Saturday, October 31, 2020

Last call!! Promo Oktober F.Timber Tote + Sling Bag!!!

Salam semua.. Panggilan terakhir kurang 6 jam je lagi untuk anda merebut promo Oktober set bag F.Timber yang saya pernah share di SINI


Ada 4 jenis warna ditawarkan. So far yang paling menarik minat my customer adalah warna merah dan biru. Harga asal kedua-dua beg ni kalau dicampurkan adalah RM218.00. Tapi F.Timber bagi special discount bulan October ni more than 30%, uols hanya perlu bayar RM139 sahaja untuk both bags.


Ada yang tanya sis, macam mana isi dalam beg ni. Besar ke tote bag tu? Boleh muat macam-macam ka? Takut beli nanti indah khabar daripada rupa. Don't worry semalam sis dah live kat Facebook tunjuk saiz beg sebenar dan demo apa barang boleh isi dalam both bags. Yang tak sempat tonton sis share kat Youtube channel sis atau tengok je kat bawah ni okeys.


So dah tengok bagaimana isi dalam both bags? Apa tunggu lagi? Cepat dm/pm sis di  IG @ftimberbymisya_putrajaya atau whatsapp sis di SINI
Cantik kan warna merah ni? Just nice tak terlalu terang merahnya sampai silau biji mata. hehe.. Ramai grab warna ni. So, grab your 1 now! Boleh juga hadiahkan buat yang tersayang for birthday or anniversary. Happy Shopping!



Yang mana terbaca this entry ni tapi terlepas this promo, insyaAllah memang akan ada promo lain setiap bulan. Untuk anda tidak ketinggalan lagi promo F.Timber, jemput join my telegram catalog di SINI.

Sea Salt McFlurry sedap ke?

Salam. Pernah makan aiskrim berwarna biru? Pernah ke tak pernah, sis rasa uols patut try aiskrim Sea Salt McFlurry by McDonalds ni. Baru je keluar awal minggu lalu, sis kebetulan drive true McD so dia offer this new ice cream flavour. Sedap katanya, so sis pun try.


To be honest sis tergoda dengan warna biru Sea Salt McFlurry ni. Haha. Biru dia nampak romantik gitu. Nak makan pun sayang takut dah tak cantik. Haha boleh plak camtu ek?
Ok, review dari segi tekstur, like other McD ice-cream juga. Tapi dengan blue colour tu membuatkan flavour kali ni looks different than other McD's ice-cream. How about it taste? Masin ke? Yes, masin tapi bukanlah sampai tahap boleh kena darah tinggi. Hehe. If pernah makan Salted Caramel punya edition, yes rasa dia lebih kurang begitu. The best part this one tak terlampau manis. Complete combination rasa manis, masin dan lemaknya. Then dalam dia ada tabur macam biskut yang dihancurkan. Taktahu apa tapi sedap bila makan tu ada something rangup boleh dikunyah sambil menikmati keseluruhan rasa aiskrim ni. Perfecto! 
So untuk Sea Salt McFlurry ni, sis bagi 5/5 bintang! Siapa belum cuba, bolehla cuba.


Misya : Belum manis tahap potong kaki.

Friday, October 23, 2020

Grab Food || Ramly Burger with keropok lekor?

Salam. Musim-musim PKPB ni seperti biasa tak digalakkan makan di kedai rite. Even nak pi beli kadang risau orang ramai then belum tentu semua orang patuh SOP. Hehe alasan la sis ni kan? Semalam sis kena bekerja di office. No idea nak makan apa. Nak turun ke cafe, dah bosan dengan variety makanan yang ada. So decide order Grab Food je. Tu pun kat setengah jam pilih nak makan apa. Last-last Burger Ramly yang jadi pilihan. Sis pun order lah 1 set Burger Ayam with french fries. 


Ginilah set burger Ramly bila order dari Grab Food. Complete dengan sos cili dan tomato beserta tisu ya. hehe.. Oh ya, jangan salah faham yang dalam cup tu bukan air tapi keropok lekor! haha.. Sis order extra keropok lekor saja wat kudap-kudapan di petang hari di office. Yela, since PKPB, office tak ramai orang. Makanya aircond menjadi lebih sejuk dari biasa. Bila dah sejuk memang mengundang perut untuk always berkeroncong. Tu yang sis standby beli keropok lekor. Ada 8 batang dalam 1 cup tu. Lupa nak snap gambar. Eh ada! 


Sedap tau keropok lekor ni! Sangat lembut... Tak liat. Percentage ikan dia sangat banyak berbanding tepung. Puas lah makan. 




Burger Ramly as usual tak pernah mengecewakan. Sis memang suka part mayonis meleleh camni. Ishhh tengok gambar pun dah terliur! haha.. Rasa nak order lagi tapi tak boleh. Kena seimbangkan pemakanan okeys. Kalau tempat uols ada kiosk/branch Ramly Burger ni bolehlah order melalui Grab (if any). Musim PKPB ni tak digalakkan sangat keluar ke mana-mana kan. Ramly Burger memang always the best!



Misya : Dulu pernah tak suka burger letak sayur.

 

Resipi Macaroni Goreng Simple dan Sedap

Salam semua. Beberapa hari lepas saya share Resipi Macaroni & Cheese. Kali ni tema macaroni juga tapi versi goreng yang simple dan sedap. If teringin nak makan dan cukup bahan-bahannya, boleh cuba. Yelah sometimes bosan juga asyik-asyik bab goreng ni, tak nasi, bihun, mee, kuetiow. Why not cuba goreng macaroni pula. Jom tengok sis share resipi yang sis modified sendiri. hehe..


Bahan-Bahan

Macaroni
Bawang Benggala (Hiris)
Bawang Putih (Ketuk)
Cili Kisar/Cili Giling
Perencah Bihun Goreng Adabi
Mix Vegetables (Carrot, Kacang Peas & Jagung)
Daging/Ayam Kisar Ramlee
Garam


Kaedah Memasak

1. First of all, rebuslah macaroni dulu. hehe. Kali ni tak perlu gaul macaroni dengan olive oil untuk tak bagi melekat. Sebab bila goreng nanti dah ada minyak memang automatik macaroni tak melekat.

2. Tumis bawang putih dan bawang benggala sehingga terbit aroma. Kemudian, masukkan 2 sudu cili kisar/giling (nak pedas lagi, tambah lagi) dan sepeket perencah bihun goreng jenama Adabi. Bolehlah nak letak sedikit air jika mahu. After cili dan rencah dah pecah minyak, bolehlah masukkan daging atau ayam kisar Ramlee.


3. Gaul semua bahan dan masukkan pula mix vegetables. Gaul semua bahan sehingga rata dan mendidih. Taburkan sedikit garam secukup rasa.


4. Akhir sekali masukkan macaroni yang telah direbus tadi.


5. Gaul sehingga semua bahan rata. Agak-agak dah mendidih, maka bolehlah padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.






Tak cukup terliur silalah view video di bawah. hehe


Misya : Menu PKPB.

 

 

Wednesday, October 21, 2020

Cara mengukur saiz beg F.timber

Salam semua. If uols tengok katalog beg-beg keluaran F.timber, mesti ada dinyatakan ukuran beg kan? Supaya senang uols nak agak beg tu besar mana mengikut kegunaan uols. Dalam katalog dinyatakan ukuran height (tinggi), width (lebar) dan length (panjang). Tapi maybe ramai confuse kat mana ukuran tu diambil sebab setiap beg lain-lain jenis dan design. Don't worry, walaupun beg F.timber ada pelbagai jenis tapi konsep ukuran size begnya tetap sama. So, sis share kat sini how to measure your bag size. Jadi bolehlah ambil pembaris atau pita pengukur untuk test.

Hopefully panduan ni berguna untuk uols nanti sebelum membuat any pembelian. Takut nanti dalam gambar beg tu nampak besar, tapi rupanya bila sampai, kecil sahaja. So better gunakan panduan measurement ni dulu ya untuk mengukur saiz beg yang uols nak beli. Jadi nanti uols betul-betul dapat beg bersaiz yang diingini. Customer puas hati, sis pun senang hati. Kita sama-sama murah rezeki! Hehe..

So, yang mana nak tengok katalog tu boleh view di my IG @f.timber_putrajaya atau jemput join telegram Katalog F.timber Putrajaya. Ada beratus jenis bag F.timber yang cantik-cantik yang uols boleh pilih. Selamat bershopping! :)

Misya : Risau kalau ukuran badan meningkat.

Resipi Macaroni dan Cheese Mudah

Salam. Dah bosan makan nasi? Almaklum PKPB dah start balik di negeri tertentu. So bolehlah try resipi simple Macaroni and Cheese atau dalam Bahasa Jawanya Mac & Cheese. hehe.. Sis dah try buat, sedap sangat. Anak sis pun suka makan. Bagi penggemar cheese memang lagi suka ni. Ok jom, sis share Resipi Mac N Cheese yang mudah ni.


Bahan-Bahan

Macaroni
Susu Segar
Mozarella Cheese
Cheddar Cheese
Butter
Serbuk Black Pepper
Tepung Gandum


Kaedah Memasak

1. Rebus macaroni terlebih dahulu. Bagaimana merebus pasta dan macaroni supaya tak melekat, sis ada share dalam entry INI.  

2. Bancuh sedikit tepung gandum dengan sedikit susu segar sehingga tepung larut.


3. Panaskan butter ke dalam kuali sehingga cair dan masukkan tepung yang telah dibancuh dengan susu tadi.



4. Tambahkan susu segar, terpulang nak sukatan banyak mana. If suka basah-basah, banyak kuah boleh lebihkan susu. Kacau sehingga hampir mendidih.



5. Then, masukkan cheese yang telah diparut. Mozarella dan cheddar cheese. If uols cheese lover, time ni bubuhlah sebanyak mana uols suka. huhu. Kat kedai tak dapat camni. haha. Then kacau sehingga sebati.


6. Masukkan macaroni yang telah direbus tadi dan gaul rata.



7. Akhir sekali bolehlah taburkan black pepper (lada hitam) supaya ada rasa pedas-pedas sedikit. Almaklum lidah Melayu tetap nak ada rasa pedas-pedas sikit. hehe. If tak cukup pedas, boleh je tabur cili powder.


8. Gaul semua bahan sehingga rata, then siap dihidangkan. Usually kanak-kanak suka makan ni. Sebab ada rasa lemak-lemak cheese dan susu tu kan. Sometime asyik makan nasi bosan juga. Sesekali bolehlah try this recipe. Kalau lagi pandai boleh improvised lagi resipi ni bagi lagi menarik. Ok selamat mencuba!







Misya : Masak sendiri tak kedekut cheese.



 

F.timber Promo Tote & Sling Bag RM139 sahaja || October Sales!!!

Salam semua. Seperti yang sis dah announced dalam entry INI, sis baru berjinak-jinak as dropshipper untuk produk-produk jenama keluaran F.timber. Actually F.timber ada keluarkan pelbagai jenis produk such as bags, wallet and accessories. So untuk bulan October ni, F.timber melancarkan promosi beli 2 beg dengan 1 harga! 

Combination Tote Bag with Sling Bag (same colour) only RM139.00!!!

Harga asal if combine this 2 items adalah RM218.00. Dengan harga promo ni anda jimat sebanyak RM79.00. Didatangkan dengan 4 pilihan warna menarik. 





Cantik kan? Murah sesangat 2 beg tak sampai RM150.00 pun. Boleh share dengan sesiapa if taknak pakai both bags. Ibu dengan anak ke, kakak dengan adik ke kan.. Takpun hadiahkan untuk someone special. Saya dengar ramai celebrate birthday bulan October ni. ;) Next week dah start pay day. Bolehlah survey-survey dan make your order. So apa tunggu lagi? Stock sangat terhad!

How to order?

 Cepat-cepat drop your order by messaging me via email aimi@aimisyahirah.com atau IG @f.timber_putrajaya

Copy paste gambar produk yang anda berkenan untuk saya semak stock terlebih dahulu.

Next step akan saya explain selanjutnya selepas itu. 

Stock sangat-sangat terhad sebab promo ni limited edition hokey! Hari ni saya release promo ni dalam group whatsapp dah ada 2 orang book. huhu..

Selain daripada beg di atas, ada berpuluh-puluh lagi beg keluaran F.timber yang cantik-cantik with affordable price. Boleh join our telegram group HERE untuk view the full catalog supaya tak ketinggalan. Becausee setiap bulan F.timber akan keluarkan design-design terbaru untuk anda miliki dengan promosi best-best. Saya sendiri pun rambang mata. hehe. So grab your own quickly! :)

Happy Shopping!


Misya : Bukan kaki branded.

Tuesday, October 20, 2020

Segmen 10 Blogger Terpantas by Misya

Salam semua. Diam tak diam rupa-rupanya tahun 2020 ni adalah tahun ke 10 sis bergelar seorang blogger (sambilan). So, sebagai tanda sis menghargai sokongan para rakan blogger yang sudi follow sis dan membaca entry-entry mengarut sis, today sis nak lancarkan satu lagi segmen khas. Bersempena ulangtahun ke 10 sis as blogger. Haa gitew... Segmen ni simple je. Yang penting uols ada bloglah. hehe.. Kena pula dengan bulan Oktober which bulan 10 kan? Dah macam nak buat sales 10.10 pulak! hahaha.. Don't worry sis bukan nak jual apa-apa pun. hehe..



Sebelum-sebelum ni memang sis suka anjurkan segmen blogger terpantas ni. So,now i'm back with the same segment. How to join? 

1. Wajib follow my blog www.aimisyahirah.com

2. Wajib follow my instagram @marvelousmisya dan @ftimber_putrajaya

3. Copy dan paste banner di atas dalam entry anda bertajuk 
"Segmen 10 Blogger Terpantas by Misya" dan backlink ke entry ini. 
4. Extra syarat dalam entry tersebut, anda nyatakan apa yang berkaitan tentang diri anda yang berkaitan dengan angka 10. Tak kisahlah apa-apa janji ada kaitan dengan nombor 10. (Contoh : Mungkin anda suka  nombor 10 sebab nombor ni bertuah ke, atau favourite football player anda pakai jersi No. 10 ke, nombor rumah anda 10 ke, ada 10 orang anak ke atau anda pernah couple dengan 10 orang girlfriend ke, ahaks.. & etc)

5. Last sekali publish entry anda dan copy paste link entry di ruangan komen di bawah.



So, what is so special about this segment? 

10 blogger terpantas pertama yang menghantarkan penyertaan automatik sis akan follow dan buat special review untuk blognya. Review 1 per 1 tau. Bukan sekali harung 10 blog dalam 1 entry. So, sis takkan release peserta yang telah komen penyertaan supaya uols tertanya-tanya dah berapa orang yang join this segmen. Surprise gitew..;)

DAN

Sis akan pilih 1 orang pemenang untuk memenangi hadiah misteri dari sis. Hadiah apa? Tunggu... Sis akan announce kemudian. Surprise lagi! hahaha... (Dengan syarat dalam entry tu ada mention story kaitan angka 10 dan anda)


Bila last submit penyertaan? 


31 OKTOBER 2020 

jam 11.59 malam.


So, apa tunggu lagi? Cepat submit your entry okeys!

SENARAI PESERTA DAN PEMENANG

Misya : Angka bertuah saya 9.

Pengumuman Pemenang Special September GA by Misya

Salam semua. Yeahhh masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba! Especially buat para peserta Special September Giveaway by Misya yang telah diadakan sepanjang bulan September yang lalu. So, hari ni sis nak umumkan siapakah pemenang bertuah kelima-lima hadiah yang sis tawarkan. Jeng jeng jeng....;)



Jom kita tengok siapa yang kenaaaaa.............!


Hadiah No. 1  (Set Berus Make-up)

CT Cheery (Blogger)


Hadiah No. 2 (Inner Qainisa)

Azian Khalil (Blogger)


Hadiah No. 3 (Brooch Set)

Mia Liana (Blogger)



Hadiah No. 4 (Blouse Fishtail)

Ayu Idris (Instagram)



Hadiah No. 5 (Baju Kurung Riau)

Ayu.Ju (Blogger)


Yeayyyy tahniah kepada semua pemenang!!! Alhamdulillah rezeki uols kali ni. Kepada yang tak menang, jangan sedih-sedih tau. InsyaAllah next time sis buat GA lagi jangan serik join lagi. hehe.. Thank you to all participants yang sudi luangkan masa join my GA. Almaklum syarat-syaratnya agak banyak sebab hadiahnya pun banyak. hehe.. Untuk para pemenang, sila emelkan details seperti nama, alamat penghantaran dan nombor telefon ke aimi@aimisyahirah.com atau dm my IG @marvelousmisya dengan seberapa segera. InsyaAllah weekend ni sis pos kan kesemua hadiah. 


So, selesai sudah my GA untuk kali ni. Syukur Alhamdulillah. Again, thank you so much for joining it. Yang tak join but still sudi singgah my blog pun sis ucapkan thank you so much. Moga kita semua dilimpahi rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Thanks again!



Misya : Kongsi kegembiraan.

Cara refund tiket Air Asia disebabkan Covid-19

Salam semua. Tahun 2020 ni tahun yang agak 'malang' buat mereka-mereka yang suka travel or melancong. Yela, seluruh dunia dilanda wabak pandemik Covid-19 makanya hasrat nak pi oversea terutamanya perlu ditangguhkan. Pergi maybe boleh tapi balik kena kuarantin 14 hari pula. Saya juga antara yang suka travel dan tahun ni first year saya dan family plan untuk pi bercuti kat Padang, Indonesia this November. Siap dah tempah tiket flight awal tahun ni. Sebab kebetulan tengah promo, terus jela book. Sekali Covid-19 makin menular sampai hampir seluruh dunia lockdown, terpaksa batalkan hasrat pi bercuti. Takpelah tak bercuti pun janji family especially anak-anak saya yang masih kecil dan high risk terselamat. TAPI sayanglah tiket flight yang dah book tu. Bukan sayang tiket tapi sayang DUIT yang dah dilaburkan. huhuhu.. Bukan untuk kami je, even my parents, adik saya dan family my cousin pun sama dah beli tiket. Uols ada alami masalah yang sama? Sedihkan? BUT don't worry.. Alhamdulillah tiket yang saya dah beli tu boleh di refund! Cuma bukan dalam bentuk duit tapi refund dalam bentuk credit, which next time if nak book flight, boleh guna semula credit tersebut. Macam mana nak refund credit ni? Jom saya tunjukkan caranya.


Kaedah refund tiket penerbangan Air Asia (Disebabkan Covid-19)

1.  Visit website Air Asia dan click icon Chat with Ava kat sudut bawah kanan website.


2. Then, bila click icon chat tu nanti keluarlah si Ava. hehe.. Ava ni robot tau. If uols tanya soalan pelik-pelik dia takleh proceed pape pun. So nanti dia start welcoming you, dan bagi sedikit explanation. Then dia akan suruh pilih next option. So, pilih Covid-19 Flight Changes.


3. Then, again dia membebel jap, pastu pilih My flight is cancelled.


4.  Then option seterusnya pilih Credit Account


5. If masa booking memang dah menggunakan ID Big, then boleh proceed to Credit Account Request. Kalau tak, memang agak sukarlah nak refund sebab credit memang akan dimasukkan dalam akaun BIG.


6. Then nanti Ava akan minta details penerbangan uols yang telah uols booking sebelum ni. Nombor penerbangan, departure city, no. ID BIG dan family name. Makesure details dia nak tu uols bagi dengan betul dan tepat. Kalau salah atau typo, nanti kena ulang balik step dari awal sebab dia tak boleh 'faham' apa yang uols nak.


7. If everything is ok, on the spot nilai tiket flight yang uols dah booking tu akan dijadikan sebagai credit which boleh guna untuk booking penerbangan akan datang. Boleh check credit yang berjaya dipindahkan  ke akaun BIG tu melalui emel atau pun login terus akaun BIG uols.



Jangan confuse dengan My Big Points tau. Both adalah berbeza. But still useful untuk book any flights in future. So, uols yang dah book tiket untuk tahun ni tapi still tak confident nak fly, bolehlah gunakan cara sis ni ya. Moga membantu..


Many thanks to Air Asia sebab wujudkan sistem credit account ni. Sis memang syukur sangat-sangat. Daripada burn terus tiket tu, at least dapat refund dalam bentuk credit ni dah sangat-sangat melegakan hati sis. hehe.. Banyak kot nilainya untuk more than 6 orang punya tiket. Oh ya, credit ni ada validity tau. Kena guna dalam tempoh 2 tahun dari tarikh refund. But i think if still tak boleh guna, boleh request lagi untuk extend rasanya. Harap-haraplah Covid-19 terhapus segera dari muka bumi ni. Teringin nak bawa anak-anak jenjalan naik flight.



Misya : Bukan kluster kayangan.







Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...