Thursday, June 28, 2012

Salam Syaaban 1433H..

Assalamualaikum.. Bukan ingin meminta simpati atau meraih perhatian. Cuma entri meluahkan apa yang terbuku di hati setelah meniti hari-hari yang penuh ketenangan dan kebahagiaan. Syukur Alhamdulillah masih diberi peluang menghirup udara ciptaan Maha Esa dan terus bernafas menjalani kehidupan. 

Memang tak dinafikan, hidup kita diwarnai dengan pelbagai cerita dan ragam. Ibarat kanvas yang dilakar dengan pelbagai warna yang akhirnya membuahkan hasil yang unik dan indah. Begitu juga saya.. Selama 26 tahun diberi nyawa hidup di bumi Allah ini, saya tak lepas diuji dengan pelbagai perkara yang kadangkala saya tak terfikir pun. Ada yang menyeronokkan, menyedihkan, menenangkan, dan sebagainya. Betapa indahnya kehidupan manusia ini yang diadun dengan pelbagai rencah dan rasa menjadikan ia makanan yang enak.

Masa saya mula-mula nak bertatih dalam kehidupan, saya berubah 100%. Ghairah menjalani kehidupan baru dari kanak-kanak, remaja dan seterusnya menjadi wanita dewasa. Dulu saya mudah terikut-ikut dengan peredaran keliling. Tak berfikir panjang. Emosional, typical, mudah melatah, teruja nak cuba semua benda tanpa fikir masalah yang mendatang. 

Berhari-hari saya jalani kehidupan yang agak pelik sebab saya macam tak dapat dikawal. Tapi dalam hati ini saya rasa saya perlu lakukan sesuatu sebelum terlambat. Kadang-kadang kita rasa kita dah ada semua tapi banyak lagi yang kita ketinggalan. 

Saya sentiasa berdoa moga diberikan sesuatu yang dapat saya pegang untuk jalani kehidupan. Alhamdulillah saya dipertemukan dengan seseorang yang memahami. Saya sangat suka dengan caranya.. Mendidik tapi dalam masa yang sama tidak mendesak. Saya berjaya kawal emosi sedikit demi sedikit. Menjadi seorang wanita yang lebih matang. Pergaulan yang sihat. Berasa sangat selamat. Semoga Allah melindunginya. Amin..

Cuma yang saya terkilan dengan sikap saya dahulu, saya kehilangan kawan baik yang sangat saya cintai. [cinta itu luas konsepnya] Pernah makan sepinggan, tidur sebantal, study sebuku, suka berduka dan ibarat mahu sehidup semati. Disebabkan kerakusan emosi, saya hilang semua itu. Disebabkan kehilangan itu juga, aura-aura negatif di luar cuba menelan saki-baki cinta dan kasih antara dua orang sahabat. Saya akui kesilapan saya.. Dan tidak pernah berhenti mendoakan yang terbaik buat dia. Itu sahaja yang saya mampu untuk mengubati kelukaan di hati..

Hari ni saya menangis. Mungkin anda ketawa. Sebab manusia kebanyakannya lebih suka melihat orang bersedih daripada gembira. Hakikat! Dah lama saya tak menangis. Syukur Alhamdulillah sebelum ni saya menangis disebabkan kesengsaraan, keperitan, kecemburuan dan sebagainya akibat diburu kesalahan tapi hari ini saya menangis dengan rasa bahagia. Dah lama saya impikan benda ini sebab saya buat sesuatu yang baik berbanding menangis sebab sesuatu yang tidak baik. [maaf kalau agak berbelit]


Bulan ni bulan Syaaban. Buku Amalan akan ditutup dan buku baru akan dibuka. Di bulan ini penentuan samada umur kita masih panjang atau sebaliknya. Jika gugur daun itu, maka tak lama lagi diri kita diambil sang pencipta. 

Pesanan si dia, apa-apa yang kita buat kena tanam dalam hati ketat-ketat bahawa ia adalah kerana Allah s.w.t. Tersentuh mendengar nasihat beliau. Keberkatan itu penting dan jangan sampai menyaktiti orang lain. 

Akhir kalam, Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Sunat Bulan Syaaban..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...