PENGSAN ATAU JATUH DALAM BILIK AIR/ MANDI
Kita selalu dengar orang jatuh di bilik mandi dan kena stroke dan sebagainya. Kenapa kita jarang dengar jatuh di tempat tempat lain? Seorang penceramah professor UiTM yang juga terlibat dengan Majlis Sukan Negara menasihatkan supaya semasa mandi jangan basahkan kepala dulu, basahkan bahagian badan. Ini kerana apabila kepala basah dan sejuk, darah semua akan mengalir ke kepala untuk memanaskan kepala, logik 'warm blooded human' dan jika ada saluran darah sempit, mungkin boleh menyebabkan saluran darah pecah. Ini kerapkali berlaku di bilik mandi.
Jom tengok kaedah mandi yang betul.
1. Bermula dari segayung siramkan di telapak kaki.
2. Segayung di betis.
3. Segayung di paha.
4. Segayung di perut.
5. Segayung di bahu.
6. Berhentilah sejenak 5-10 saat.
Kita akan merasakan seperti wap/angin yang keluar dari ubun-ubun bahkan meremang, setelah itu lanjutkan dengan mandi seperti biasa. Hikmahnya: Seperti pada gelas yang diisi air panas kemudian kita isi dengan air sejuk. Apa yang terjadi? Gelas akan retak!
Jika tubuh kita, apa yang retak? Suhu tubuh kita cenderung panas dan air itu sejuk, maka apa yang terjadi jika kita mandi terus-menerus menyiram pada badan atau kepala, angin yang harusnya keluar jadi terperangkap atau boleh membawa maut kerana pecahnya pembuluh darah. Maka sebab itu kita sering menjumpai orang jatuh di bilik mandi tiba-tiba kena 'stroke'. Boleh jadi kita sering masuk angin kerana cara mandi kita yang salah. Boleh jadi kita sering migrain kerana cara mandi yang salah. Cara mandi ini baik bagi semua peringkat umur terutama yang mempunyai sakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan migrain/sakit kepala sebelah. Hope dapat memberi manfaat bersama dan mungkin dapat membantu mengelakkan kejadian ini yang tidak diingini seperti jatuh atau pengsan dalam bilik air.
Misya : Badan cepat masuk angin.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.