"Mari puji-memuji.. Kepada Tuhan.. Titiskan kasihNya melimpah seluruh alam....."
Syukur Alhamdulillah.. Syawal menjelma kembali setelah sebulan umat Islam menunaikan ibadah puasa di Bulan Ramadhan. Tahun ni aku beraya di Johor. Dah lama tak raya kat Johor sebenarnya. Kali ni agak istimewa sebab beraya di tempat baru..;) Nak tahu kat mana? Oops mana leh bagi tahu kat sini. huhu..
Okla, takde apa nak dicoretkan pada entri kali ini. Just want to wish...
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
to all my followers in blogging world and all Muslim peoples in the world! =)
Yang paling penting, buat family ku tersayang.. Ayahbonda tercinta, adik-adikku.. Tak dilupakan semua pakcik-pakcik, makcik-makcik, sepupu-sepapat dan anak-anak saudara yang disayangi.. Juga Tok Bok (nenek) yang tercinta.. Ampunkan salah dan silap ku pada semua.. Love you all so much. Kalau buat gathering sekaligus pasti meriah.. Pada yang telah tiada, Al-Fatihah buat mereka..
Untuk rakan-rakan sekolah, universiti, di oversea, jiran tetangga, rakan taulan yang disayangi.. Maafkan daku jika ada salah silap yang mengguris hati korang semua. 0-0 ek..?:) Also buat stalker, hacker, hater, or sesiapa sahaja yang membenci diri ini. walaupun korang tak minta maaf, aku maafkanlah juga perbuatan korang. tapi makesure korang insaflah ek.. Kalau tak, Syawal korang tak bermakna apa-apalah tahun ni..:)
Ikhlas buat rakan sekerja tempat aku mencari rezeki, kalian sentiasa di hati ini. Tempat pertama aku memegang wang hasil titik peluh ku sendiri. Will do my best in carrier for succesfullness! (Betul ke eja):p hehehe.. InsyaAllah.. Sorry lah kalau sepanjang sama-sama kita bekerja, ada yang tersinggung ke apa kan.. Korang tetap best!=) Ke arah transformasi kerajaan... Cewah!;p Also buat team Tadarus, jangan lupa our potluck after balik cuti Raya ni..:)
Juga tak dilupakan rakan-rakan ku dalam dunia modelling yang baru aku baru berjinak-jinak.. Buat semua photographer, model (talent), Make-Up Artist, Krew-krew, butik-butik, organizer-organizer event dan sesiapa yang terlibat dalam modelling ni, ucapan maaf ku hulurkan jika ada yang menyinggung dari segi perbuatan mahupun perkataan. Also penyokong-penyokong/peminat-peminat (ade kerr??):p yang tak jemu-jemu bagi support kalau aku join contest or pape yang memerlukan vote dan doa korang. Cayang korang! InsyaAllah ada rezeki, aku nak ke tahap yang lebih tinggi satu hari nanti. Doa-doakanlah ek..:)
And the last but not least.. My beloved Honey.. Incik Japster.. Maafkan saya kalau sepanjang perkenalan kita, saya ada buat salah sehingga mengguris perasaan awak.. Saya tak sengaja! Betul! hehehe.. Hopefully awak dapat balik beraya ke Cybertron tahun ni. (Bajet Optimus Prime ler tu!) huhu.. Saya harap hubungan kita berkekalan dan menginjak ke peringkat seterusnya. Amin.... Love you so much! Cayang awak ketat-ketat! You are my great friend yang sentiasa bagi support tak kira masa susah atau senang. =)
Alhamdulillah selamat semuanya.. Pada yang pulang ke kampung, berhati-hati di jalanraya k. Dan bila menjamu selera tu, berpada-padalah time makan. Amalkan pemakanan yang sihat ok! Juga sediakan makanan dengan cara yang bersih dan selamat supaya tak berlaku keracunan makanan. (Pesanan KKM). Semoga Hari Raya kali ni membawa seribu makna buat semua. Bergembira tu, ingat-ingatlah mereka yang susah dan tidak berdaya.. InsyaAllah pasti diberkati..=)
Salam Aidilfitri semua!=)
^_^
Cik Misya : Rindu pada arwah atok dan nenek.. (Hj Dawan & Hjh Dasimah) Al-Fatihah....
Selamat Hari Raya Aimi :)
ReplyDeletehttp://batulesung.blogspot.com/2011/09/kemeriahan-raya-di-bendang.html
Selamat Hari Raya juga kak..:)
ReplyDelete