Salam dan Selamat Pagi.. Alhamdulillah masih diberi nafas pada pagi ni untuk meneruskan kehidupan. Syukur Alhamdulillah sekali lagi. Jangan lupa setiap pagi berdoalah kepada Nya agar dipermudahkan urusan sepanjang hari. Senyum sentiasa dan bersabarlah jika ada dugaan. Pintu rezeki juga terbuka luas di pagi hari. Sebab tu orang tua dulu-dulu kata bangun awal pagi. If bangun lewat menjelang dah tengahari rezeki tak masuk rumah! Simbolik sebenarnya, memang betul if bangun lewat, confirm kita takkan jadi produktif dah. Separuh hari dah habis dengan aktiviti tidur, then nak start aktiviti baru, memang rasa berat. Tak caya, cubalah.. :)
Jangan lupa, berdoa dan sedekahkah Fatihah untuk kedua ibubapa kita tak kira mereka masih hidup atau telah tiada. InsyaAllah diluaskan lagi pintu rezeki untuk kita. Ingat, redha Allah bergantung pada ibubapa. :)
Misya : Sukarnya mencari keberkatan.
sebab tu lebih elok tak tidur lepas subuh kan :) hehe mulakan hari awal.
ReplyDeletehanisamanina.com