Thursday, October 15, 2020

Neelofa kini berpurdah?

Salam. Wow, rasanya berita ni dah ramai ambil maklum kot. Yela, siapa yang tak kenal dengan Neelofa kan? Figura dan usahawan yang berjaya dan kaya raya kat Malaysia ni. Every single thing about Neelofa pasti orang nak tahu. Aura beliau macam Dato' Siti Nurhaliza pun ada. Today 1 Malaysia terkejut tapi rasanya rata-rata happy dan bersyukur dengan imej terbaru Neelofa yang kini dikatakan berpurdah atau berniqab. Betul ke?

Menurut BHOnline, Neelofa memuat naik foto terbarunya di account Instagram beliau beberapa jam lalu dengan berpurdah. Dalam facebook page Neelofa juga Neelofa telah memuatnaik kata-kata agar mendoakan perubahan dan perjalanan baru beliau agar sentiasa Istiqomah. 

Jika benar, maka ucapan tahniah buat Neelofa kerana berani menukar imej glamournya kepada wanita Muslimah yang berniqab. Para peminat malah haters pun pasti turut mendoakan yang baik-baik untuk beliau sekiranya betul Neelofa kini berpurdah. Sis pun turut happy malah sangat respect dengan keputusan Neelofa walaupun sis bukanlah peminat tegar beliau. But sis memang kagum dengan semangat dan kecekalan beliau sehingga menjadi antara selebriti wanita berjaya kat Malaysia. Beauty with brain even kekadang ada je benda pelik-pelik beliau buat but still sifat berani mencuba tu patut kita respect. 

Dalam foto terbaru beliau berniqab, Neelofa turut mempromosikan set jewelleries jenama Swarosvki terbaru. Mesti harga riban-riban punya tu. Hehe.. But satu kebanggaan la bila Neelofa berjaya promote Swarovski melalui imej berpurdah beliau. Bukan calang-calang wanita Muslim dipilih sebagai duta Swarovski ni. 


Even team tudung Naelofar pun ucapkan tahniah buat foundernya yang kini dah berniqab. 

Apa pun all the best to Neelofa. Tak kisah berpurdah atau tidak, Neelofa tetap dah jadi ikon Muslimah berjaya yang boleh dicontohi. Cantik, bijak, kaya dan berjaya. Kipidap Neelofa!


Misya : Admire her confidence. 

6 comments:

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...