Friday, August 19, 2011

2nd place? Oklah tu.. Thanks Afra Makeup Studio!:)

Salam semua.. Puasa tak hari ni? Alhamdulillah kalau korang semua puasa.:) Aku pun puasa juga. Cuma hari ni aku rasa semacam sikit. Perut aku pedih ya amat! Dah berhari-hari puasa suddenly hari ni jadi gini plak. Kepala pun pening-pening sebab angin dah naik kepala. Apa lagi, kalau bukan gastrik! Oh no..!!! Aku taknak kena gastrik lagi. Cukuplah masa kecil-kecil and study dulu perut aku terhakis dek asid perut. Sakitnya, Tuhan sahaja yang tahu..:( Bertahanlah.. Dah setengah hari, tinggal beberapa jam je lagi..

Oklah, nak tukar topik. Korang ingat lagi tak entri bertajuk Top 10 Finalist Talent Search Photoshoot Contest by Afra Makeup Studio!! yang aku pernah tulis sebelum ni? Nak tahu result nya? Jeng-jeng-jeng...



Alhamdulillah dapat tempat kedua. Rezeki di bulan Ramadhan dapatlah duit raya sikit as a winner. Walau pun tak dapat tempat pertama, its ok. Penat lelah aku promote vote berbaloi juga. hehe.. Thanks so much to sis Afra yang sudi pilih saya as one of the winner sebab pemarkahan adalah 50% based on votes and 50% by judges.

 

Aku sebenarnya admire ngan hasil mekap sis afra ni. Sangat eksotik and unique! Memang lain daripada yang lain. Selalu orang mekap hanya untuk cantik tapi mekap afra sangat berbeza. Still nampak cantik walaupun kelihatan pelik. Kalau wat portfolio mesti meletopla! Macam berada dalam alam fantasi. huhu... Nak tahu hasil mekap nya? Leh tengok website beliau di SINI. Cuma takde rezeki aku lagi nak merasa sentuhan mekapnya kali ni..




Thank you so much kepada para pengundi yang sudi meluangkan masa klik "like" kat gambar aku. Juga ucapan-ucapan tahniah, thanks sangat-sangat k.:) 

Bab beli ipad tu, Alhamdulillah dah beli dah. Cuma takdelah secanggih Apple Ipad atau Samsung Galaxy Tab. InsyaAllah ada rezeki lebih, akan upgrade.Amin..


Cik Misya : Tahniah to Noreen Masran yang dapat 1st place. Nak tengok hasil mekap and photoshoot dia.:)

Kak Afra : Pinjam pic from your blog. Leh promote. hehe..;)

1 comment:

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...