Friday, February 28, 2020

Lemon bantu kurangkan mual time pregnant

Salam. Inilah minuman favourite saya setiap pagi time pregnant. Wajib ada lemon. Sebab ini je yang saya mampu telan untuk sarapan pagi. Penangan pregnant kali kedua lebih mencabar berbanding 1st pregnancy. Saya tak lalu langsung nak minum minuman berasaskan susu. Minum je terus mual dan muntah. So nasib baiklah ada lemon ni sebagai penyelamat. Minum dengan teh O panas-panas terus rasa fresh. Even tengahari pun time lunch saya suka teh o ais lemon ni. 

Orang kata banyak khasiat amalkan minum lemon ni. Kaya dengan Vitamin C gitu. Secara tak langsung baby dalam perut boleh dapat khasiat yang sama. Cuma tak selalu lah saya minum dengan teh O. Kadang lemon dengan air kosong pun dah ok. Bau dia wat kan rasa mual tu hilang sekejap. 

So kalau mommy-mommy yang alami nasib sama macam saya, bolehlah try. Mana tahu mungkin membantu. Selain lemon, buah orange sunquick tu membantu. After lunch or dinner kat rumah mesti melantak buah orange pula. Untuk hilangkan rasa mual dan loya. Sampai anak saya Erina tu pun suka makan buah orange sebab tengok mommy nya hampir setiap hari makan orange.




Misya : Bantu mencantikkan kulit.

Truecaller Apps penyelamat dari agen insurans!

Salam. Everytime minggu gaji je, confirm berduyun calling from agen-agen insurans masuk. Naik rimas dibuatnya. Beselah dorang nak promote segala macam pakej / pelan perlindungan. Kadang dah bagi peluang bercakap seminit dua, dia bantainya berjela-jela explanation sampai kita nak menyampuk kejap pun tak dan. Yang paling worse tak tanya setuju ke tak, terus nak sign up kan nama kita untuk ambil pelan tersebut! 


Pernah juga saya tertinggi suara sebab call time orang nak balik kerja. Bagi time 5 minit pastu suruh orang wat decision terus. Bila tak setuju, then inform kata dah ada insurans dah, dia start plak compare dengan pelan insurans dia sekali pakej condemn pelan insurans yang kita dah amik. Mau tak hangin kita. Saya ni kadang kesian layankan juga tapi bila dah terlalu kerap sangat, rasa annoying pun ada. Nasib baik lah dah install apss truecaller dalam fon. So awal-awal dah tapis dan block caller-caller sebegini. Aman sikit hidup. Ternyata dorang ni tetap cuba nak pancing customer walaupun pernah kena reject sebelum ni. 


Maybe caller-caller ni orang baru which tak pandai lagi nak mengayat customer. Tu yang sampai paksa-paksa customer. Lepas tu call plak orang macam saya, which saya ada experience dalam bisnes jualan langsung sebelum ni. Kalau saya tertinggi suara tu harap maaflah ya. Try la cari yang ada customer yang belum pernah ada any pelan insurans/Takaful. Saya bukan anti-insurans tau sebab saya sendiri memang habis study dapat kerja terus dah ada insurans. Husband pun sama. Janganlah nak kerja mudah cari lagi customer yang dah memang ada kesedaran untuk amik pelan insurans macam kami ni. Usah guna perkataan penghargaan bagai sebab personally saya rasa ditipu sesangat. Nak bagi penghargaan tu betul-betul lah. Kasilah sebijik kereta ke, TV baru ke, peti ais ke, tiket flight pi melancong ke kan? hehe.. Kengkawan yang lain yang alami gangguan sama seperti saya bolehlah guna apps ni. Tapi kalau memang uols ada hutang dengan orang/bank, janganlah lari/block pula ya bila dorang call. Hutang wajib dibayar ok!



Misya : Insurans plus investment is the best.




Thursday, February 27, 2020

SUNSHINE GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI

Klik untuk join

Apakah perkara yang menceriakan hari anda sepanjang Januari 2020?

Erm masih terlalu awal nak story apa benda paling happy for this year 2020. Sebab masih panjang lagi kan masa nak habis tahun 2020. But so far yang wat saya excited adalah menanti kelahiran my 2nd baby which estimated due date will be on 1st April 2020. Actually lebih kepada nervous sebenarnya. Huhu. Hope dipermudahkan urusan bersalin, berpantang dan seterusnya membesarkan anak-anak. Pray for me ya! =)

Wednesday, February 26, 2020

Ustazah merangkak selesai dengan hanya minta maaf jek?

Salam. Macam-macam kes viral sekarang ni ya. Tapi yang paling wat saya terpanggil nak ulas adalah kes Ustazah dipaksa merangkak oleh ibu seorang murid di sekolah tersebut. Mula-mula saya tak nak tengok video Ustazah merangkak tu tapi entah perasaan simpati menerpa terus tengok juga. OMG kesiannya la hai Ustazah tersebut.. Sampainya hati wat gitu pada seorang guru yang mengajar, menurunkan ilmu kepada anak sendiri. Sampai netizen naik hantu mengamuk nak cari ibu murid tersebut even peguam pun terpanggil untuk membela nasib Ustazah yang dimalukan tersebut. Balik rumah buka TV saya tengok berita pun keluar kisah viral ni ok!

Berdasarkan apa yang terakam dalam video tersebut, ibu tersebut tersangatlah marah sebab anaknya telah didenda dengan cara yang sama sampai cedera lutut. Tu yang dia mai datang serang sekolah berdepan dengan Ustazah tersebut. 

But at the same time, nenek saudara kepada murid tu cuba menjelaskan keadaan sebenar kenapa ibu tersebut berkelakuan sedemikian. Tapi macam biasalah, netizen kan.. Dengan nenek-neneknya sekali netizen cari sampai beliau terpaksa deactivate account fb buat sementara waktu.

Then tak lama lepas tu, nenek murid tersebut activate semula account dan up status terkini berhubung kes tersebut. Dikatakan Ustazah dan ibu murid tersebut telah berbaik. Even Ustazah tu pun memaafkan perbuatan ibu tersebut dan tak mahu ambil sebarang tindakan undang-undang. Baik sungguhlah hati Ustazah ni. But ada netizen still tak puas hati, at least ada tindakan diambil terhadap ibu tersebut sebab dah memalukan Ustazah ni 1 Malaysia. Supaya jadi pengajaran buat parents yang lain juga supaya tak wat benda sama. Kalau tak senang-senang je nanti lepas wat benda gini, minta maaf, kira selesai? Huhu..


Sumber : Facebook

Cuma ada kisah lain pula timbul. Kakak ipar ibu tersebut menerangkan kejadian sebenar yang berlaku. Kira lain tujuan rakaman video dibuat tapi tersebar story lain pula. Huhu i sudah penin wooo dengan ini kes.


Apa-apa pun sebagai manusia memang kita takkan terlepas dari membuat kesilapan. Cuma as parent which saya pun ada anak, janganlah wat benda sebegini. Apa-apa problem berkaitan sekolah anak, salurkanlah dengan cara yang sepatutnya. Tak memasal diri sendiri malu dikecam sampai terpaksa menyembunyikan diri, efek ahli keluarga yang lain, bisnes terjejas, dan tak mustahil persekolahan anak juga terganggu. 



Misya : Pernah jatuh basikal lutut melecet tersagat atas jalanraya, perghhh... 

Tuesday, February 25, 2020

Buah delima free for me, baby & Erina

Salam. One of my officemate open order buah Delima sekotak ada 9 biji berharga RM50.00. Hati  ini teringin nak makan buah delima but if nak beli 9 biji tu banyak sangatlah pula. Suddenly one of my superior officer, Puan Hamanyza ajak share beli. Yeay.. dapat juga makan buah delima ni. BUT rezeki baby dalam perut agaknya, Puan Hamanyza terus bagi free 2 biji untuk saya! Syukur Alhamdulillah.. Moga makin murah rezeki Pn. Hamanyza. 

Balik rumah terus kupas. But harap maaflah, saya tak pandai nak kupas buah delima ni! hihi. Main potong je macam potong buah-buahan yang lain. Hihi.. Tak kisahlah janji boleh makan.

Ginilah rupanya buah delima ni. Dikatakan buah delima antara makanan sunnah Nabi. Plus sangat bagus untuk pregnant woman. Mempunyai 1001 khasiat. Hopefully baby dalam perut ni dapatlah khasiat-khasiat tersebut.

Not only me, but my daughter Erina also excited nak makan buah delima. First time nengok agaknya dia pun sibuklah nak rasa buah delima ni camne. Memang Erina suka makan fruits. Especially orange and watermelon. Pantang mommy potong buah je, dia mesti paling excited nak makan. 

Cer teka milik siapakah tangan ini? Haha tangan si budak Erina. Tangan kecik tapi habis nak dikautnya buah delima ni. Lebih banyak yang jatuh compare yang masih tinggal dalam tangan. Haha.. Tak kisahlah nak, janji suka makan buah which bagus untuk perkembangan minda dan fizikal kamu. 



Misya : Ganti snek anak dengan buah-buahan since baby.

Berakhirnya breastfeed journey for Dhiya Sherina...

Salam. Tajuk macam sedih je kan? Huhu. As a mother, saya memang sedih. :( Sebab tak lama lagi my first daughter will become a sister. Sebagai preparation untuk kehadiran newborn baby tak lama lagi, kenalah kemas peti ais untuk menempatkan breastmilk stock. Memang since Erina lahir, saya berazam nak fully breastfeed anak paling kurang 6 bulan. Almaklum saya ibu bekerjaya, nak maintain sampai 2 tahun tu agak berat.  After 6 months, terpaksa mix dengan susu kambing jenama Ar Rayyan. But Alhamdulillah saya berjaya juga breastfeed Erina sampai setahun setengah ngam-ngam saya disahkan pregnant 2nd baby. Erina macam tahu-tahu nak dapat adik, so automatically dia pun stop nak menyusu badan. Syukur sangat dapat anak yang memahami. 

Cuma baru-baru ni time mengemas peti ais, masih ada baki 3 pek breastmilk kepunyaan Erina. Alahai syahdu plak rasa. Terpaksa dibuang sebab dah more than 6 months - expired already. Erina pun dah tak minum dah susu badan. So saya abadikan lah kenangan kat sini. Mana tahu Erina dah besar nanti bila baca entry ni, dia tahu dan faham perasaan mommy yang pernah menyusukannya. 


Semangat nak breastfeed ni terjadi sebab kawan-kawan di office semuanya memang fully breastfeed anak. So bila tengok memasing mengepam susu bergilir-gilir, kita yang tengok pun excited nak susukan anak juga. Kira macam motivation lah untuk saya. Sebab ada juga terbaca experience mommy-mommy nak breastfeed anak, tapi moral down sebab kat pejabat orang dok perli-perli, plus takde support dari orang sekeliling. Syukur my breastfeed journey berjalan dengan lancar dan dipermudahkan atas faktor sokongan husband, family dan rakan-rakan seperjuangan. Penat, sakit, stress tu biasalah. Demi anak, InsyaAllah dipermudahkan. Kena sentiasa positif. Hopefully, 2nd baby ni pun saya dapat breastfeed macam kakaknya. Amin..


Misya : Breasfeed buatkan badan cepat slim semula.

Monday, February 24, 2020

Hibah : Apalah guna duit banyak jika suami tiada di sisi...

Salam. As everyone knows, dunia hiburan tanahair dikejutkan dengan pemergian pelawak Abam Bocey. Then a week after that, pelakon Ashraf Sinclair pula mengikut jejak langkah yang sama. Berita penuh di SINI. Sehari after Ashraf Sinclair meninggal dunia, husband saya suddenly berpesan semula tentang hibah yang dia dah buat untuk saya dan anak-anak jika umurnya tak panjang. As a wife, kita takdelah happy pun dengar benda-benda gini dari mulut husband sendiri. Sampai saya cakap pada beliau "Apalah guna duit beribu tapi suami tiada di sisi.." :( Yela, kalau boleh nak sehidup semati dengan husband sampai bila-bila. Apa pun ajal maut di tangan Tuhan.

Keesokannya, kecoh 1 Malaya adik kepada arwah Abam iaitu Ali juga pelawak dari kumpulan Puteh mengeluarkan status tentang kakak iparnya (balu Abam), Hidayah yang berhati binat4ng. Mengucap panjang jugalah bila saya ternampak screenshot status ni kat fb. Tapi lepas tu katanya telah dipadam then keluar status Ali mem4ki hamun pula Dato' Aliff Shukri. Oh barulah faham kejadian yang sebenar awat si Ali ni marah benar. Gara-gara Dato Alif pi visit Hidayah then upload video temubual beliau dengan Hidayah yang berkaitan dengan harta pusaka arwah Abam. TAPI sebagai seorang wanita, yang kehilangan suami, hilang tempat bergantung, tetiba di'bin4tang'kan oleh adik ipar sendiri, honestly saya secara personal TIDAK BOLEH TERIMA. Marahkan orang lain, ahli keluarga (tu pun kalau masih dianggap sebagai keluarga lagi lah) pula dimaki. Moga Hidayah kuat semangat.


BUT apa isu yang saya nak highlight kat sini ialah betapa pentingnya HIBAH. Yang mana husband saya dok explain kat saya beberapa kali tapi saya wat-wat tak dengar sebelum ni. Huhu. Bila saya story kisah si Ali ni, terus husband kata, "haa tu sebablah Abang wat hibah semua tu!" Now baru saya faham. We never know in future camne. Bukan nak thinking negative tentang family mertua or watever, tapi manusia kan, cepat berubah. Macam kes si Ali ni. Masa hidup semuanya nampak happy, baik. Lepas dah takde, terbuka segala pekung sampai nak sebut 'kakak ipar' pun tak sudi. Yang dok keluar dalam sidang media, balu-balu-balu. Langsung takde hormat sedangkan beliau sendiri pun ada isteri dan anak. Syukur Alhamdulillah husband saya mempunyai kesedaran yang tinggi, dah standby awal-awal tentang hibah dan sebagainya. Sediakan payung sebelum hujan katanya.



Berbeza dengan family arwah Ashraf Sinclair. Which suatu ketika dulu pernah kontroversi Bunga Citra Lestari bercuti dengan Ashraf hanya memakai bikini. Masa tu netizen punya kecaman, perghhh ibarat confirm memasing masuk syurga. But di akhirnya, ternyata Ashraf and family ni orangnya baik-baik. Sayangkan ipar sampai say thank you to Bunga for loving their family members. Dats why, saya tak pernah judge orang based on their appearance. Saya sendiri agak pelik, masa Abam meninggal, saya rasa biasa-biasa saja. Bila Ashraf meninggal, tetiba rasa sebak. Nak kata minat, taklah juga. Apa pun Al-Fatihah untuk kedua mereka.


Ok back to the story, simple je benda ni. COMMON SENSE. Islam tu tak kejam. Tapi manusia yang selalu buat Islam tu nampak kejam. Sampai duit dalam wallet husband sendiri pun wife takleh amik, dats too much la. Tak payah  nak fikir deep sangat. So, as woman kena selalu beringat. Even tak bekerja sekalipun, kena sentiasa ada saving. Dari nafkah husband tu simpan sedikit. Buat biz online kecil-kecilan. Lengkapkan diri dengan ilmu-ilmu memasak ke, menjahit ke, or any kemahiran yang boleh menjana pendapatan sendiri. We never know our future because yang selalu tertindas adalah wanita. Wallahualam.


Misya : Pernah terfikir nak jadi fully housewife tapi Tuhan tak mengizinkan.  

41 Hari Segmen Bloglist #3 2020

Klik untuk join



Jawab soalan ini: Apa yang anda tahu tentang Muamalat dalam Perbankan?

Answer : Seriously i have no idea about this. Huhu.. ! 1 benda je yang saya tahu, hujung bulan dapat gaji singgah bank kejap je settle. hehe..



Wednesday, February 19, 2020

Rezeki jual barang terpakai dapat RM30.00

Salam. Alhamdulillah rezeki jual baju, tudung, cadar terpakai dapat RM30.00 duit poket. Actually memang rutin tahunan saya dan husband akan sorting segala pakaian dan barangan yang ada untuk dijual. Almaklum saya ni sejenis OCD sikit bila tengok terlampau banyak baju dan barang sampai rumah jadi tak terkemas, mulalah stress. haha.. Kebetulan kami bakal menyambut kelahiran 2nd baby, so semangat mengemas tu membuak-buak. Every single space dalam rumah perlu dibersihkan. Mana-mana baju yang masih elok tapi tak dipakai memang akan dijual.

Kat mana kami jual? Actually kami dapat contact owner kedai bundle dari Seri Kembangan ni, which dia akan datang rumah kita untuk beli pakaian terpakai tersebut. 1kg dia beli dengan harga RM1.00. So, saya jual 30 kg maka dapatlah RM30.00.

Hasil sorting untuk setahun. Bayangkan setahun pun dah leh dapat 30kg punya baju dan barang terpakai, kalau anda jenis jarang or tak pernah sorting boleh dapat lagi banyak kot. Selain pakaian, boleh juga jual cadar, langsir, jaket@coat, bantal hiasan, tudung, beg dan lain-lain. Dengan syarat kondisinya masih elok. Bukan yang dah koyak rabak, ada kesan kotoran atau dah berbau hapak - akibat terlalu lama disimpan dan tak pernah berkemas. Usually saya pilih baju yang berusia 3 tahun ke bawah untuk dijual. If more than that biasanya baju tu dah outdated (means fesyen dah lama), so hala tujunya bukan untuk dijual tapi disedekahkan atau dibuang terus. Huhu.. 


Honestly tiap kali berjaya jual barangan terpakai ni, hati rasa lebih tenang. Even kadang kita rasa sayang sebab fikir beli guna hasil duit kita. Tapi kalau dah bertahun simpan tak pakai maksudnya apa? Maksudnya kita sebenarnya tak perlukan barang tu dan bukan rezeki kita lagi dah untuk memiliknya. So panjangkanlah rezeki tu kepada orang lain dengan cara sedekah atau jualkan sahaja. Saya pernah share tips camne nak buang barang yang terlampau banyak kat SINI


Misya : Jangan terlalu sayang pada harta benda duniawi.

Tuesday, February 18, 2020

Cookies misteri atas meja, rupa-rupanya...

Salam. Pagi-pagi datang office terkejut ada orang letak Famous Amous cookies ni atas meja. Mysterious sungguh sebab tiada nama pemberi tertulis. Nak makan, risau plak karang ada orang jampi-jampi. Tak memasal kena mandrem, haa sudah... Wakaka! Siasat punya siasat, oh rupa-rupanya pegawai kontrak saya, Amira yang bagi. Kebetulan awal Januari hari tu, kontrak beliau tamat. So sebagai penghargaan, Amira hadiahkan saya dan kengkawan 1 team cookies ni. Ok boleh makan dengan tenang. Hehehe.. Thanks Amira!


Sebelum tu kami belanja Amira makan kat Padi House, Putrajaya. Last-last my senior, Kak Has yang belanja kami semua. Alhamdulillah rezeki berganda-ganda!

Actually bukan Amira (tudung hijau) sorang je yang dah habis perkhidmatan, saya dan Nida (tudung pink) pun dah tak berkhidmat lagi dalam team ni. Kami ditukarkan ke Unit lain. Dats why Kak Has belanja kami semua. Masa ni lah first time saya makan kat Padi House ni. Memang sedap!


To Amira, moga terus maju jaya di luar sana. If ada rezeki sambung balik kontrak kat sini, welcome back to us. hehe.. Bcos khidmat kamu diperlukan. Antara Pegawai kontrak yang sangat rajin dan willing to learn everything yang kami pernah hire. Moga murah rezeki, dipermudahkan urusan hidup, all the best Amira! Jangan lupakan kami kat sini tau dik..



Misya : Pernah jadi pegawai kontrak hampir 2 tahun.

Review blog Shuhaidah Saad

Salam. Last but not least, nak review pemenang kedua my segment HERE iaitu Shuhaidah Saad a.k.a NSMS. Kalau tadi saya review blog Miss Mulan yang sempoi, blog NSMS lagilah sempoi! hehe.. Rasanya macam dah lama kami connected (follow 1 sama lain), then baru-baru ni nampak NSMS macam active blogging semula. Sebab beliau start blogging lebih kurang sama dengan saya juga if tak silap. So bila baca details About NSMS, oh dats whyla jarang nampak beliau update.


Blog nya sangat sempoi sampai header pun 'nsms' sahaja. hehe.. Mencerminkan beliau memang jenis yang simple dan tak suka messy agaknya. But entry-entry beliau agak menarik sebab ada kisah beliau travel, family, kesihatan dan sebagainya. Sesekali beliau join segmen anjuran blog lain. Kekemasan blog pun ok. Senang nak cari widget yang ada. Hopefully NSMS teruskan ber blogging. Syoknya beliau kini dah jadi full housewife. Saya sendiri pun still learning and pernah sometime tak update entry berbulan-bulan sebab busy especially dah beranak-pinak ni. Haha.. TQ again NSMS for joining my segment and congrats terpilih untuk di review. Kipidap! :)


Misya : Anak bukan alasan untuk teruskan hobi.

Review blog Miss Mulan

Salam. Seperti dijanjikan, 2 blogger bertuah yang join segmen saya sebelum ni akan di review. Entry lanjut di SINI. So untuk entri ni saya nak review blogger Miss Mulan.


Kalau tengok header beliau tajuknya pun 'Dari Hati Miss Mulan' mestilah berkisar apa di dalam hati Miss Mulan. Betul tak? hehe saya main teka je. Actually blog Miss Mulan ni sempoi je. Agaknya Miss Mulan ni seorang yang berjiwa romantik dan lovely, so blog beliau banyak terisi dengan perkara berkaitan novel, telefilem dan drama yang ditayangkan di TV. Bukan sahaja drama Melayu, drama Korea pun ada. So buat peminat tegar drama-drama cinta, bolehlah jengah ke blog Miss Mulan. Banyak update terkini tentang online novel dan drama-drama TV yang meletop-letop ditayangkan. 

Dari segi susun atur, ok tiada masalah. Cuma pada pandangan saya if background putih, kena elakkan tulisan berwarna terang macam pink sebab tak nampak kontra dan sukar dibaca. Mungkin boleh gelapkan lagi pink nya kot. Tapi overall blog ni cute sebenarnya. Masuk je dah berbunga-bunga rasa. hehe. Apa-apa pun kipidap ya Miss Mulan. Ni just pendapat saya je tau. Lain blogger, lain view nya. Tq join segment saya and tahniah terpilih untuk di review. 



Misya : Tiada kaitan dengan kartun Mulan.

TQ ex-boss belanja makan @Padi House!

Salam. Alhamdulillah kenyang.. hehe.. Rezeki hari tu ex-boss saya, En. Hermy belanja makan kat restoran Padi House, di Galleria Putrajaya. Sebagai tanda penghargaan beliau kepada staf yang bertukar keluar dari seksyen beliau iaitu saya and my team mate Nida.

Kat Padi House ni ada macam-macam jenis makanan. Saya pernah try menu ala carte nya, sedap. Kali ni disebabkan bos belanja, so saya pilih western. Hehe..

Tak ingat apa nama menu ni but the taste was very delicious! Ayam yang berintikan cheese dihidangkan dengan spagetti dan salad. Kira rasa dia ala-ala Chicken Cordon Bleu from Secret Recipe la. Memang sedap.

Padi House ni ada beberapa cawangan termasuk di Putrajaya dan Cyberjaya. Bolehlah try. Sedap-sedap tau makanannya. Kat Putrajaya ni time lunch hour memang full house la kat sini. Kena book awal for reservation. 

Inilah team kami. Now saya dan Nida (baju pink) not more in this team. Sudah bertukar officer lain. En. Hermy is the head of the section assisted by Kak Has. Big thanks to them also sebab banyak support each other time memerlukan. 

Apa pun thank you so much En. Hermy for belanja kami makan. Moga murah rezeki En. Hermy dan dipermudahkan segala urusan. Hope Seksyen Food Service ni terus maju with the new team. Walaupun dah tak 1 team, but we can still keep in touch and ukhuwah tetap terjalin sampai bila-bila.


Misya : Bos lelaki memang sempoi.

First meeting as PIC Lesen Ais

Salam. Tahun Baru, di Cawangan Baru, meeting pertama dengan rakan-rakan sejawat yang baru, semuanya baru! hehe.. As mentioned dalam entri INI, now saya bertugas di bawah Cawangan baru. Now saya person incharge (PIC) untuk Pelesenan Ais di HQ Food Safety and Quality Division. Haa so siapa-siapa meniaga ais tu, makesure uols ada lesen tau. Bukan lesen meniaga by PBT tu. Tapi ni lesen khas untuk kilang ais bagi tujuan jualan yang dikeluarkan oleh Ministry of Health Malaysia. If takde lesen, uols boleh dikenakan tindakan undang-undang berdasarkan Akta Makanan 1983.




Ni just sharing momen group photo dengan team pelesenan dari semua negeri di Malaysia. Cer cari saya yang mana satu. Kanan sekali tudung light blue tu.. Abaikan perut makyong yang dah ke depan tu ya. Haha.. If uols pemilik or bekerja di kilang ais, bolehlah mohon lesen di Pejabat-Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran. Yang penting uols dah daftar premis di http://fosimdomestic.moh.gov.my 

Suasana dalam meeting. Gambar saya takde sebab saya yang snap gambar ni! haha..

At the end of this meeting banyak isu dibangkitkan which pihak kami di Ibu Pejabat akan ambil tindakan penambahbaikan from time to time. Begitulah kerja kami setiap awal tahun mesti kena meeting dengan semua officer incharge di states untuk update any issues dan pencapaian every year. Seronok juga sebab dapat berkenalan dengan officer-officer dari tempat lain. Bertambah luaslah kitaran sosial saya. hehe.. Moga tahun ini dan tahun-tahun seterusnya, kerjasama antara kami kian kukuh. Yang penting kami dapat bantu industri ais berkembang lebih maju. Sebab once ada lesen means, kilang tu dah dipastikan tahap kebersihan dan keselamatannya. Akan ada audit dan monitoring from time to time. So as consumer, makesure beli ais dari supplier berlesen ya!



Misya : Ice ice baby!

Pelakon Ashraf Sinclair meninggal dunia

Salam. Allahu belum lagi kesedihan rakyat Malaysia terubat dengan pemergian arwah Abam, pagi ni dikejutkan lagi dengan berita pelakon Ashraf Sinclair yang merupakan suami kepada penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) meninggal dunia akibat serangan jantung. Terkejut saya dapat berita ni daripada group whatsapp sebab salah sorang dalam group tu ada pertalian dengan Ashraf Sinclair ni. Saya mula-mula tak percaya sebab bila tengok link Harian Metro pagi tadi, kejadian masih belum disahkan. But latest news mengesahkan memang sahih berita tersebut. Media-media dari Indonesia juga mengesahkan berita sedih ini.



Menurut Harian Metro, beliau yang berusia 40 tahun disahkan meninggal dunia pada jam 4.00 pagi tadi akibat serangan jantung. Allahuakbar.. Bila dah sampai masa, tak kira usia tetap ajal memanggil. Saya nak kata peminat tegar beliau tidaklah, but saya suka tengok life beliau with his family, BCL dan anaknya yang comel berusia 10 tahun. Kelihatan beliau seorang bapa dan husband yang sangat lovely orangnya. Berasal dari Malaysia, after berkahwin dengan BCL terus beliau berhijrah ke Indonesia dan membina empayar di sana. Diharapkan BCL tabah atas pemergian suami tercinta. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang beriman. Al fatihah..


Misya : Yang baik selalunya pergi dulu.

Monday, February 17, 2020

Fall in love with Tealive!

Salam. In the beginning saya tak gemar langsung nak minum minuman hipster like Coolblog, Tealive dan seangkatan dengannya. Because terbayang level kemanisannya yang melampau. haha. One day my husband introducing me Tealive - Red Bean Milk Tea Bubble, hirupan yang pertama terus wat saya fall in love! Rupa-rupanya sugar level dalam minuman tealive ni kita boleh adjust ikut keinginan. So husband suka pilih yang less sugar. Sedap nice gitu rasa dia. Disebabkan sometimes addicted nak minum benda alah ni, saya order melalui Grab Food. Puas hati lah! Lega tekak kering dapat minum. Oh ya, beside less sugar, uol yang tak suka sangat minum ais tu boleh juga choose less ice. So, sesekali nak try minum apa salahnya kan.. Yang paling penting Tealive ni ada sijil Halal.

If order via grab food mahai sikitlah bcos ada delivery cost. But tak kisahlah bukan selalu pun beli. Nak pi cari kat kiosk dia, mak yong ni tak larat dah nak jalan-jalan sangat. 

Muka excited dapat minum tealive kat office. So far red bean milk tea ni flavour favourite saya. Bcos saya tak minat sangat coffee. Takut migrain. Plus ada red bean tu wat rasa dia lemak-lemak manis memang syok minum time dahaga.



Misya : Baby dalam perut kot nak minum.

Erina 1st time tengok bowling

Salam. Last month husband and kawan-kawan officenya set main bowling kat Alamanda, Putrajaya. Dekat sangat ngan rumah, tak patutlah tak join sekali kan. Plus Erina tak pernah pun dibawa ke pusat bowling. Tak main pun tapi sekadar bagi tengok dikira bagi exposure juga la kan kat anak? Mommy nya dah berat bawak perut takleh nak main bowling. huhu. So tengok jela daddy Erina main bowling with his friends. Tak ramai pun around 5 orang camtu. Oklah dapat berkenalan dengan kengkawan husband. Lagi pun bosan dok uma weekend takdak watpe. So lets enjoy our photos here..


1st time bawak Erina ke tempat ni, so dia macam curious la dengan semua benda kat situ. Daddy nya tukang explain. Haha..



Bila ramai-ramai orang, anak saya ni pemalu sikit. So duk la berkepit dengan mommy sepanjang masa. 

Anak beranak sama je suka selfie. hehe..


Next time bolehlah plan main bowling sendiri bila anak dah besar-besar sikit. Ni pun banyak lane yang tak function - system failure. Okla setakat untuk main santai-santai bolehla..

Orite setel 2 games. Jom balik!


Misya : Tiada bakat dalam sukan.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...