbaik untuk berehat dan tidur.

🕚11 - 1 pagi
Hempedu bekerja. Elakkan makan, berat badan akan naik mendadak.

🕐1 - 3 pagi
Hati bekerja untuk singkirkan toksik. Elakkan berjaga. Sering berjaga pada waktu ini berpotensi untuk mendapat penyakit kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik untuk deep sleep.

🕒3 - 5 pagi
Peparu bekerja. Bagi pesakit asma, elok amalkan bangun pada waktu ini. Peparu menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi. Ibadah solat sangat digalakkan waktu ini.


So dah tahu kan bila tubuh kita bekerja? Hargailah kesihatan sebab tubuh badan kita bekerja 24 jam sehari tanpa henti dari kita mula diberi nyawa dalam rahim ibu dan sehinggalah kita meninggalkan dunia ini.


Misya : Kesihatan tidak ternilai.

Kisah Anak Derhaka

Salam. Just nak share kisah 2 adik-beradik kandung yang mendapat layanan berbeza daripada ibunya. Perkara ini terjadi di kalangan orang yang saya kenal which saya rasa kenapalah jadi sebegini? Menjadi ayah, ibu, ketua, bos, pemimpin, abang, suami, isteri atau apa sekalipun bukan bermakna anda ada kuasa veto nak jatuhkan sesuatu hukuman. Apetah lagi hukuman tersebut tak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh orang bawahan / ahli family. Kesalahan ringan terus jatuh hukuman berat seperti anak derhaka, tapi kesalahan besar tak jatuh hukuman pape pun? Maybe boleh jadi pedoman untuk kita sama-sama fikirkan nilainya..:)

KISAH ANAK DERHAKA

Kiah dan Senah adik-beradik kandung.

Situasi Kiah
Mak : Cantik tak baju mak baru beli ni..?
Kiah : Boleh tahanlah tapi mak nampak gemuk bila pakai baju ni.
Mak : (Tiba-tiba sentap!) Kau tahu apa hukumnya cakap macam tu pada mak kau? Anak derhaka!!!
Kiah : (Terkejut) Terus minta maaf pada hari yang sama.

Situasi Senah
Senah : Mak, Senah nak ke luar negara, cari kerja. Sini susah dapat kerja tetap.
Mak   : Tak boleh. Banyak lagi kerja kat sini.
Senah : (Bengang- Masam muka dengan mak dan bapanya berhari-hari..)
Lepas seminggu..
Senah : Mak, Senah nak keluar kejap ada kerja.
Mak    : Ok. (Tunggu punya tunggu sampai keesokan harinya Senah tak balik-balik rumah)
Jam 12.57 tengahari.. 1 SMS diterima oleh si Mak
Senah : Maafkan Senah mak, Senah dah ada di Jepun. Nak cari rezeki Halal kat sini. 
Mak   : (Sedih, tetapi terima dan mendoakan)
Lepas 6 bulan..
Senah  : Mengaku dah kahwin dengan ex-boyfriend pada hari pertama sampai di Jepun. 
Mak     : Sedih tapi redha dan terima. Tak sampai hati jatuhkan hukuman Anak Derhaka.
Senah balik rumah
Mak    : Kiah kena terima Senah semula sebagai adik-beradik.
Kiah   : Tidak. 
Mak    : Syurga di bawah tapak kaki ibu. ~ ala-ala nak cakap Kiah anak derhaka tapi dengan cara yang lembut.
Kiah    : Kiah takkan terima perkara sebegini dalam family kita. Ini prinsip Kiah.
Mak     : Kau tahu apa hukumnya cakap macam tu pada aku?!!....

.... Fikir-fikirkanlah sendiri...


#kaurasa? #lawakdunia #speechless #pedoman #apamasalahdorangni



Misya : Manusia tidak sempurna tapi belajarlah jadi yang terbaik.

Hadiah Saguhati GA from Jari Manis dah sampai!

Salam. Yeay hadiah saya menang Shanghai Fridge Magnet Giveaway by Jari Manis & Scdha Sein Travel dah sampai.. Terkejut juga bila ada parcel sampai. Sebab rasanya takde pula say order / shopping barang online. Sekali buka-buka tengok owh hadiah saguhati GA yang saya menang tempoh hari. :)

TQ Jari Manis for this lovely Singapore key chain and wishes. Walaupun tak menang hadiah utama iaitu fridge magnet dari Shanghai but I'm still happy and really appreaciate it. 

Muka ada sunyum! hehe.. Dapat hadiah siapa yang tak happy rite?

Kreatif Jari Manis ni siap wat sampul khas untuk hadiah ni. Tq so much! :)

Misya : Kekangan masa nak buat GA.

Friday, January 13, 2017

Macau Trip #1 || Naik Feri Dari Hong Kong

Salam.. Ahha selain Hong Kong, saya dan husband sempat ke Macau. Kira kalau datang HK wajib try ke Macau juga. Tak susah pun, naik feri dalam sejam lebih dah sampai Macau. Macau ni kira bandar di bawah kerajaan China tapi yang best tak perlukan visa untuk masuk. But still kena ada passport. Alang-alang dah sampai HK, spend 1 hari kat Macau pun dah ok. Tapi kena gerak awal pagi sebab nak naik feri ikut masa yang ditetapkan. Lambat, kena tinggal!:)

Seawal jam 7.30 pagi kami dah keluar dari hotel menuju ke Jeti. Best tak ramai orang time ni. Memang ambil peluang bergambar kat mana-mana port yang best.

Dari hotel kena berjalan sekitar 10 minit gitu untuk sampai ke terminal feri.


Ok follow je arah China Ferry Terminal. Actually ada lagi terminal yang lain but hasil survey dari blogger, kami pilih nak naik feri di sini. Berhampiran dengan hotel kami stay. Plus khidmat feri kat sini sampai lewat petang. So boleh berlama sikit di Macau.


Alhamdulillah dah sampai. Terminal ni dalam bangunan so memang tak nampak dari luar. Just alert je arah yang ditunjukkan. 

Masuk dalam bangunan ni then naik tingkat 2 if tak silap saya.

Tiket feri semamangnya saya dah booking secara online. Antara khidmat feri yang ok adalah Turbo Jet. Harga dalam HK$177 sorang pergi balik. Duit Malaysia dalam RM100 gitula. Agak mahal but puas hati dengan perkhidmatannya. 

Actually tiket saya book tu kena naik kat terminal lain. Memang agak confuse sebenarnya. So if uols nak ke Macau makesure check betul-betul naik feri kat terminal mana. Tapi Alhamdulillah dipermudahkan boleh tukar tiket. Risau juga if tak dapat ke Macau. Rosak plan. huhu

So wefie dulu sementara menunggu feri kami. Ala-ala seperti di airport juga kena check-in, cop pasport, scan bag dan sebagainya bagi tujuan keselamatan. Almaklum Macau ni kira negara lain tapi rakyat/pelancong dari HK bebas keluar masuk sebab ada yang bekerja di sana.

Suasana dalam feri. Selesa sangat feri ni. Besar, seat dia pun sangat comfortable. Sesuailah untuk perjalanan 1 jam lebih. Macam dalam flight. Berbaloi dengan harga tiket. Saya ni actually mabuk laut, so mostly saya akan tidur je sepanjang perjalanan. hehe..

Alhamdulillah lepas lebih sejam duk dalam feri sampai kami di Macau. Tapi awal-awal mestilah kena singgah kat kiosk tourism ni untuk dapatkan info.

Ahha.. Nak ke Casino kah kita? Hehehe.. Macau ni memang menempatkan kasino-kasino termewah di dunia. If nak tengok senibina hasil tinggalan jajahan Portugis dan senibina hotel-hotel mewah bolehlah datang ke sini. Tak rugi sebab suasana di sini bersih dan aman. Takdlah menakutkan pun tempat ni.

Destinasi kami yang pertama adalah ke The Venetian, sebuah hotel dan pusat membeli-belah yang wajib uols datang if sampai di Macau. Kaedahnya nak je bas yang disediakan. Free of charge! Cari signage bus stop nak ke The Venetian then naiklah bas yang disediakan.

Dah ada dalam bas.. Ok ready nak jenjalan..

Antara pemandangan di sekitar Macau dari dalam bas. 


Macau Tower, mercu tanda di sini tapi disebabkan kami kesuntukan masa maka tak dapat singgah di sini. Takpela, bentuk dia pun ala-ala Menara KL. Tak ralat pun if tak singgah. Wahhh gitu statement. hehehe..


Ok saya sambung perjalanan kami di Macau ni dalam Part 2..


Misya : Syurga dunia, jangan tergoda.





Wednesday, January 11, 2017

Pencarian Bloglist Januari & Februari 2017

Klik untuk join

Lirik Salam Semua by Sleeq ft. Aaron Aziz

Salam semua.. This is one of ny favourite song which I always listening. Why? Maybe because of its melody and the lyrics makes me so enjoying it. Today I just want to share the lyrics of this song. Thanks Sleeq for this lovely song even uols dah berpecah as a team. No more Sleeq..:( But Aaron Aziz memang the best! :)



Semangat aku yang membara
Sekuat semangat bercinta
Ku rela tinggalkan segalanya
Assalamualaikum semua

Oh oh
Bukan ku lupa
Ku tak akan lupa
Semuanya ku bawa ke situ
Soalnya dimana
Ke situ berada
Soalnya siapa berani ikut aku


Mereka kata ku lupa daratan
Dan ku hanya ingin mengejar nama
Mereka lupa tugas cari makan
Sampai bila aku nak tahan lapar

Kan ku janji mu untuk sedia
Sekurangnya tiga tahun
Ku setia kalau kau bersabar
Kan dengan setiap naik ada turun

Mama ada Papa ada tolong jagakan mereka
Sayang fahamkan aku sibuk bekerja
Dengan izin Tuhan perjalanan hidup kita lancar
Nascar aku balik kampung macam askar

[Ulang chorus]

Kan ku tinggalkan semuanya keluarga yang ku sayangi
Doa dari ibu ayah sokongan saudara memberi kekuatan padaku
Sepanjang perjalanan ini

Kadangkala di dalam kerjaya memerlukan pengorbanan
Dan pengorbanan itu penting di dalam kerjaya
Inilah cerita Aaron Aziz

Memang bukannya hatiku yang rela
Memang bukannya hatiku yang setuju
Untuk berjauhan dari keluarga
Untuk berpisah dengan buah hatiku

Ada yang kata diriku tak mampu
Bakat di wajah belum tahu laku
Jangan mencoba diri sendiri yang malu
Kemana pergi semangat orang Melayu

Ku diberikan kekuatan
Danish Anaqi yang pertama
Keduanya insan yang terindah
Ku namakan dia Dwi Ariana
Cahaya mata yang melengkapkan
keluarga Dahlia Arissa
Itulah hasil cinta diriku dengan Diyana

[Ulang chorus 2x]



Misya : Tunggu orang buat lagu for my name. hehe..

Monday, January 9, 2017

Nak Jadi Model? Wajib Ada Ilmu! Lets Join This!!

MODELLING CLASS BY LIARAFEI.CO BATCH 5.0 (Feat. @marvelousmisya & @farlynnhijab)



LIMITED SEATS!! Dibuka juga kepada para gadis dan wanita yang ingin menambah keyakinan diri dan tampil cantik sepanjang masa. 

Apa yang anda akan dapat? Sesi MODEL TALK, GROOMING, CATWALK, POSING GUIDE, BASIC MAKEUP, PHOTOSHOOT, MOTIVATION & COMPCARD!! 

And also FREE EXCLUSIVE HIJAB by Farlynn Hijab!! 

25 Februari 2017 (Sabtu)
PUTRAJAYA
9.00 pagi - 5.00 petang
Yuran : DISCOUNT 15% UNTUK PESERTA BERKUMPULAN 3 ORANG SEMPENA TAHUN BARU!! Booking seat RM100, baki bayar semasa pendaftaran.

SPECIAL RATES FOR EX-STUDENTS ONLY RM150!! (WITHOUT COMPCARD)

BOOK YOUR SEATS NOW!!💃💃💃 

Berita baik!!! Peserta terbaik berpeluang menjadi model untuk sesi photoshoot koleksi terbaru Farlynn Hijab!!!😱😱😱😱😱



Wasap 016-9561764 (Misya) untuk info lanjut. Visit my IG : @marvelousmisya

#modellingclass #catwalkclass #catwalkcoach #catwalkworkshop #catwalktraining #modeltraining #modelmalaysia #modelling 
#modelmuslimahmalaysia #modelmuslimah #modeling #outdoorphotoshoot #iammodel #modellingportfolio #hijabers #modelhijab #modeltudung #modeljubah #modelsearch #pencarianmodelmuslimah #muslimahmodelsearch #instafamous #malaysianhijab #hijabster #hijabmalaysia #hijabstyle #hijabista 


Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...