Salam semua.. Walaupun internet agak slow, ku update jua blog ini. Alhamdulillah hari ni aku dapat menghabiskan sesi membuat kuih raya resipi turun-temurun from my mom iaitu Biskut Mazola. Tapi aku tambah sikitlah nama biskut ni iaitu Biskut Mazola ala Cik Misya. Sebab bentuknya comel macam aku! Wakaka.. (Perasan!) ;p huhu...
Bahan-bahan nak buat Biskut Mazola ala Cik Misya ni adalah seperti berikut:
Kacang tanah (Digoreng tanpa minyak sehingga garing dan kulitnya dibuang). Kemudian kisar kacang tanah ni sehingga menjadi halus seperti berikut..
Minyak masak jenama Cap Pisau. Ataupun leh guna minyak Mazola yang dijual kat pasaraya tu. Jangan guna minyak senyonyong, minyak pengasih mahupun minyak dagu dan sewaktu dengannya ye!! Dosa tau! hahaha..;p
Tepung gandum dan gula icing
Telur ni hanya untuk hiasan je.. Just ambil kuning telur manakala putih telur leh la recycle goreng untuk makan time sahur or buka puasa. hehe..
Kuning telur ni letak sikit garam dan serbuk vanilin bagi wangi sikit.:)
Bahan-bahan sampingan : Sedikit garam dan serbuk vanilin. Baru lah biskut terasa lemak berkrim disukai ramai!;)
Kaedah membuatnya sangat simple. Maksure tangan korang dah dicuci sebersih-bersihnya menggunakan 7 langkah mencuci tangan yang betul! (refer website KKM):p
Mula-mula masukkan kacang tanah yang telah dikisar.
Seterusnya masukkan gula icing dan tepung gandum. Gaul sampai 3 bahan ni sehingga rata dan berwarna perang. Kemudian masukkan minyak masak sedikit demi sedikit dan uli bahan-bahan ini sehingga menjadi doh seperti berikut:
Doh ni aku dah bahagi-bahagikan supaya senang nak terap. Jangan lupa tambahkan sedikit garam dan serbuk vanillin ya! Sebelum tu, perap doh selama beberapa jam supaya kembang dan bahan-bahannya mesra serta sebati.
Kalau salah bancuh, doh tu mungkin akan menjadi lembik seperti ini:
Ni bermakna, doh kurang tepung dan perlu di adjust kandungan tepung nya. Uli-uli sehingga boleh dipegang dan dibentuk menggunakan acuan.
Ok lepas dah perap doh, finally kita dah boleh canai dan terap menggunakan acuan favourite masing-masing. Aku gunakan acuan berbentuk hati a.k.a love macam ni..
Gunakan plastik untuk lapik doh sebelum canai bagi rata menggunakan roller. Plastik tu berguna supaya doh tak melekat pada roller. Pandai-pandailah nak tebal mana pun tapi agak-agak jangan tebal or nipis sangat. Then ambil acuan dan teraplah doh yang dah leper tu satu per satu.. Celup acuan dalam sedikit tepung sebelum terap supaya doh tak melekat pada acuan.
Lepas dah terap, susunlah atas dulang yang bersesuaian untuk dibakar. Dalam kes ni, aku gunakan tudung periuk je sebab pembakar aku berbentuk bulat. Jangan susun terlalu rapat sebab masa dibakar, ia akan mengembang tau!
Dah siap susun, bolehlah hiaskan menggunakan kuning telur yang disapu di bahagian atas biskut..
After that, bakar biskut ni selama lebih kurang 10-15 minit bergantung kepada jenis oven yang digunakan. Hasilnya nanti mesti jadi macam yang aku buat ni..
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
So, dah boleh dihidang kepada tetamu untuk Hari Raya Aidilfitri nanti. Rasanya sangat sedap berbanding yang dibeli di kedai. Lemak-lemak dan cukup rasa manis dan masinnya.
Biskut Mazola ala Cik Misya... Selamat mencuba ya kawan-kawan..;) Nak rasa yang aku buat ni? Jemputlah datang beraya ke rumah..^_^
p/s : Aku ni kalau memasak atau buat kuih mahupun kek, aku jenis main campak-campak je. Kira takde sukatan tertentu untuk setiap bahan yang aku gunakan. Alhamdulillah air tangan aku semuanya menjadi walaupun just campak-campak. huhu.. So, pandai-pandailah ek. Selamat mencuba!=)
Cik Misya : Dah bertahun-tahun tak wat biskut ni. Kali ni nekad mahu buat sebab sangat rindu pada aroma dan rasanya. Tak sama macam kat kedai.:)
kita suka biskut ni :)
ReplyDelete