Salam semua... Amacam puasa 1 Ramadhan hari ni? Dah nak masuk setengah hari dah. Jangan ada niat nak puasa setengah hari plak ye..;)) Pape pun, selamat meneruskan perjuangan menahan nafsu lapar dan dahaga selama sebulan ini. InsyaAllah mendapat barakah dari Allah s.w.t. Amin..:)
Oklah, pagi tadi aku online.. Nak dijadikan cerita, terkejut aku bila dapat satu berita tentang goal keeper kesayangan rakyat malaysia iaitu Khairul Fahmi aka Apex. Tak ku sangka panas di siang hari tak sampai ke petang. Pertunangannya bersama gadis yang dicintai, Elia mungkin akan terputus di tengah jalan!! Benar kah? Aku baca melalui artikel mynewshub "Khairul Fahmi Nekad Putus Tunang!!" Sedih gak dengar cerita ni.:(
Actually aku rasa aku agak ketinggalan tentang pergolakan yang berlaku antara hubungan Apex & Elia ni. huhu.. Dah lama aku tak baca blog si Elia tu walaupun aku follower dia. Agknya benda ni dah lama. Kita tak tahu apa yang melanda hubungan dorang sebenarnya. Kalau ikut cerita Apex tu berkaitan orang ketiga. Erm kesian juga ngan dorang ni. Mungkinkah ada hikmah di sebalik semua ni?
Apex kata dia nak tumpukan karier bola sepak nya lepas ni. Baguslah kalau macam tu. Cuma bab keputusan nak putuskan pertunangan, Apex dikatakan masih menunggu jawapan daripada Elia. Uish, mesti sangat sukar Elia nak wat keputusan. Dalam Islam sendiri pun kalau boleh bincanglah elok-elok terlebih dahulu. Mesti ada jalan penyelesaian yang lebih baik. Memang time bertunang ni orang kata banyak dugaannya. "Panas" orang kata. Lebih-lebih lagi dorang masih muda. Darah panas, cepatlah nak naik marah. Apex sebagai lelaki kena lebih banyak bersabar and fikir panjang-panjang terlebih dahulu. Yela, mungkin ada girl yang lebih baik wat dia nanti. Tapi sayanglah kalau diputuskan begitu sahaja sedangkan Elia sedikit sebanyak faham perangai dia sepanjang perkenalan dorang. Elia pula, kena bermuhasabah diri juga. Dari awal dia kenal Apex, habis diceritakan dari A to Z tentang perhubungan mereka kepada umum. Then terlalu bersifat terbuka sehingga menambahkan kekeruhan hubungan mereka menggunakan laman sosial facebook dan blog. She should learn something after this..
Kita kena ingat, bukan semua orang suka kita. Di sebalik yang mendoakan yang baik-baik wat kita, pasti ada mereka-mereka yang hasad dengki mendoakan sebaliknya, Tu sebab kena bersifat sederhana. Elia tak boleh terlalu expose atau menceritakan semuanya kepada umum especially tentang hubungan dia dengan pemain bola sepak Malaysia yang sangat famous. Dia kena get ready dari segi mental dan fizikal sebab orang terkenal ni memang banyak stalker dan hater. Be strong ok! huhu.
Tinggal kenangan... Pertunangan bertemakan ala-ala arab Fahmi dan Elia..
Pape pun aku harap dorang dapat selesai kan secara baik. Sayang jugalah dah elok-elok kenal, dah bertunang pastu hanya sebab cemburu dan sebagainya, dorang wat keputusan sangat drastik camni. Be mature dan perbanyakkan istikarah pasti temui jalan yang sebenar. InsyaAllah..=)
Cik Misya : Taknak bertunang lama-lama. Akad nikah itu yang wajib dan harus disegerakan sebab syaitan sentiasa cuba menyesatkan manusia..
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.