Thursday, June 28, 2012

Wajah saya dalam Majalah Mingguan Wanita!!

Salam semua.. Anda baca Majalah Mingguan Wanita tak? Kalau beli edisi 22-28 Jun 2012/02 mungkin akan perasan wajah saya yang menghiasi kolum Apa Kata Perunding majalah tersebut. Jom zoom!;)


Sentuhan magis dari make-up artist kak Aida G telah memberikan impak pada wajah saya. huhu. Sangat profesional! Dalam masa tak sampai setengah jam dah siap! But hasilnya, wow! [muka sebelum: tak cukup tidur! haha..] Jom lihat apa kata kak Aida during this make over session.


Alhamdulillah wajah saya senang disolek. Ramai juga bertanya apa rahsia saya menjaga kulit wajah walaupun selalu disolek dengan macam-macam jenama alat solekan. So far, tiada petua tertentu yang saya amalkan. Displin dalam mencuci muka, pakai toner dan pelembab. Kalau boleh di luar shooting jangan pakai mekap tebal supaya kulit muka rest dan bebas dari sebarang bahan kimia. Rajin-rajin berselawat dan berzikir, berserilah wajah anda.=)


This is me.. Tembam kan? huhu.. Ramai cakap camtu. Pipi saya memang cepat nampak tembam. Pape pun saya memang suka hasil solekan beliau. Pantas dan kemas.=)

So, korang cepat-cepat beli majalah ni ok. Cover depan dia wedding penyanyi Nurul dengan lelaki mat Salleh. Banyak tips menarik dalam majalah ni especially untuk kaum Hawa.. Thanks so much to kak Fiza yang sudi invite saya jadi model.:) Terima kasih juga buat Kak Intan (wartawan) dan photographer yang terlibat. Hope one day dapat bekerjasama lagi!=)


Cik Misya : Penat menunggu giliran masa shoot terubat bila tengok hasil dalam majalah.:)

Salam Syaaban 1433H..

Assalamualaikum.. Bukan ingin meminta simpati atau meraih perhatian. Cuma entri meluahkan apa yang terbuku di hati setelah meniti hari-hari yang penuh ketenangan dan kebahagiaan. Syukur Alhamdulillah masih diberi peluang menghirup udara ciptaan Maha Esa dan terus bernafas menjalani kehidupan. 

Memang tak dinafikan, hidup kita diwarnai dengan pelbagai cerita dan ragam. Ibarat kanvas yang dilakar dengan pelbagai warna yang akhirnya membuahkan hasil yang unik dan indah. Begitu juga saya.. Selama 26 tahun diberi nyawa hidup di bumi Allah ini, saya tak lepas diuji dengan pelbagai perkara yang kadangkala saya tak terfikir pun. Ada yang menyeronokkan, menyedihkan, menenangkan, dan sebagainya. Betapa indahnya kehidupan manusia ini yang diadun dengan pelbagai rencah dan rasa menjadikan ia makanan yang enak.

Masa saya mula-mula nak bertatih dalam kehidupan, saya berubah 100%. Ghairah menjalani kehidupan baru dari kanak-kanak, remaja dan seterusnya menjadi wanita dewasa. Dulu saya mudah terikut-ikut dengan peredaran keliling. Tak berfikir panjang. Emosional, typical, mudah melatah, teruja nak cuba semua benda tanpa fikir masalah yang mendatang. 

Berhari-hari saya jalani kehidupan yang agak pelik sebab saya macam tak dapat dikawal. Tapi dalam hati ini saya rasa saya perlu lakukan sesuatu sebelum terlambat. Kadang-kadang kita rasa kita dah ada semua tapi banyak lagi yang kita ketinggalan. 

Saya sentiasa berdoa moga diberikan sesuatu yang dapat saya pegang untuk jalani kehidupan. Alhamdulillah saya dipertemukan dengan seseorang yang memahami. Saya sangat suka dengan caranya.. Mendidik tapi dalam masa yang sama tidak mendesak. Saya berjaya kawal emosi sedikit demi sedikit. Menjadi seorang wanita yang lebih matang. Pergaulan yang sihat. Berasa sangat selamat. Semoga Allah melindunginya. Amin..

Cuma yang saya terkilan dengan sikap saya dahulu, saya kehilangan kawan baik yang sangat saya cintai. [cinta itu luas konsepnya] Pernah makan sepinggan, tidur sebantal, study sebuku, suka berduka dan ibarat mahu sehidup semati. Disebabkan kerakusan emosi, saya hilang semua itu. Disebabkan kehilangan itu juga, aura-aura negatif di luar cuba menelan saki-baki cinta dan kasih antara dua orang sahabat. Saya akui kesilapan saya.. Dan tidak pernah berhenti mendoakan yang terbaik buat dia. Itu sahaja yang saya mampu untuk mengubati kelukaan di hati..

Hari ni saya menangis. Mungkin anda ketawa. Sebab manusia kebanyakannya lebih suka melihat orang bersedih daripada gembira. Hakikat! Dah lama saya tak menangis. Syukur Alhamdulillah sebelum ni saya menangis disebabkan kesengsaraan, keperitan, kecemburuan dan sebagainya akibat diburu kesalahan tapi hari ini saya menangis dengan rasa bahagia. Dah lama saya impikan benda ini sebab saya buat sesuatu yang baik berbanding menangis sebab sesuatu yang tidak baik. [maaf kalau agak berbelit]


Bulan ni bulan Syaaban. Buku Amalan akan ditutup dan buku baru akan dibuka. Di bulan ini penentuan samada umur kita masih panjang atau sebaliknya. Jika gugur daun itu, maka tak lama lagi diri kita diambil sang pencipta. 

Pesanan si dia, apa-apa yang kita buat kena tanam dalam hati ketat-ketat bahawa ia adalah kerana Allah s.w.t. Tersentuh mendengar nasihat beliau. Keberkatan itu penting dan jangan sampai menyaktiti orang lain. 

Akhir kalam, Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Sunat Bulan Syaaban..

Tuesday, June 19, 2012

Saya model favourite anda? Jika ya, undilah saya!!=)

Salam semua.. Jom undi saya dalam Pencarian Female Muslimah High Fashion Supermodel Look 2012!! Organized by Anggerik Desa, saya mewakili Team 9 bertanding untuk kategori Miss Photogenic dan Miss Favourite bagi Model Muslimah. InsyaAllah pemenang akan diumumkan pada 30 September 2012 di Ballroom Federal Hotel, Kuala Lumpur. Apa lagi, sign in akaun facebook anda sekarang!! huhu... 

1st anda add friend dengan organizer iaitu Anggerik Desa di SINI
2nd, anda klik link INI untuk ke photo saya dan kemudian tekan LIKE di bawah photo.


Done? Ok good job!;) Thanks so much to all yang sudi meluangkan masa mengundi saya. Doakan saya dapat buat yang terbaik dalam pertandingan akhir pada 30 September 2012 nanti ya! Owh lupa, tarikh akhir undian untuk pencarian ini adalah pada 29 September 2012 jam 12.00 tgh malam. Selamat mengundi!=)


Cik Misya : Thanks abg photog yang shoot gambar ni. Pening gak nak cari gamba hitam putih camni. huhu

Monday, June 18, 2012

Saya dalam persalinan pengantin NMS Bridal Gallery

Salam semua.. Saya jarang shoot butik pengantin sebab kalau kerap sangat nanti dah tak berseri bila jadi pengantin betul-betul. huhu. [pesanan ibu tersayang]. So saya share dengan anda gambar-gambar saya shoot berbusana pengantin daripada Nurmayangsari Bridal Gallery atau lebih dikenali sebagai Butik NMS. Thanks to Ain Sibon selaku owner Butik NMS yang sudi pilih saya as one of her model untuk shoot baju-baju pengantin hasil jahitan dan kreativiti tangan beliau sendiri! Sesiapa yang tercari-cari butik atau pakej perkahwinan lengkap from A to Z, apa kata anda terjah page NMS di SINI.





















Shooting dijalankan di Studio Akamika, Seksyen 14, Shah Alam. Berkolaborasi dengan 2 orang lagi model gojes iaitu Azie dan Scha. Hope to see uols again!=)


Cik Misya : Entri ni sebagai hadiah untuk sis Ain Sibon sempena Birthday beliau hari ni.:)

Friday, June 15, 2012

Photoshoot 'Evening Dress'

Salam semua.. Seperti yang dijanjikan dalam entri sebelum ni, saya share dengan anda koleksi gambar-gambar shoot saya semasa event Potluck & Reunion anjuran NMS Bridal Collections bertemakan 'Evening Dress' di Kompleks Sukan Air, Putrajaya. Thanks to all photogs yang sudi snap photo saya. Antaranya Nikon Journey, Abg Midee, Abg Danny Hamidon Omar, Abg Zul & etc.. Untuk view gambar-gambar catwalk saya boleh klik SINI.

Talent : Aimi Syahirah 
MUA : Mayang Sari
Photog : Various
Wardrobe : Private Collections of Aimi Syahirah
Organizer : Ain Sibon & NMS Bridal Collections
Location : Kompleks Sukan Air, Putrajaya














Cik Misya : Suka photog yang peramah dan tak sombong tapi janganlah over. huhu...

Tuesday, June 12, 2012

Catwalk 'Evening Dress'

Salam semua.. Dah lama tak update portfolio. Yeke? huhu.. Okla sambil-sambil lunch hour ni, saya update la kisah terkini saya dalam dunia modelling. Outing shoot anjuran NMS Bridal Collection & Make-Up Artist Ain Sibon, saya selaku salah seorang model Butik NMS turut serta dalam acara yang diadakan di Kompleks Sukan Air, Putrajaya ini. Acara ini dimeriahkan dengan sesi catwalk bagi talent-talent yang join memperagakan busana bertemakan 'Evening Dress' di atas hamparan red carpet berlatarbelakangkan pemandangan indah bangunan-bangunan sekitar Putrajaya. Yang bertuah dapatlah memenangi hadiah-hadiah menarik daripada organizer.

For now, saya share dahulu koleksi gambar-gambar saya masa catwalk. Untuk gambar photoshoot akan dimasukkan dalam entri akan datang.:)

Talent : Aimi Syahirah 
MUA : Mayang Sari
Photog : Various
Wardrobe : Private Collections of Aimi Syahirah
Organizer : Ain Sibon & NMS Bridal Collections
Location : Kompleks Sukan Iar, Putrajaya














Cik Misya : Gambar catwalk paling banyak setakat ini. huhu.. Tq abam-abam photog.:) Walaupun tak menang apa-apa kategori tetap jadikan ia sebagai pengalaman dan pembelajaran baru.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...