Friday, August 12, 2011

List blogwalking hari ni. Mari tengok follower mana yang kena! ;)

Wah.. Hari ni hari Jumaat.. 12 Ramadhan 1432 H.. Alhamdulillah sudah 12 hari umat Islam menunaikan ibadah puasa.:) Di tengah-tengah hari Jumaat ni, kebosanan melanda diri ini. Waktu rehat yang panjang, nak gi makan, mana boleh!! huhu.. Pose tau! So lepak-lepak jela ngadap pc office ni. PC ni pun dah bosan nengok muka aku agaknya. huhu. 

So, akibat kebosanan, aku pun pergilah blogwalking.. Actually aku baru je join 1 kelab dalam facebook yang dinamakan KELAB BLOGGER. Alhamdulillah dari kelab tu, aku dapat berkenalan dengan ramai blogger and kami saling bertukar-tukar link. Kira konsep i folo u folo back lah. Tapi aku bukanlah kisah sangat pasal follow memfollow ni. Saja mahu berkongsi ceritera dalam blog. Pape pun Alhamdulillah cause melalui kelab ni, follower aku bertambah. Thanks so so so much to my new followers.=)

Disebabkan aku kesuntukan masa, baru hari ni aku dapat jalan-jalan ke blog follower aku balik. Sebagai menghargai kesudian dorang menjengah blog aku ni, aku pun follow dorang balik. Tak sangka blogger-blogger Malaysia ni kreatif-kreatif belaka.:) Aku sendiri pun masih baru juga dalam dunia blogging ni. Adalah dalam 2 tahun.. Suka-duka, telah aku lalui bersama blog ni. Kena hentam dengan stalker tu dah jadi makanan dah. Telan, kunyah then jadi taik! Uwekkks! hahaha.. ;D

So, antara list blogwalking aku hari ni adalah blog-blog berikut.. (Aku dah follow semua dah) huhu..

Blog yang betul-betul hangat by Kaki Wayang - Blog ni banyak menceritakan tentang info-info terkini dan nasihat-nasihat yang berguna. Bagus3x!:) Dah macam blog politik pun ada sebab banyak informasi. hehehe..

Blog My Life My Soul by Emyra Rosly - Blog yang simple.. Lebih banyak kepada private story.. (Tips : Kurangkan penggunaan short form dalam berblogging k.) 

Blog Buku Harian Ikah by Atiqah - Blog ni pun simple juga.. Suka font dia guna. Senang nak baca.. Memang macam diari harian. huhu..:)

Blog La Dolce Izatie by Izatie - Nice blog.. Owner nya pun sangat comel. Teringat officemate aku bernama Athirah. Hampir serupa wajah dorang..:)

Blog Dayah Dior by Dayah Samad - She has perfect English! Suka style dia menulis. Maybe aku boleh belajar English ngan dia kot.. huhu..

Blog A Little Crazy by Ayuzara - Story kaum hawa yang telah bergelar ibu dan isteri. Anaknya sangat comel. Suka juga baca entri dia. Kelakar pun ada.:)

Blog Adam Roslan by Adam Roslan - Suka juga baca entri blog ni sebab informasinya terkini dan mudah dibaca serta difahami.

Blog Ewan Si Budak Baik by Muhammad Syazwan - Mula-mula tengok tajuk pun dah tahu blog ni mesti kelakar. I mean entri dia lah.. Ayat-ayatnya pendek-pendek dan mudah dibaca.:)

Blog Little Girl with Big Dreams by Jaja - Blog ni menarik untuk dibaca sebab entrinya ringkas tapi padat ngan mesej. Cuma agak berat untuk diupload tak tahu sebab apa

Blog Rudy's Fortress by Rudy Tensai - Aku suka gak baca blog ni. Ada 1 entri tu bertajuk "Konsep I folo u, u follow me back" memang aku setuju sesangat. Jaranglah ada orang nak wat entri membina semangat blogger baru camni. Good!:)

Blog Tiada Kepalsuan by Muhamaad Yunus - Memang tiada kepalsuan, huhu.. Entrinya semua simple-simple. Tak panjang berjela macam entri aku. hehe..

Blog Everything Happens For A Reason by Ada Sya - Aku suka writing dia sebab short form yang digunakan sangat minimum. Baru syok nak baca..:)

Blog Masrina Sidek by Masrina Sidek - Blognya sangat cantik dan ceria!=) Tapi agak heavy untuk upload page sebab banyak aplikasi kot..

Blog Mate Saye Bulat by Siti Zarizza - Suka tengok kad kahwin Memey-Norman Hakim dalam entri INI. Kita sependapatlah sebab suka tengok Norman ngan Abby masa dulu. huhu..

Blog Si Gadis Kepoh by Mishnurlin - Tergelak aku tengok gambar artis jadi gemuk dalam entri INI. Huhu.. Pandai dia edit gambar. hehe.. Nice blog also..:)

So, who will be in my next blogwalking list? InsyaAllah kalau ada kelapangan aku akan jalan-jalan singgah blog korang. To all followers, again many thanks to all of you. Sudi-sudilah jenguk entri saya ya.=) Selamat berpose... huhu..





7 comments:

  1. terima kasih sbb blog walking sy nye blog... then siap paste kat sini lg,,,,
    sy sgt terharu... =))

    ReplyDelete
  2. rasanya kurang 1 blog lg...hehe

    ReplyDelete
  3. @jasman: hehe sorry.. tak sempat nak jenguk sume.. nnt sy singgah ek..:)

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas pandangan tentang blog saya tu... Insya-Allah... sy tengah usaha nak meringankan blog saya...

    ReplyDelete
  5. hi darling! sy jumpa entry ni kebetulan.. tapi seriusssssssssssssss saya nak ucap terima kasih bebanyak sebab letak blog sy dlm entry awak.. sgt2 terharu ni.. :)

    ReplyDelete
  6. sy ada entry psl awak.. http://adasya.blogspot.com/2011/11/terima-kasih-berjuta-juta-lemon-kepada.html

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...