Tuesday, September 20, 2016

Laksa Sarawak by Zack || Kekecewaan terubat..

Salam. Ada orang Sarawak kat sini? Haishh sedapnya Laksa Sarawak Udang Galah neh! Hehe.. Honestly masa mula-mula saya datang Sarawak, saya pernah rasa Laksa Sarawak tapi tak kena dengan tekak dan selera saya. Agak kecewa juga. So saya rasa saya takkan craving nak makan laksa Sarawak lagi. But, suddenly my biz partner, Zack memang asal orang Sarawak, open order untuk Laksa Sarawak during our biz class. Mula-mula tak interested pun sebab pernah makan tapi tak tertarik dan pernah kecewa. Tapi bila dia bawa ke kelas, alamak bau kuahnya sudah mula menusuk ke lubang hidung! Agak menyelerakan. Plus tengok ada udang galah. Boleh pilih yang takde udang juga. Okla try sebekas bawa balik rumah. 


Murah je RM10 camtu dapat 2 ekor udang galah. Isi dan kuah pun banyak. Rasanya? Ok inilah Laksa Sarawak paling sedap pernah saya makan! Sangat marvelous.. Kuah dia pekat memang sedap. Thank you Zack because you dah mengubah persepsi I terhadap Laksa Sarawak. Hehehe. My hubby pun suka walhal dia lagilah tak pernah makan pun Laksa Sarawak sebelum ni.


Sape nak order boleh roger Zack di 010-2316465. Homemade by himself tau. Kagum juga si Zack ni dah beranak 1, boleh masak Laksa Sarawak yang sedap ni. Kot nak wat majlis ke apa kan, bolehlah try hidang Laksa Sarawak pula. :)


Misya : Bukan peminat makanan berkuah.

Dendeng Daging CheqTom, sedap dan berbaloi dengan harga.. Cubalah!

Salam. Siapa suka makan dendeng daging? Sedap tau dendeng daging ni. Tapi nak masak sendiri agak sukar sebab kena cari daging batang pinang yang berkualiti tinggi baru dapat dendeng daging yang sedap. Senang cite takyah buat sendiri, now boleh order je dengan CheqTom. Kebetulan my fren yang suggest suh beli bulan puasa hari tu. Okla saya try. 



But honestly harganya agak expensive sebab macam saya cakap tadi, dia gunakan daging berkualiti tinggi. Tapi rasanya? Memang puas hati. Saya tak makan daging sangat tapi bila rasa dendeng ni terus jatuh hati. Makan dengan nasi panas-panas memang marvelous especially time sahur di bulan Ramadhan.


Boleh juga dimakan dengan ketupat atau nasi impit time raya. Ganti serunding daging. Memang marvelous!

Ni senarai harga, Boleh contact CheqTom di nombor atau insta acc yang tertera dalam gambar. Kot-kot nak wat event/function bolehlah order. 



Misya : Bukan jenama Dinding.



Monday, September 19, 2016

Giveaway by Cik Purple

Klik untuk join

Ciko, si perut boroi cecah lantai ...

Salam. Cer cari binatang tersembunyi dalam gambar ini? Ahha senang je kot... Masa my parent pindah rumah hari tu, memang rumah penuh dengan barang-barang yang dah dipack. So, my cat si Ciko memang sukalah kan sebab banyak port untuk dia bermain dan lepak. Yang peliknya si Ciko ni tak padan dengan badan dan perut yang besar (boroi) tu tetap lah dia nak masuk di celah-celah barang dan perabot yang sempit tu. Tak sedar diri agaknya dia dah gemuk. haha.. Takpelah Ciko janji kau bahagia.. hehe..


Moga Ciko sihat dan cergas sentiasa. Risau if dia jatuh sakit but so far Alhamdulillah dia tak pernah jatuh sakit. Kecuali masa dia hilang dan jumpa balik tu dia demam. Now, Ciko membesar dengan pesat sampai perut menggelebeh boleh cecah lantai. But still nak bergurau lagi if kita usik-usik dia. 

Berat hampir 6kg...


See.. Selagi ada ruang sempit, selagi itulah dia akan memuatkan badannya dalam tempat tu.. Patutla kadang cari tak jumpa. Suka bersembunyi..



Tengoklah tu, perut dah geleber.. Aduhai kena pakai korset ni. hahaha..


Misya : Kucing penghibur hati.

Sebalik tabir shooting Jubah Arab Abaya for Berita Harian..

Salam. Siapa yang baca entri saya tentang kemunculan saya dalam Berita Harian ruangan fesyen? If tak baca lagi boleh terjah SINI. Entri ni pula just nak share di sebalik tabir penggambaran yang dijalankan. Alhamdulillah rezeki Ramadhan masa ni bulan puasa tiba-tiba owner butik Jubah Arab Abaya wasap saya minta saya jadi model produknya untuk dimuatkan dalam Berita Harian. Walaupun bulan puasa, panas agak terik tapi saya tetap buat yang terbaik. Orang dah beri kepercayaan jangan mengada-ngada pula nak jadi diva tak mahu kena panas, penat dan sebagainya. Best, sebab Jubah Arab Abaya ni original dari Arab Saudi. Kira beruntung saya dapat gayakan beberapa pasang abaya yang rata-rata harganya RM200++. Terima kasih banyak-banyak wat Kak Feeda owner Jubah Arab Abaya untuk jemputan sebagai model ini. Jangan serik-serik invite saya lagi ya. Hehe..

Antara Abaya favourite saya.. Designnya memberikan efek kurus dan slim. Memang saya suka sangat-sangat!




Abaya princess cutting.. Memang antara abaya terlaris kat sini. Walaupun ada cutting tapi yang menariknya tidak menampakkan bentuk badan. Tetap sopan walaupun penuh bergaya.



Makeup by myself.. Hoyeah ada bakat juga saya makeup sendiri untuk photoshoot. So untuk klien yang perlukan model yang pandai makeup sendiri, saya lah orangnya! hehe.. InsyaAllah saya akan bagi kerjasama yang terbaik untuk setiap job yang diberikan. :)


Misya : Peragaan yang memberi manfaat buat Muslimah.

SEGMEN EXCHANGE BLOGLIST BLOG TIPS BLOGGER #1

SEGMEN EXCHANGE BLOGLIST BLOG TIPS BLOGGER ! ||  Segmen pertama yang di anjurkan oleh blog tips blogger ini adalah bertujuan untuk menambah kenalan dan juga mengeratkan hubungan antara blogger-blogger yang wujud di malaysia . Selain itu, memberi peluang kepada blogger untuk berkenalan dengan Blog Tips Blogger secara Khusus dan mengetahui fungsi blog tips blogger ini .




SEGMEN EXCHANGE BLOGLIST BLOG TIPS BLOGGER !

Syarat-Syaratnya adalah 

1. Follow blog Tips Blogger dan Google+ Account .
2. Buat Entri Bertajuk " SEGMEN EXCHANGE BLOGLIST BLOG TIPS BLOGGER #1 "
3. Copy Coding di bawah dan pastekan di ruangan Html entri anda .
4. Publish entri dan tinggalkan link entri anda di ruangan komen di entri ini .
5. Masukkan link blog Tips Blogger kedalam bloglist anda .
6. Share entri anda di media sosial anda . gunakan hashtag #segmentipsblogger ( 1 post je)
7. Selesai .

Hadiah-hadiah yang di tawarkan !

Semua blog yang menyertai segmen ini akan di letakkan di dalam entri bloglist blog Tips Blogger. Rata-rata pengunjung blog tips blogger adalah dari kalangan blogger, jadi kebarangkalian mereka terjah ke blog anda untuk blogwalking juga tinggi.

**pastikan anda tidak remove bloglist selepas segmen ini berakhir .

Segmen akan berlangsung selama 1 hari setengah sahaja ! Siapa cepat dia dapat !

17 September 2016 sehingga 18 september 2016 ( 11.59 malam ) .

Selamat mencuba !

Sekian .

Wednesday, September 14, 2016

Keberkatan rezeki di pagi hari..

Salam dan Selamat Pagi.. Alhamdulillah masih diberi nafas pada pagi ni untuk meneruskan kehidupan. Syukur Alhamdulillah sekali lagi. Jangan lupa setiap pagi berdoalah kepada Nya agar dipermudahkan urusan sepanjang hari. Senyum sentiasa dan bersabarlah jika ada dugaan. Pintu rezeki juga terbuka luas di pagi hari. Sebab tu orang tua dulu-dulu kata bangun awal pagi. If bangun lewat menjelang dah tengahari rezeki tak masuk rumah! Simbolik sebenarnya, memang betul if bangun lewat, confirm kita takkan jadi produktif dah. Separuh hari dah habis dengan aktiviti tidur, then nak start aktiviti baru, memang rasa berat. Tak caya, cubalah.. :)



Jangan lupa, berdoa dan sedekahkah Fatihah untuk kedua ibubapa kita tak kira mereka masih hidup atau telah tiada. InsyaAllah diluaskan lagi pintu rezeki untuk kita. Ingat, redha Allah bergantung pada ibubapa. :)



Misya : Sukarnya mencari keberkatan.

Thursday, September 8, 2016

SEGMEN : Hang Komen Hang Bertuah

Klik untuk join

Segmen: Bloglist ayuinsyirah tahun 2016

Klik untuk join

Kereta terjun dalam parit RnR Serdang!

Salam. MasyaAllah, pertama kali saya menyaksikan kemalangan sebuah kereta depan mata. Kes ni dah lama berlaku tapi baru sekarang teringat nak update entry. Kebetulan saya singgah makan di RnR Serdang highway PLUS KL-Seremban menuju ke KL. Tengah elok-elok mengadap nasi lemak bungkus, tetiba terdengar bunyi shrekkkkkkkkkkkkkk.... dooommm! Semua yang berada di area RnR Serdang time tu terkejut dan tercari-cari mana datang bunyi tu. 


SubhanaAllah rupanya ada accident! Bukan antara kenderaan tapi sebuah kereta telah terjun ke dalam parit di belakang RnR Serdang! Haiyaaa camne boleh berlaku? Wallahualam.. 

Dikatakan kereta ni brek tak makan, so dia cuba nak stopkan kereta di tepi jalan tapi dengan halaju yang sangat tinggi last-last terbabas melanggar tiang lampu jalan then terus terjun dalam parit ni. But Alhamdulillah pemandunya seorang lelaki selamat cuma maybe cedera di pinggang sebab dia takleh bangun - akibat hentakan masa kereta jatuh dalam parit.

Kejadian seperti ini siapa sangka kan? Memang saya terkejut dengar bunyi yang sangat kuat. Risau juga lori ke terbabas hentam RnR ni. Almaklum RnR Serdang ni kecil je betul-betul tepi highway. Yang memandu makesure sebelum drive tu kenderaan pastikan selamat dibawa. Berhati-hatilah di jalanraya. Malang tak berbau...



Misya : Bukan adegan filem.

Style tudung Ultraman, bila masa nak pakai?

Salam. Ingat lagi fesyen tudung gaya 'alien' yang pernah jadi hot dulu? Boleh baca SINI. Laa ni ada 1 lagi gaya tudung yang saya rasa takdelah worse sangat gayanya. Masih boleh diterima pakai lagi actually. Hijab stylist yang create style ni kira creative juga sebenarnya. Gaya ala-ala Ultraman orang kata. Cuma time bila nak bergaya camni ni kena fikir banyak kali ni. Maybe waktu dinner bertema yang pelik-pelik yes, memang sesuai gayakan style tudung ni. Its not easy nak lipat tudung bertingkat-tingkat cenggini. Macam nak wat hantaran pun ada. Hehe.. At least beliau berani mencuba. Dan kekalkan menutup aurat. :)



Misya : Jangan kondem hasil kerja orang.

Hadiah cermin untuk ibu tersayang..

Salam. Sometimes memang takde idea nak bagi hadiah kan? Puas fikir tapi rasa macam dah bagi je semua jenis hadiah. Especially for my mom. Kebetulan Mei lalu adalah hari persaraan dan birthday my mom. Puas la dok pk nak bagi hadiah apa. Dalam fikiran terbayang nak bagi cincin emas belah rotan sebagai ganti cincin emas yang pernah saya hilangkan dulu. Oopss sorry ibu.. Hehe.. Fikir punya fikir, senang cerita tanya terusla empunya badan. At the same time my mom memang tengah mencari-cari cermin untuk dihias pada dinding rumah baru kami. My mom dengan rela hati kata better belikan dia cermin untuk hias rumah daripada beli cincin sebab katanya cincin emas dia banyak and bukan pakai semua pun. Okla cantik sangat lah tu. Lebih kurang je harga cincin dengan cermin ni dengan harga cincin emas. 

Alhamdulillah dapat hadiahkan cermin 2 buah (untuk ruang tamu dan ruang makan). Hadiah lain memang ibu saya taknak sebab dah banyak dan tak tahu simpan mana nanti.

Semangat my mom snap foto cermin lepas digantung. Syukur beliau happy dengan hadiah yang saya bagi ni walaupun sekadar cermin hiasan..

Ni yang kat ruang tamu. Both cermin ni dapatlah harga dalam RM400++. Oklah siap tolong pasang sekali. Corak dia pun saya dan my mom suka. Dapatlah beri efek rumah nampak lebih luas. Almaklum my mom memang jenis suka menghias rumah. Pantang ada ruang, mesti nak letak something. Bagi rumah naik seri katanya. Baiklah ibu.. Along follow aje.. Huhu..


Misya : Banyak lagi jasa ibu yang tak terbalas.


Tuesday, September 6, 2016

Hero Market, shopping sebelah pejabat..

Salam. Siapa pernah membeli-belah di Hero Market? maybe kat luar sana dah banyak cawangan Hero market ni. Kat Putrajaya pun dah ada Hero Market ni. Betul-betul dekat my office area Presint 3. Dah lama rasanya dibuka tapi saya tak pernah singgah pun. But kali ni saja follow my officemates. Saja nak tengok camne rupanya Hero Market ni..

Ok abaikan tudung yang berserabai tu. huhu. Ginila suasana Hero Market ni. Nak kata besar takde besar sangat macam hypermarket. Nak kata kecil takdelah sekecil kedai runcit. Okla if uols nak cari bahan-bahan keperluan rumah dan dapur. 


Banyak juga barangan dijual. Mostly yang datang sini orang-orang dari pejabat kerajaan sekitarnya. Time rehat if nak cari barang-barang dapur bolehlah singgah. Sebelah Dorsett Hotel Putrajaya je.

Separation between department makanan dan bukan makanan. Harga lebih kurang macam pasaraya biasa punya rate.

Kaunter bayaran banyak juga tapi bila dah ramai-ramai jadi sesak. Maybe sebab time ni peak hour tu yang ramai. So sesiapa yang berhampiran nak singgah beli barang dapur sebelum pulang ke rumah lepas kerja bolehlah ke Hero Market ni. Tapi jangan waktu kerja pi mengular plak ke sini ya!;)


Misya : Suka shopping untuk masak.

Resipi Bebola Ayam Cheese meleleh!!!

Salam. Amacam tengok gambar bawah ni? Terliur tak? hehe.. Inilah bebola ayam cheese! Resipi dari facebook saya ubahsuai sedikit ikut citarasa sendiri. Yang penting memang tangkap leleh la!


Bahan-Bahan

Ayam Kisar Ramlee
Bawang Kecil
Daun Bawang
Carrot
Tepung Gandum sedikit
Keju Cheddar
Lada Hitam
Sos Tiram
Garam sedikit
Bread Crumbs (Serbuk Roti)

Cara-cara membuatnya

1. Kenalah sediakan bahan-bahan dulu. Hehe. Untuk bawang, daun bawang dan carrot perlu dicincang halus. Nasib baik saya ada Master Chopper Set dari Go Shop, memang memudahkan kerja-kerja menyagat bahan-bahan masakan. hehe.

 
Untuk cheese, saya gunakan brand Beqa ni. Boleh didapati di kedai-kedai menjual alat bakery atau hypermarket berhampiran.

Bawang, daun bawang dan carrot yang telah dicincang. Agak-agak jangan halus sangat.
 
Ayam kisar Ramlee. Kalau ikut resipi asal kena gunakan daging ayam then blend sendiri. Sekarang senang, semua dah ada di pasaran. Maybe uols boleh try dengan daging lembu kisar. But saya suka ayam. hehe

Bread Crumbs dari kedai alat alat bakery. Saya pilih jenis warna kuning untuk bagi efek keemasan pada bebola ayam cheese saya.

2. Gaulkan kesemua bahan-bahan tadi kecuali tepung gandum. Tepung gandum ni anda gunakan hanya bila anda rasa doh yang terhasil agak terlalu lembik sampai sukar nak digentel menjadi bulat. Sebab air dari ayam tu yang membuatkannya lembik. Tapi jangan banyak sangat pula letak tepung.


Beginilah doh yang terhasil. Agak-agak boleh gentel, oklah.

3. Potong dadu keju cheddar agak-agak size boleh masuk dalam doh bebola yang akan digentel.


4. Ambil sedikit doh ayam tadi then leperkan menjadi bulatan. Kemudian letak seketul  cheddar cheese. Then tutup keseluruhan blok cheese dengan doh ayam tersebut. Gentelkan menjadi bulatan.


5. Then, golekkan atas bread crumbs sampai semua permukaan doh diselaputi bread crumbs.


6. Siap! Bolehlah disimpan dalam freezer ataupun digoreng terus untuk dimakan.


7. Untuk goreng makesure minyak betul-betul panas dan bebola cheese terendam habis dalam minyak. Agak-agak dah keorenan warnanya dan ada cheese sudah mula meleleh, tanda bebola ayam dah masak. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Beginilah rupa bebola ayam cheese yang telah siap digoreng. Makesure jangan sampai hangus ya. 


Perghhh memang meleleh-leleh bila tengok cheese yang keluar dari bebola tu! Serius sangat sedap. Sebab sangat-sangat juicy ayamnya plus campur dengan aroma daun bawang yang menyegarkan. 


If uols memang gilerkan cheese, bolehlah buat size bebola yang lebih besar dan cheese lebih banyak. Berbaloi-baloi buat sendiri banding beli kat luar mahal. Selamat mencuba dan makanlah sepuas-puasnya! 


Misya : Ada yang request nak order.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...