Alhamdulillah, tanggal 16 Julai 2011 one of my beloved aunty, Mak Andak diijabkabulkan bersama jejaka yang dicintai.. huhu.. Sudah lama kami sefamily menantikan saat-saat ini.. Selepas kemeriahan perkahwinan Busu aku last two years (Betul ke? hehehe), so sekali lagi family aku berkumpul meraikan hari bahagia Mak Andak aku pula. Congratz Mak Andak!=)
Lain daripada yang lain, Mak Andak aku berpeluang mengenakan pelbagai busana tradisional pada malam sebelum pernikahannya. Kira rezeki Mak Andak aku lah dapat menggayakan lebih 5 pasang baju plus baju sanding dan baju nikah dengan harga yang sangat murah. Berbaloi-baloi! huhu.. Seperti biasa, khidmat Kak Erin digunakan oleh Mak Andak aku untuk andaman, pakaian, pelamin dan sebagainya. Nak tahu lebih details tentang package andaman Kak Erin ni? Leh refer link INI. Jom tengok baju apa yang Mak Andak aku peragakan!
Ala-ala puteri cina.. Aku suka baju ni sebab nampak klasik and easy-going looked.. Dengan kipas tu leh wat macam-macam pose! hehe.. (Maklumlah budak tarian memang gini) huhu..
Iya ibu dari mana? Turun dari Tanah Jawa ya bu? Cowoknya mana..? hehe.. Tetiba pergi Jawa lah plak...
Tuu dia...! Mak Andak aku pose sakan ler time ni.. huhu..
En. Fero.. selaku photographer.. Tak sabar nak tengok hasil shoot dia...;)
Aiyooo Amma...! Hehe... Ni gadis bollywood sudah marii.. Kuch Kuch Hota Hai...!;)
Love in Paris...?? Huhu.. Ni ala-ala Victorian girl.. Gitula Mak Andak aku kan...;)
So, next.... Kita tengok gambar-gambar sekitar majlis perkahwinan Mak Andak aku.. Sebelum majlis, aku dan sepupu-sepupu yang lain plus Makcik-makcik and Pakcik-Pakcik bertungkus-lumus wat persiapan.. Walaupun penat but we still enjoy during this time. Yang penting majlis berjalan dengan lancar..:)
Saat paling mendebarkan...!! Sewaktu Pak Andak melafazkan akad nikah... Jeng-Jeng-jeng.. Alhamdulillah dengan sekali lafaz, bersatulah Mak Andak aku ngan Pak Andak aku.. Yeay! Aku dah ada Pak Andak..! hehe..
Dup dap dup dap.. Mesti Mak Andak sangat berdebar-debar time ni.. huhu.. Aku tengok semua pengantin perempuan sama je riak wajah bila nak nikah. Busu aku dulu pun gitu juga.. Aku nanti camne plak?? @_@
Penyerahan mas kahwin dari pihak lelaki kepada pihak perempuan...:)
Upacara membatalkan air sembahyang dan menyarung cincin..
Peewiittt! hehe....
Wish both of you happy ever after...^_^
3 teruna bersaudara... Dulu berempat, sekarang tinggal 3.. Semoga arwah Ayum tenang di sana... Amin..
Me with my sis... Excited nengok orang menikah.. huhu..
Pelamin nan indah... Simple but sweet... Gabungan warna-warna lembut yang menjadi..:)
Cukup korum... Adik-beradik ayahku... 1keluarga! Ngehehe...
Apo kono eh jang?? hehehe.. Kito poi minang plak yo... Den punyo family ni asal dari minang Sumatera, Indonesia sana.. :) Nasib baik tak wat tarian piring...!:p
Eh, tetibe ada Cik adik manis sorang ni plak ye... @_@
Oooppss! Tumpang ambil berkat jap! Hehehehe...;)))
Me with my beloved cousin, Kak Shaire... Miss you sis!=)
Part of hantaran lelaki kepada pihak perempuan.. Bertemakan warna ungu... Erm hantaran belah perempuan tak sempat nak tangkap gambar sebab terrrrrsangatlah busy sampai lupa diri sendiri. huhu.. (Macam aku plak yang nak kahwin! hehehehe)
Oklah, pape pun aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru wat Mak Andak dan Pak Andak.. Semoga berbahagia ke akhir hayat.. Alhamdulillah semua makcik-makcik yang aku sayangi dah ada orang jaga.. Settle semuanya.. Lepas ni jangan lupa majlis anak-anak saudara pulak ye... Hehehe...
Cik Misya : Inilah wedding yang aku involve paling busy rasanya. huhu.. Takpela, yang penting semuanya berjalan dengan lancar.. Syukur..:)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.