Syukur Alhamdulillah.. Ramadhan menjelma kembali. Rasa sungguh seronok melihat umat Islam menyambut Ramadhan dengan penuh gembira. Surau-surau dan masjid-masjid dipenuhi manusia yang berpusu-pusu sujud kepada Allah sempena bulan yang mulia ini. Meriah sungguh!=) Ramadhan bulan yang dirahmati Allah.. Tiba masanya mengurangkan hal-hal duniawi dan menumpukan ibadah kepada Allah swt. Jom kumpul pahala banyak-banyak!=) Juga selamat bermuhasabah diri. Kalau ada salah dan silap dari saya, mohon dimaafkan. Sucikan hati bersihkan diri.. InsyaAllah segala apa yang kita lakukan akan dipermudahkan dan mendapat ketenangan sentiasa...
Jangan lupa menunaikan solat terawih jika berkesempatan. Juga selamat menunaikan ibadah puasa di siang hari. Jangan ponteng-ponteng! Especially kaum Adam yang dah sah-sah tiada alasan untuk skip puasa sesuka hati ya!;) Oklah, Salam Ramadhan dari saya untuk umat Islam semua terutamanya family dan rakan-rakan yang disayangi..^_^
Cik Misya : Hopefully mereka-mereka yang banyak wat salah kat saya, insaflah segera ya.. Mungkinkah ada lagi Ramadhan untuk anda selepas ini? Wallahualam...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.