Monday, August 8, 2011

Tahniah penjawat awam dapat duit raya tahun ini! =)

Syukur Alhamdulillah... Rezeki di Bulan Ramadhan.. First time la aku rasa nak ucap terima kasih bebanyak kat PM kita Najib. huhu.. Setelah bertahun-tahun kakitangan kerajaan tak dapat bonus, akhirnya tahun ini dibukakan pintu hati PM untuk memberikan bonus kepada penjawat awam sempena Aidilfitri ini. Tak percaya? Leh refer berita terkini dari BERNAMA.. "Kerajaan Umum Bonus Setengah Bulan Untuk Penjawat Awam, RM500 Untuk Pesara"


KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," katanya.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. - BERNAMA

Pape pun syukur kepada Allah s.w.t yang memberikan rezeki ini. :) Patutlah barang-barang naik harga secara mendadak! Kuih sebiji RM0.50! Kalau saiz makin besar takpelah. Ni makin kecil! Memang beza gila lah harga makanan sekarang. Kalau orang yang susah/miskin/papa camnelah nak menyara kehidupan dengan kos hidup semakin meningkat. Kasihan dorang. Harap Najib ambil berat sikitlah golongan sebegini. Jangan sok JAIS wat serbuan lagi kat gereja udah ler.. Sebab orang Melayu miskin terpaksa menerima bantuan hidup daripada pihak gereja. Siapa yang patut dipersalahkan? Entahlah.. Yang penting muhasabah diri k. 


Dah dapat bonus tu, berpada-pada sikitlah bila berbelanja. Maklumlah kakitangan awam ni pantang je dapat bonus atau naik gaji. Mulalah berlumba-lumba nak beli itu ini menunjuk-nunjuk kat orang lain. Ni nak raya ni lagilah. Tengah bulan sok, menganga je takde duit sebab habis dijoli. Hopefully kawan-kawan aku kat sini tak macam tu k. Sambut Aidilfitri dengan penuh kesederhanaan dan keberkatan itu lebih baik. Tahniah wat mereka yang keje gomen ya!=)


Cik Misya : Ibu aku kata, Rosmah dah gadai cincin RM24 juta tu kot.. Dats why Najib dapat bagi bonus! Ngehehehe.. Kelakar je...;P

3 comments:

  1. Terima kasih PM !..ade gak tambah utk beli samsung galaxy S 2 haha! :D

    ReplyDelete
  2. wah best2! mau bli juga tp bajet masih blom mengizinkan. hehe..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...