Sunday, July 31, 2011

Seronoknya Ramadhan tiba lagi..! Jom puasa!:)

Syukur Alhamdulillah.. Ramadhan menjelma kembali. Rasa sungguh seronok melihat umat Islam menyambut Ramadhan dengan penuh gembira. Surau-surau dan masjid-masjid dipenuhi manusia yang berpusu-pusu sujud kepada Allah sempena bulan yang mulia ini. Meriah sungguh!=) Ramadhan bulan yang dirahmati Allah.. Tiba masanya mengurangkan hal-hal duniawi dan menumpukan ibadah kepada Allah swt. Jom kumpul pahala banyak-banyak!=) Juga selamat bermuhasabah diri. Kalau ada salah dan silap dari saya, mohon dimaafkan. Sucikan hati bersihkan diri.. InsyaAllah segala apa yang kita lakukan akan dipermudahkan dan mendapat ketenangan sentiasa... 



Jangan lupa menunaikan solat terawih jika berkesempatan. Juga selamat menunaikan ibadah puasa di siang hari. Jangan ponteng-ponteng! Especially kaum Adam yang dah sah-sah tiada alasan untuk skip puasa sesuka hati ya!;) Oklah, Salam Ramadhan dari saya untuk umat Islam semua terutamanya family dan rakan-rakan yang disayangi..^_^


Cik Misya : Hopefully mereka-mereka yang banyak wat salah kat saya, insaflah segera ya.. Mungkinkah ada lagi Ramadhan untuk anda selepas ini? Wallahualam...

Friday, July 29, 2011

Malaysia kalah bermaruah.. Singapore menang berlakon.. hehehe..

Salam Jumaat semua..=) Harap korang semua sihat walafiat. Berbalik kepada bola sepak antara Malaysia dengan Singapura malam tadi, walau pun Malaysia kalah, kita tetap menang di hati penyokong-penyokong setia Harimau Malaya.:)

Memang ramai yang tak puas hati dengan kegagalan anak buah Rajagopal especially part defender. Tapi syabas diucapkan goal keeper Malaysia Khairul Fahmi. You are still my hero! hehe.. Juga tahniah wat Safee Sali dapat jaringkan 1 gol malam tadi.

Tapi actually yang membuatkan penyokong-penyokong Malaysia marah, disebabkan tahap kepondanan player Singapura! huhu.. Minta maaflah kalau kasar benar bunyinya. Aku memang tak berapa suka Singapura ni. Mostly orang-orang nya agak sombong. Tapi bukan semualah. Maybe sebab dorang fikir dorang maju. Tapi yang memajukan negara dia bukan orang Melayu. Jangan nak perasan lebih ya...;))

Even Malaysia kalah pun, aku tetap rasa bangga cause team Malaysia 100% anak tempatan. Dan bermain dengan penuh kejantanan. huhu.. Singapore? Sorry to say la.. Sikit-sikit nak jatuh. Yang paling lawak, goal keeper dia tetiba sakit kepala!!! haha.. Aiyo... Please la ok... Konon nak habiskan masa tak bagi Malaysia score. Takut ler tu.. Teringat aku masa Malaysia lawan Indonesia untuk Piala AFF Suzuki. Gitu jugak ler.. Goal keeper Indonesia bising-bising pasal laser. Bila lah bola sepak Asia Tenggara nak maju kalau ada perangai-perangai player mengada-ngada camni? Bek jadi pelakon, leh menang award! Oscar ke kan..;)) 

Ish, memang menyesal aku minat kat Aaron Aziz ngan Ady Putra yang handsome tuh! hehehe.. Takpela, nak wat camne.. Dah takde rezeki malaysia nak masuk Piala Dunia. Jauh lagi perjalanan. InsyaAllah akan tiba masanya nanti jika team Harimau Malaya terus diasah dengan betul. Kekalkan prestasi pasti berhasil!=) Tak perlu nak ambil pemain-pemain import. Membazir duit rakyat je nanti. huhu. Pape pun, teruskan sokongan untuk team HARIMAU MALAYA!!! Auuuummm....!=)


Cik Misya : Tetiba aku rasa anti ngan orang Singapore (except kawan-kawan masa study dulu). Other than that, sorry, tiada ruang di hatiku! Cewah!;p Tangguhlah angan-angan nak gi negara dorang walaupun seberang kampung ibu aku jek. 

Thursday, July 28, 2011

Mari doakan kejayaan Harimau Malaya!!!

Wah! Hari ni ramai betul orang bercakap pasal bola sepak. huhu.. Semua tanya, gi tak stadium malam ni? Tapi sorry lah aku tak dapat nak gi. Dah malam, jauh.. Mana parent aku bagi keluar. Tengok kat TV pun dah cukup..:)

Masa aku di bangku sekolah, bola sepak ni just jadi minat kaum lelaki yang dah berusia macam pakcik-pakcik aku. hehe.. But now, aku rasa bangga sebab tetibe sahaja pasukan bola sepak Malaysia jadi pasukan yang digeruni especially kawasan asia tenggara ni. Kira aku macam, wah...! Sangat teruja la orang kata. Even bos aku kat office pun siap tanya gi tengok bola tak malam ni? Dia siap beli tiket yang RM 150 tu. Punyalah semangat! huhu..

Aku harap Malaysia berjaya beroleh kemenangan malam ni. Setakat Singapore tu... huhu.. Entahlah.. Diharap doa rakyat Malaysia yang bilangannya melebihi rakyat Singapura tu, termakbullah. InsyaAllah.. Pakwe aku pun pergi gak ngan member-member officemate dia beramai-ramai. 20 orang katanya. Memang semangat!=)

Apa yang aku paling bangga adalah pasukan Malaysia 100% anak tempatan. Takde pemain import-import ni. Orang kata, kalau kalah pun kalah bermaruah. Kalau menang, memang 1 kebanggaan lah. Walau pun ni bukanlah peringkat akhir piala dunia atau sukan olimpik tapi bukan senang nak masuk peringkat seterusnya. Memang banggalah! :)

Oklah, sebagai anak Malaysia, mari kita doakan kejayaan skuad harimau Malaya kita bertarung di atas padang Bukit Jalil malam ni! Amin...

Sunday, July 24, 2011

Need supports here! Vote for me please...


Calling for voting! Calling for voting!

There are 2 contests that need supports from all of you...! huhu... Your kindness is really appreciate. Just take about 2 minutes from your time to do this. So, lets help me to win both of contests! InsyaAllah...:)

First of all you must sign in your facebook account to enter the entries..
:
:
:
Next....


TALENT SEARCH PHOTOSHOOT CONTEST 2011 by


1st Place : RM 400 cash price + free studio beauty photoshoot session makeover by Afra Makeup Studio + photographer
2nd Place : RM 250 cash prize

How to vote??

1st : Like page Afra Makeup Studio HERE


2nd : LIKE my photo HERE
For more details, you can view my event at facebook HERE

Last voting on 1st August 2011!!
Then...

Contest "STYLE UR DRESS" by

 IzwanIzzati Pretty Collections  



How to vote??

1st : Like page IzwanIzzati Pretty Collections HERE


2nd : Like my photo HERE

Last voting on 20 August 2011!!

Really easy right? So, give some supports to me in both contests ok! I will really appreciat that. And many thanks from me... Muah!!=)


Cik Misya : This is one of the way of promoting myself in modelling world.. huhu..






Keputusan Contest! Thanks so much kepada semua pengundi.

Salam semua.. Watpe di hujung-hujung minggu ni? Mesti tengah dok lepak-lepak.. Samalah macam aku ni haa.. Oklah aku nak khabarkan tentang keputusan contest-contest yang aku telah join.. Mungkin ada yang tertanya-tanya aku menang ke tak.. Kan? So far Alhamdulillah ada keputusan yang menggembirakan. huhu..=) Cuma tak tahu peringkat final nanti ada rezeki menang ke tak.. 

1st : Pencarian Gadis Warisan by Warisan Chanteq. Full story leh review SINI.
Result : Alhamdulillah.. Dapat tempat kedua dan terpilih sebagai Top 10 untuk ke final. Thanks Warisan Chanteq cause give me opportunity to participate this contest.
Thanks wat semua pengundi yang disayangi. Syukur Alhamdulillah aku layak terima RM50.00 sebab berjaya mengumpulkan more than 1000 votes. huhu.. Rezeki....=)


2nd : Contest Gayaku by Jesselton Shop. Full story from HERE.
Result : Alhamdulillah menang tempat ketiga. So, dapat voucher shopping online sebanyak RM50.00. Syoknya!! hehe...
Baru je guna voucher untuk beli baju. Ngeee...@_@ Tapi Jesselton Shop memang best. Banyak baju cantik-cantik dan murah..


3rd : My Inspiration Contest by Trendy Shawl. Full story, please review HERE.
Result : Dukacita aku tidak berjaya. Huhu.. Takpela, lagipun aku kurang promote contest ni.. Akibat kekangan masa. Saingan lain lebih hebat. Tahniah wat kawan-kawan lain yang menang..=)

Pape pun sokongan dan kesudian para pengundi amatlah dihargai. Especially pengundi-pengundi setia from my family and my friends. Tak pernah lupa click like setiap kali aku join contest. Such as my mom, my sis, aunties and cousins. They are supporters who always give me encourage in anything. Love you all so much!!=)



Cik Misya : Nak promote vote untuk contest lain pula. hehe... Chaiyok-chaiyok!=D

Friday, July 22, 2011

PUTEH tersayang.. Pergi buat selama-lamanya...=(

Pagi ni aku dikejutkan dengan 1 berita yang tak disangka-sangka.. Baru je ingin menguatkan semangat semula selepas pemergian sepupu ku 2 minggu yang lalu (refer entri INI), tetiba dapat berita dari keluarga di Johor Bahru.. 

Mungkin kelmarin atau semalam, Puteh, kucing kesayangan sepupu ku Kak Yon meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. Mungkin bagi mereka yang kurang gemar dengan kucing mesti fikir entri aku ni entah apa-apa. Tapi kalau korang nak tahu Puteh sangat istimewa dalam keluarga kami. Full story of how Kak Yon aku jumpa dia then membelanya hingga la saat akhir hayatnya diceritakan oleh Kak Yon dalam nota facebooknya.. Sangat sedih bila membacanya.. :'(

Antara bait-bait notanya~~ 21 july 2011 ~  pagi tu aku jengah PUTEH kat lua...bayangnya masih tak kelihatan....aku tak sedap hati...aku start kete, cari PUTEH kat sekeliling kawasan..masih tak de...tak lama tu aku bawa mak ayah g cari barang sambil mata aku melilau cari PUTEH...tiba 1 kawasan kat celah pokok...seimbas pandangan aku macam PUTEH..aku reverse kereta, n aku minta tolong ayah tengok n confirmkan ye ke tak PUTEH...n ternyata....memang PUTEH......
dalam keadaan yang menyayat hati, badan PUTEH dah keras, n dah dikerumuni kerengga.......aku tak percaya....PUTEH aku dah tak de....dalam sekelip mata...PUTEH pergi....tinggalkan aku....tinggalkan semua....


Takziah wat kak yon sefamily. Walaupun Puteh hanya seekor kucing but he is so special.. Seekor kucing jantan berwarna putih bersih (ada tompok-tompok kelabu skit),  bermata biru (ala-ala mat saleh), berbadan gempal (berat 7 kg!!) dan sangat manja dengan tuannya.. Kematiannya mungkin Puteh termakan something yang beracun.. Cicak tanah/lipas mati akibat spray ridsect/rumput yang disembur racun.. Entahlah.. Dah ajal dia.. Pape pun Puteh tetap sentiasa diingati..

Me with Puteh.. Tak larat nak dukung, so bergambar kat tepi dia je. huhu..

Gambarnya pernah menghiasi desktop ku..

Sangat manja semasa ayahandaku menggosok kepalanya... Geram kan??;)

Puteh... Dalam kenangan... Semoga aman di sana...

Wat Kak Yon, jangan sedih-sedih k.. InsyaAllah Puteh doakan kita baik-baik dari sana. Sebab Kak Yon dah jaga dia dengan baik. Pembawa tuah orang kata.. Rezeki Kak Yon dapat beli rumah baru, and InsyaAllah naik pelamin tak lama lagi. Puteh pun lega tuannya bahagia then dia pun pergi meninggalkan kita.. Puteh will always pray for your happiness forever.. InsyaAllah..=) 


Cik Misya :  Kat Johor, orang panggil aku Puteh juga.. So lepas ni balik Johor takde dah Mr. Puteh aku.. Only Miss Puteh.. @_@

Wednesday, July 20, 2011

VIRUS BARU DI FACEBOOK!

Aiyo!! Zaman semakin canggih ni ada je mereka-mereka yang create something bad untuk menjahanamkannya. Seperti virus yang tersebar melalui facebook. Aku hampir gak terkena virus ni. Nasib baik aku sempat terbaca posting one of my friend about this virus and cepat-cepat delete. So, be careful k..


1. Virus ini tersebar melalui IM or PM dimana dia bermula dengan ayat. 'hi. how are you?'
2. Apabila anda balas chat atau message tersebut, dia akan hantar . 'Wanna laugh? :)'
3. Selepas anda balas lagi, dia akan hantar . 'It is you on the video? want to see?'
4. Selepas itu, dia akan hantar satu LINK & link itulah VIRUS.



JANGAN KLIK APA-APA LINK SEBAB NANTI KORANG AKAN SEND BENDA YANG SAMA KAT KAWAN-KAWAN YANG LAIN. BERHATI-HATI DENGAN WABAK BARU INI DEMI KESELAMATAN LAPTOP/ KOMPUTER ANDA OK! ;)



Cik Misya : Kalau virus ni macam J.E atau pun virus nipah, mahu semua komputer/laptop dikuarantin! hehehe...

Tuesday, July 19, 2011

From Malaysia to Vietnam (Part 2)

Salam semua.. Ingat lagi entry tentang event photoshoot yang aku join bulan lepas? huhu sure korang tak ingat kan?? hehe.. Takpe, boleh refer entry Part 1 kalau nak tahu details. So, kali ni aku update la hasil photoshoot event tersebut. Thanks to Lina Bazzalina (photog) & my MUA yang comel si Nurul.. Hasil gabungan kerja kami telah menghasilkan gambar-gambar yang menarik!=) Mari kita ke Vietnam sekarang! hehe...

Face-off?? No la....;p

Ada macam nak sambut Gong Xi Fa Chai tak? hehe..

Big eyes from me...@_@

Lai Lai Lai... Nyonya mana la ni.. huhu..

Pose Anita Sarawak! Wakaka.. :p


























Photo sesat by Abang Shamsul Photophobix..



Cik Misya : Takde mood sangat nak update blog sebenarnya. Tapi macam dah bersawang plak blog ni.. huhu..

Monday, July 11, 2011

Pemergianmu amat merentap tangkai hati kami.. Al-Fatihah...

Tepat jam 9.30 malam, 9 Julai 2011, tanpa diduga aku dan sekeluarga mendapat berita yang amat menyedihkan. Seluruh ahli keluarga menangisi atas berita yang tak disangka-sangka itu. Mungkin 9 Julai 2011 orang hanya berfikir tentang Perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan di Kuala Lumpur. Tapi ada lagi perkara yang lebih menyentap sanubari ku sekeluarga..

Muhammad Nur Qayyum bin Faizal, 17 tahun.. Sepupu ku yang disayangi meninggalkan kami sekeluarga tanpa diduga. Sudah takdir sebegitu, Allah lebih menyayangi beliau. Kejadian jatuh motor berhampiran simpang di kawasan rumahnya telah meragut nyawa beliau sekelip mata. :'( Kejadian tersebut disaksikan beberapa orang rakannya akibat terlanggar lubang besar atas jalanraya.

Al-Fatihah buat Allahyarham yang sangat disayangi oleh kami sekeluarga...

Seminggu sebelum kejadian, kami semua sempat bertemu semasa Majlis Kenduri Tahlil di rumah Pak Uda ku. Memang Allahyarham telah menunjukkan tanda-tanda akan pergi menemui Ilahi tapi siapalah kita sebagai manusia biasa ingin menduga. Menjadi seorang yang kurang bercakap berbanding sebelumnya. Riak wajahnya kurang ceria dan kelihatan agak pucat. Tatkala bergurau, Allahyarham hanya tersenyum. Yang mungkin takkan dilupakan apabila dia menghubungi Angahku sehari sebelum kenduri, Allahyarham menyatakan ingin hadiah dari setiap adik-beradikku sempena Hari Lahirnya pada 27 Jun lalu. Rupa-rupanya "hadiah" yang dimaksudkan adalah Surah Yassin sebagai teman pemergiannya.. Ya Allah.. Sungguh besar kuasa Mu..

Allahyarham bertopi merah.. Kenangan semasa Aildifitri 2010..

Dari kecil Allahyarham memang anak yang bijak. Pandai dalam pelajaran. Baik budaknya. Sangat menghormati orang tua dan boleh diharap untuk buat apa-apa kerja. Hasil didikan orang tuanya.. Tapi aku sangat respect dengan parent Allahyarham.. Walaupun sedih atas pemergian anak sulong mereka, tapi mereka tabah dan redha atas apa yang berlaku. Takziah buat mereka. Semoga Pakcik Atan dan Makcik Sal tabah dan banyakkan bersabar. InsyaAllah besar ganjaran buat mereka yang diduga sebegini. Itulah harapan Pakcik Atanku.. Mengharap anak lelaki sulong membesar dan dapat menjaga family nya suatu hari nanti.

Sempat aku mencium dahi jenazah Allahyarham.. Sungguh tenang wajahnya. Ibarat orang yang sedang tidur. Salah seorang teman sekolahnya yang menziarahi jenazah di hospital malam tersebut memberitahu Allahyarham seolah-olah tersenyum. Sebak bila mendengarnya.. Ganjaran buat Allahyarham yang sangat baik orangnya.

Walaupun aku amat sedih dan masih terkejut dengan pemergian Allahyarham, kehidupan perlu diteruskan. Teringat-ingat hari terakhir aku berjumpa dengannya. Aku sempat bertanya-tanya dan berbual-bual dengannya tentang Kamera DSLR yang aku teringin nak beli. Allahyarham minat fotografi. Jadi aku minta tolong dia carikan member-member yang boleh jual murah kamera tersebut. Dan aku sempat berpesan, "Dalam minggu ni tau Ayum".. Then, dia jawab " InsyaAllah kalau sempat.." Then dia salam aku dan pulang ke rumahnya selepas majlis kenduri seminggu sebelum tu. 

Hmm.. Tak sangka sepupu rapat yang dulu masih kecil membesar bersama-sama aku, tak panjang umurnya. Allah lebih menyayanginya.. Tapi Alhamdulillah urusan pengebumian Allahyarham dipermudahkan dan tak disangka ramai betul kenalan dan saudara-mara yang hadir semasa pengebumian. Betapa baiknya Allahyarham sebab ramai yang sukakannya sehingga yang hadir lebih daripada 100 orang! Rezeki Allahyarham sampai yang solat jenazah mengambil beberapa saf. Memang ramai yang menyayanginya.. Semoga Allah menempatkan Allahyarham di kalangan orang-orang yang beriman. Wallahualam..


Cik Misya : Will miss you Ayum.. One of the great cousin forever... Al-Fatihah...



Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...