Friday, August 31, 2012

Paksaan pergi sambutan Merdeka || Rakyat benci PM??

Salam Kemerdekaan yang ke-55 buat semua rakyat Malaysia..! Syukur dapat sambut lagi merdeka. Dah beberapa tahun ni saya tak pernah lagi pergi mana-mana untuk celebrate Merdeka. Takpelah, cukuplah tanamkan semangat kemerdekaan dalam diri pun dah ok. Jangan tak ingat langsung sudahlah.:)

Cuma saya ada satu nak share dengan anda. Tahun ni agaknya sambutan Hari Kemerdekaan agak hambar. Saya pun tak pasti akan kesahihannya tapi majoriti saya tanya jawapannya adalah sama. Antara story menarik yang saya alami petang tadi semasa di pejabat. Ini bukan entri berani mati sebab takde niat nak provok mana-mana pihak pun. huhu.
Sebelum pulang tadi, ada seorang pegawai tegur saya, "Cik Puan Aimi tak pergi Bukit Jalil ke esok?" Kebetulan saya ada jemputan open house memang saya jawab tak pergilah. Then, he said "Tahun ni susah sangat nak dapatkan orang pergi sambut Merdeka. Sampai saya terpaksa merayu-rayu kat semua orang suruh pergi.." Then, i asked "Why?" Nak tahu apa dia jawab "They hate Najib so much la.."

Erk! Haha.. Saya hanya tersenyum sambil menahan ketawa. Tak sangka itu jawapannya. Benarkah PM kita dibneci sampai macam tu sekali? Wallahualam la. So far saya takde dengar pula officemate saya cakap camtu. Tapi memang takde sorang pun yang pergi Bukit Jalil esok! Masing-masing ada alasan tersendiri. Mungkin anda tahu apa jawapannya..;)

Situasi di tempat kerja incik tunang saya pun begitu. Mula-mula arahan dikeluarkan untuk sesiapa yang berminat nak join Perhimpunan Janji Ditepati kat Bukit Jalil tu tapi takde sorang pun bagi feedback. Last-last, terpaksa pancing minat staff untuk pergi dengan bayaran RM60 sorang plus cuti tambahan percuma 1 hari! Adoyai sampai camtu sekali nak suruh orang pergi sambut merdeka.


Saya sendiri pun memang dah terbiasa tak pergi pun sambut Merdeka. Dulu-dulu je masa study pergi sebab dibuat di UKM dan saya salah seorang peserta persembahan tarian. Masa tu kami memang semangat nak sambut Merdeka. Dengan kehadiran Canselor lagi tuh. Sebulan sebelum dah start praktis dah. Nanti saya share dengan anda story penuh persembahan tarian kemerdekaan saya semasa study dulu.;)

Pape pun Selamat Menyambut Hari Merdeka ke-55.. Dan yang paling istimewa, ianya sama dengan ulangtahun perkenalan saya dengan incik tunang. Happy 2nd Anniversary dear..=)


Cik Misya : Sokong kerajaan, tak sokong parti. Ada beza.

Thursday, August 30, 2012

Get ready for Program Bara'an Aidilfitri


Salam semua.. Sebentar lagi Program Bara'an di blok rumah saya ni akan berjalan. Nak tahu Bara'an tu apa? Haa kalau nak tahu, tunggu entri saya yg selanjutnya. Memang every year persatuan penduduk blok saya ni anjurkan program Baraan setiap kali bulan Syawal menjelma. Memang meriahlah sebab kami akan berkunjung dari satu ke rumah yang lain beramai-ramai. Dan ada sesuatu yang menarik tentang makanan yang dihidangkan. Nak tahu apa kami buat masa ziarah rumah-rumah tu? Tunggu...;-)






Cik Misya : Hati berbara dengan kerenah jiran yang berperangai macam @#%/&@&! Hehe..

Wednesday, August 29, 2012

Unfollow blog tak aktif melebihi 3 tahun!

Salam.. Em tengah dok belek-belek bloglist yang pernah saya follow, berlambak juga blog yang tak aktif. Maksudnya owner tersebut dah tak aktif lagi menulis. Mungkin hilang minat, penat dan sibuk bekerja ataupun lupa password blog! haha..;)

Nanti saya nak sorting satu-persatu mana blog yang tak aktif lagi. Ada tu dah kat 5 tahun tak aktif! Tapi still ada pagenya. Napelah tak di deactivate kan? Mana tahu kot-kot ada hacker-hacker tak bertauliah cuba menceroboh blog anda dan dijadikan harta intelek mereka secara haram. Sekarang ni apa-apa pun boleh terjadi. 

Mana yang tak aktif melebihi 3 tahun, memang saya akan unfollow sebab nak fokus kat kawan-kawan blogger yang aktif sahaja. Kadang-kadang taktau mana satu blog nak tengok dalam bloglist tu. Nak blogwalking last-last terblogwalking ke blog sendiri! haha. Nama blog pun lebih kurang dengan rakan-rakan blog yang lain. Baik kita simpan mana yang betul-betul nak jadi blogger.:)

Walaupun saya takdelah aktif dalam berblogger ibarat atlit Olimpik aktif bersukan, at least seminggu sekali saya akan update pape yang saya nak update. Tak pun usha-usha la blogger-blogger lain yang aktif. Mostly yang aktif ni memang ada je idea dorang nak menulis. Tak kering gusi eh silap tak kering idea la orang kata! Tapi kadang-kadang bila terlalu aktif jadi masalah juga. Entri yang sebaris dua ayat tu pun nak diupdate. Baik masuk dalam status facebook/twitter. Barulah sesuai.. Mungkin itu salah satu cara nak naikkan traffic. Takpela, yang penting sume orang happy.. Teruskan berkarya ok!



Cik Misya : Blog bukan diari.

PENCARIAN 222 BLOGGER BERTUAH OLEH NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE

Salam.. Dalam pada-pada tak sihat ni, saya ternampak entri kengkawan blogger lain yang join satu segmen anjuran Norzi Beautilicious House. Dah lama saya tak join segmen-segmen gini. Saja lah mahu try. Peluang untuk terpilih pun besar sebab 222 blogger akan dipilih! (Berangan sat) Banyak tuh.. Pandailah kan saya wat telahan. Yang terpilih hanya beberapa orang sahaja dan layak menerima hadiah istimewa dari penganjur.:) Mesti juling dan berpinar bebola mata penganjur nak baca dan pilih one-by-one. Jangan demam macam saya sudahla. Haha.. Jangan mara ye..;)


Sama juga macam contest yang saya anjurkan, tarikh tamat pencarian blogger bertuah ni pada 31 Ogos 2012. Ada hadiah menarik menanti tau!;) Kot-kot anniversary/peristiwa hidup korang ada kaitan dengan angka 2 juga, mana tahu ada tuah di sebalik nombor tu. Jangan main nombor ekor sudey... Haram ok!;)

Untuk pihak penganjur, kot-kot memerlukan khidmat model untuk menggayakan produk anda yang cantik-cantik tu, feel free to contact me ya! [interframe sat!] Tak terpilih dalam kategori blogger bertuah tu takpela, dapat jadi model pun dah ok. Wah! [Perasan!] Mesti kena reject awal-awal kalau ada casting. hehe..

Yang nak join tu bolehlah klik banner kat atas tu atau tekan SINI untuk direct terus ke entri tuan tanah pencarian ini. Selamat mencuba..


Cik Misya : 999

Updated: Senarai peserta COntest 'Saya nak duit raya Cik Misya!!!'


Assalamualaikum.. Maaf Cik Misya lewat update tentang contest yang Cik Misya anjurkan. Tinggal 2 hari lagi sebelum tarikh tamat dan Alhamdulillah ramai juga yang berminat nak join. Saya tak berapa sihat 2-3 hari ni. Demam, batuk, sakit tekak.. Nak bercakap pun takde suara. Nak suruh admin update, nanti lain pula cara penulisan dia. So dah sihat sedikit ni, saya updatela k. Doakan saya cepat sembuh supaya dapat baca entri-entri kreatif anda secepat mungkin ya! Di bawah ni senarai peserta yang telah menghantar penyertaan:

14. Sue Pelik : http://cintasuriya.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-cik-misya.html
15. Isabel Diaz : http://angellovesoldier.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-cik-misya.html
16. Mumui : http://bibie-mumui.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-cik-misya.html
17. Waniwisy : http://waniwisy.blogspot.com/2012/08/17-saya-nak-duit-raya-cik-misya.html
18. Nurmujahidah : http://mujadafewa.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-cik-misya.html
19. Shigellazoster : http://reflisea.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-cik-misya.html
20. Oshin : http://gurlgemini.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-cik-misya.html
21. Nabila Medan : http://nabilamedan-taipmenaip.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-cik-misya.html
22. Fara Chew : http://farachew.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-cik-misya.html
23. Nureen : http://nureenasirellesya.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-cik-misya.html
24. Muhammad Noor Firdaus Iskandar : http://iskandarx.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-cik-misya.html
25. Cik Kiera : http://iralone09.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-cik-misya.html
26. Najla Najihah : http://najlanajihah2.blogspot.com/2012/08/contest-nak-duit-raya-cik-misya.html
27. Fynaz Shamz : http://fynazshamz.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-cik-misya.html
28. Fatimah Azzarah : http://sicomel06.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-cik-misya.html


Wah.. rambang mata saya nak pilih. Sebab semuanya kreatif-kreatif belaka. Plus anda ada kisah tersendiri berkaitan duit raya. Lepas tarikh tutup nanti saya terjah setiap peserta punya blog dan akan jawab semua soalan cepumas yang anda berikan. Jeng-jeng-jeng.. Ajaklah kawan-kawan yang lain join juga ya!

UNTUK SERTAI KLIK SINI
Tarikh tutup penyertaan 31 Ogos 2012.


Cik Misya : Pening.




Monday, August 27, 2012

Bencinya dengan lelaki pemakan kucing ini!!

Salam Isnin semua. Adoyai tadi terbaca pengakuan seorang lelaki Myanmar yang menjadikan kucing sebagai makanan utama mereka! Siap buat kari kucing lagi! Eii kejamnyer..!! I hate them! Hate so much!!! Kalau dapat lelaki tu memang saya belasah cukup-cukup![Bajet strong la??] huhu.. Tapi memang geram lah ngan manusia spesis camni.. Tak caya? Jom baca antara pengakuan lelaki [bengong] tu --->


Daging kucing memang enak dimakan, malah lebih lazat apabila dimasak kari,” kata Jimmy, pemuda berasal dari Myanmar. 

“Daging kucing yang dimasak kari sangat enak dicampur cili supaya lebih pedas,” ujar Jimmy. Aduhai, tekak kami yang haus kerana berpuasa serta-merta bertukar loya tatkala membayangkan pemuda tersebut mengunyah daging haiwan itu. 

Lalu kami tanyakan kepadanya, tidak kasihankah memakan haiwan comel itu? Jawabnya, sudah menjadi kebiasaan orang Myanmar menjadikan kucing sebagai lauk.

Kucing menjadi makanan biasa oleh penduduk kampungnya di Yangon, sama seperti arnab, anjing dan kura-kura. 

“Jika di kampung saya, kucing menjadi lauk kebiasaan. Malah dagingnya selalu dimasak menjadi hidangan lazat di dalam majlis keraian. Kami akan berkumpul beramai-ramai dan menikmati daging kucing,” ujarnya sambil menyifatkan bukanlah perasaan pelik ketika memakan daging kucing.

Menurut Jimmy lagi, daging kucing sama enak seperti arnab dan hanya dimakan oleh orang lelaki kerana dipercayai untuk kekuatan tenaga dalaman. Manakala, golongan wanita tidak memakan daging kucing.

“Oh, begitu. Ini bermakna, di kampung kamu itu, kucing dipelihara untuk dijadikan makanan,” soal kami sambil difikiran terbayang kucing panggang seperti yang diceritakan orang.

Jimmy mengangguk sambil tersenyum. Dia sudah tidak takut dan kini lebih selesa bercerita. Ujarnya, dia sudah tujuh tahun tinggal di Malaysia dan bekerja sebagai buruh kontrak di kawasan pembinaan berhampiran.

“Rakan-rakan serumah kamu makan kucing,” tanya kami lagi.

“Ya. Rakan-rakan serumah saya juga menggemari daging kucing. Mereka selalu membawa daging kucing balik ke rumah untuk dibuat lauk yang enak,” ujar Jimmy .

Oh sadisnya! Kucing adalah haiwan kesayangan Nabi Muhammad s.a.w.. Memang @^(^&&^%*()$% lah lelaki nih! Saya rasa orang-orang Vietnam pun ramai yang makan kucing. Dorang ni takde hati perut langsung!

Buat kawan-kawan blogger yang ada bela kucing tu, jagalah kucing anda sebaiknya. Sebab dorang akan curi kucing jalanan / sesat yang ditemui untuk dijadikan lauk santapan dorang. Punya banyak benda lain boleh dimakan, kucing juga jadi mangsa. Memang kejam!

Ni gambar saya with my beloved cat, Ciko.. Semoga Allah s.w.t lindungi dia. Hari tu dia hilang 3 bulan, syukur Alhamdulillah dia pulang. Risau if jadi bahan makanan manusia kejam dari Myanmar & Vietnam cam lelaki tu. Kalau mati sebab sakit/accident ke leh terima lagi. Ni jadi sumber makanan?? Ingat anak ikan ke apa? Memang takleh terima.. Ermm cayang Ciko... Muah3x!

Sumber : Sozcyili



Cik Misya : Benci lipas.

Sunday, August 26, 2012

Contest "Nak Duit Raya Cik Misya!!!"

Assalamualaikum semua.. Masih mood Raya lagi kan? Haa ni Cik Misya nak habaq mai ni. Tadi test-test power tanya member-member blog kalau saya wat contest, setuju tak? Ramai yang setuju sebab pemenang bertuah akan dapat hadiah duit Raya daripada saya!!=) Sape taknak kan? Duit Raya yang saya nak bagi bukan biasa-biasa punya. Siap sampul Edisi Terhad wajah saya lagi!;) So sape-sape yang ada blog berminat nak join, syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut: 

1) Mestilah jadi follower saya!=)

2)  Buat satu entri special bertajuk "Saya nak duit raya Cik Misya!!!" Then, story lah dengan kreatif tentang kisah ANDA & DUIT RAYA. Tak kisahlah pasal pape pun tapi ada kena-mengena dengan duit raya. Gi serbu uma jiran mintak duit raya ke, beli basikal dengan duit raya ke, duit raya terkoyak ke, or anything about duit raya.:)

3) Tanya 1 soalan cepumas untuk saya, nanti saya akan jawab. Tak kisah lah apa-apa pun tapi bukan soalan berbentuk aib atau provokasi atau bersifat terlalu peribadi. ;) Then, ucapan Hari Raya anda yang paling kreatif!

4) Copy gambar di bawah dan masukkan dalam entri anda. Kemudian link kan ke blog saya. Kalau tak boleh copy, print screen pun boleh. hehe



5) Tinggalkan link entri ke ruangan komen di bawah. Nanti saya akan datang mengunjungi blog anda untuk memilih 3 entri yang terbaik sebagai pemenang. 

6) Tarikh tutup contest ini adalah pada 31 Ogos 2012 tepat jam 12.00 tengah malam. Pemenang akan dihubungi secepat mungkin untuk pemberian hadiah. 

Mudah kan? Susah? huhu Siapa usaha, insyaAllah ada la rezeki untuk anda. ;) Ramai berebut nak sampul duit raya ni tapi saya tak dapat bagi semua sebab bilangannya sangat terhad. So, 3 orang bertuah yang paling kreatif, akan menerima duit raya bersampul istimewa ni..:) Selamat mencuba!


Cik Misya : Jumlah duit raya dirahsiakan.

Pertama kali jadi pengapit, saya pula yang nervous!

Salam semua.. Dalam sibuk-sibuk raya ni teringat satu entri yang tak sempat habis disiapkan. Asyik busy+terlupa. huhu. Dah berapa bulan dah kot baru teringat nak karang balik entri ni. Angan-angan jadi pengapit pengantin tercapai jua.. Actually ianya khas untuk one of my beloved cousin from JB yang melangsungkan perkahwinannya bulan April 2012 yang lalu. Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Dan yang paling istimewa, saya dilantik sebagai pengapit pengantin! huhu.. Dah lama mengidam nak pegang kipas  pengantin dan berdiri sebelah pengantin tapi tak pernah diberi peluang. Tak sangka, my cousin Kak Yon sudi invite saya jadi pengapitnya. Terharu sangat-sangat! ^_^
So now, kita review what happen actually during this wedding day yang paling meriah saya pernah involve. Di Johor, suasana dan adat nya berbeza sedikit dari KL mahupun tempat lain. Cuma ada beberapa part yang saya tak sempat nak snap gambar. Al maklumlah bz mengalahkan Mak Andam kena berkepit sentiasa ngan pengantin. Hehe..

Kami sampai di Johor sehari sebelum majlis berlangsung. Sungguh meriah rumah Kak Yon dengan kehadiran jiran tetangga yang bertungkus-lumus membuat persiapan secara gotong-royong. Seronoklah! huhu..

 Inilah pelamin mini untuk Akad Nikah. Simple but nice kan? Gabungan merah putih yang naik. Salah satu pelamin inspirasi for my E-Day tempohari..


Inilah pelamin yang tersergam indah hasil Butik Pengantin Haffsyah Illa. Cantik kan? Tema pink sememangnya my favourite. huhu


 Syukur Alhamdulillah dengan sekali lafaz (kalau tak silap) Kak Yon kesayanganku selamat diijabkabulkan dengan Abg Nazli. Dua-dua sama padan & sama cute! Tapi ada cerita kelakar masa akad nikah ni. Tok Kadi tu memang happening. Asyik wat lawak je. huhu..

 
Happy for you my sis! Selesai akad nikah.. Taktaula nak kata apa bila melihat Kak Yon tersangat nervous, resah dan gelisah before akad nikah. Sampai saya pula naik risau. Dia sempat pesan makesure sentiasa berada berdekatan dengan dia supaya diberi kekuatan sepanjang proses akad nikah. Alhamdulillah semua selamat..=)


Sesi bersalaman antara pengantin dan ahli keluarga tersayang.. Saya hanya memerhati kot-kot ada pape bantuan yang diperlukan oleh Kak Yon. Akhirnya baru saya tahu kenapa setiap kali pengantin akad nikah mesti akan menangis.. Sebak dan syahdu gila-gila masa Pokde (ayah Kak Yon) memeluk anak perempuan terakhirnya yang telah menjadi milik orang dan terlepaslah tanggungjawabnya sebagai seorang ayah yang kini dipikul oleh si suami. Camnelah time saya nanti? huhu..T_T

Upacara Berinai... Tugas sebagai pengapit diteruskan lagi. Berseri-seri Kak Yon & Abg Nazli. huhu. Di Johor, upacara akad nikah biasanya diadakan sebelah petang atau malam. Kemudian diteruskan dengan sesi persandingan kecil dinamakan Majlis Berinai. [Saya pun baru tahu] hehe. Pengantin dicalitkan dengan inai daun yang telah dilumatkan serta renjisan air mawar pada tapak tangan. Dats why kat tapak tangan pengantin ada inai bulat kat tengah-tengah tu untuk berinai sebenarnya. Meriah betul siap ada kompang lagi! Saya pula yang nervous time ni! haha.. Di tempat lain ada juga pengantin yang bertukar-tukar busana (baju Cina, India, Korea dll) tapi Kak Yon saya tak buat. Bersederhana lebih baik..:)




Gambar-gambar berangan dari supermodel! Wah! haha.. Sempat posing with my cousin Ikin. Nasib baik dia ada. Mostly gambar yang ada datang daripada kameranya. Huhu thanks Ikin!

Muka kekenyangan & kepenatan.. hehe. Kena simpan tenaga untuk esok pula. I suka efek tudung i bila terkena kipas tuh! Gedixxxx!~_~


On the next day, ready untuk majlis persandingan. Me with persalinan hitam putih atas request pengapit lelaki yang takde baju Melayu warna lain. Menjajar juga mencari baju putih yang sesuai sebelum ke JB. Nasib baik jumpa. Tudung pun main lilit je plus light make-up. Nanti make-up tebal-tebal kalah pula pengantin! hehe..

With Ikin & Mak Long.. Kalau nak tahu, Mak Long saya ni adik-beradik (tiri) dengan biduanita Dato' Sharifah Aini tau! Jangan marah..;)



Kak Ila (Mak Andam), assistantnya, Kak Yon, me & Ikin. Sempat pose before pengantin lelaki sampai. huhu..

Me with my lil'sis, Angah.. Puas dok fikir camne nak lilit tudung akhirnya jadilah fesyen tudungnya tu. huhu



Wedding Dress by Kak Ila.. Cantik kan? Pink kaler gitu..;) Berseri-seri Kak yon saya ala-ala princess gitu..


Sempat snap sekeping sebelum nak turun sambut pengantin lelaki! Miss this moment..

Cepat-cepat menyorok!! Pengantin lelaki dah tiba! hehe. Inilah keistimewaan majlis sanding di Johor. Pengantin perempuan perlu disorokkan terlebih dahulu sebelum dipertemukan dengan pengantin lelakinya. Menarik kan?;)


Haa... Inilah tol-gate girls yang perlu dilepasi pengantin lelaki sebelum bertemu si isteri tercinta! hihi.. Ramai kan? hehe..

Mari-mari! Huhu.. Berpantun-pantun dulu sebelum pengantin lelaki boleh melangkah bertemu pengantin perempuan. Yang paling penting setiap orang mesti dapat habuan (bayar tol)! Kalau tak. memang tak lepas tol sampai sok pagi la jawabnya! hihi.. Memang meriah!

 Finally.. Disatukan di atas pelamin yang indah.. Sama cantik, sama padan.. Pengantin ya! Bukan pengapit! haha.. Pengapit perempuan not available, pengapit lelaki still available lagi rasanya. haha. Kena tanya Abg Nazli sebab tu kawan baik dia.:) Yang paling tak tahan nak gelak kena usik ngan kawan-kawan Abg Nazli. 'Pengapitnya bila lagi?' "Apsal pengapit melebih-lebih lawa daripada pengantin?' Siot je! huhu.. Pape pun sangat merindui saat-saat bermakna ni. Bukan senang nak jadi pengapit. Nasib baik Mak Andam bagi tips macam-macam kat saya. Ingat pengantin je ada petua nak naik pelamin? Pengapit pun ada tau!;)


 Sesi makan beradab. Muka saya yang kelaparan! Wakaka.. Serius memang sedap makanan yang dihidangkan. Tak puas makan! huhu sedey.. Maklumlah kena control makan sebab duk sebelah pengantin, takleh mintak tambah nasi. Ahakss..

Sesi memotong kek.. Sweet je kan? Fully pink.. Dari baju, pelamin, khemah sampai lah ke kek pun warna pink! hehe..

Pape pun congratulations to Kak Yon & Abg Nazli.. Tak sangka kejap je masa berlalu, Kak Yon yang dulu sama-sama jadi teman bergurau masa kecil-kecil dah jadi milik orang. Now, Alhamdulillah bakal menimang cahaya mata tak lama lagi. Syukur.. Dapat seorang lagi anak saudara tahun depan!=)



Cik Misya : Tengah cari calon pengapit saya sebab ex-bff yang dicalonkan dah lari.:p



Video Raya paling kelakar pernah saya tonton!

Hai semua! Hakhakhak adoi..! Lawak giler benda nih. Memang kreatif plus lawak tahap gaban! hehe.. Sempena Raya ni, terima lah video raya terbaik, dan terkelakar yang pernah saya tengok. hakhakhak..;D


Kelakar tak? Kalau tak kelakar, maknanya korang memang ada masalah emosi. hehe. Tapi yang baju Grey tu encem! hehe. Yang paling tak tahan si baju merah tu. hikhikhik. Memang menghiburkan. So kalau korang tengah stress2 tu disarankan menonton video ni ya! Memang geli hati, geli hempedu, geli pankreas dan semuanya lah. Hakhakhak.. Oopss! Tak elok gelak banyak2 tau.;)



Cik Misya: Ketawa sampai menangis.

Saturday, August 25, 2012

Saya nak berhenti jadi model. Apa kata anda?

Hai semua.. Erm tetiba terasa cam nak quit jadi model la.. Bukan tak minat tapi entahlah. Nak kata ada masalah, so far Alhamdulillah.. Dapat ramai kenalan.. Dapat side-income.. Dapat merasa pengalaman photoshoot, catwalk dan sebagainya. 

Tapi actually masa awal-awal saya join bidang ni pun suka-suki aje. Takdelah sampai nak melibatkan diri sepenuh masa. Freelance je kan.. Sekadar hobi.. Isi masa lapang. Maybe batas-batas pekerjaan yang saya ceburi sekarang menyukarkan saya bergerak aktif dalam modelling. 

Lagipun kerjaya model ni bukan untuk selamanya. Esok dah berusia, tak laku dah nak jadi model. Biasalah manusia, time tengah tegang-megang semuanya suka. Kan? huhu..

Tapi memang sejak dua menjak saya terfikir camtu. Hikmah di bulan Ramadhan yang lalu agaknya. Tak pun buang tabiat sebab tak panjang umur dah lagi. Wallahualam..

Saya sentiasa berusaha nak jadi yang lebih baik dan lebih baik. Tapi setiap kali saya mencuba, ada je yang menghalang. Kadang-kadang penghalang tu bukannya orang luar/asing. Tapi orang yang dekat dengan kita. Macam kawan baik, family dan sebagainya. Alhamdulillah saya dapat incik tunang yang memahami. Dia jenis cool dan simple. Selalu nasihat saya macam-macam. Tu yang saya respect dia tu.

Tapi tula, memang betullah senang nak jadi jahat tapi susah nak jadi baik kepada yang lebih baik. Saya sendiri terfikir-fikir nape jadi macam tu ya. Biasalah Allah tu nak uji sejauh mana kita dapat tahan ujian kan? Tapi tula, kadang-kadang saya sedih. Baru je nak jadi baik. orang-orang sekitar saya yang paling rapat pun tak bagi sokongan. Contohnya, saya pernah bergaduh ngan seorang kawan. Memang saya rasa diri ni paling teruklah. Pastu saya tersedar dan cuba membuat perubahan lebih baik. Dengan meminta maaf dan ubah sikap jadi kawan yang baik. Tapi hampanya bila kebaikan kita diperlekeh dan dipermainkan. Malah disambut dengan kedinginan yang melampau. Sakitnya di hati ini, Tuhan je yang tahu. Menangis berapa kali dah. Kalau ditadah dengan baldi mau berbaldi-baldi air mata jawabnya. huhu.

Tapi tula, memang dugaan besar nak jadi baik ni. Even dalam modelling ni pun, bila kita tunjuk baik skit, dipijaknya kita. Semua nak free shoot je susah juga. Tapi sebab nak tolong kawan punya pasal, shoot jela. Sekali dua bolehlah. Lepas tu faham-faham sendirilah.

Saya sendiri pun takkan selama-lamanya nak jadi model. Lepas kahwin saya akan stop terus-menerus. Family itu lebih penting. Syurga di bawah tapak kaki suami bukan tapak kaki photog/MUA mahupun kaki kawan baik sekalipun. Kan?

Saya memang jenis kalau orang cakap kasar ngan saya memang saya akan berkasar balik. Anda sindir-sindir saya memang kenalah panahan laser saya balik. Bukan menunjuk riak atau bangga diri tapi itulah diri saya. Dulu masa kecil saya selalu jadi mangsa buli kawan-kawan sekolah. Yela, fizikal kecil. Muka comel-lote gitu. Ahakss.. Saya tak pandai melawan bila dibuli. Duk diam je. Dorang kotorkan baju sekolah saya pun saya tak melawan. Tak pandai langsung! Maklumlah saya asal keluarga susah. Ibu saya selalu pesan, biarlah kita susah-susah dulu, senang-senang kemudian. 

One time tu tiba-tiba saya tercabar dengan satu perkara. One of my schoolmate mengejek saya, 'eleh Aimi ni lembik, takleh join kita' Sejak tu saya rasa tercabar sangat-sangat! Saya study hard sampai dapat Anugerah Cemerlang di sekolah. Saya belajar menari sampai mewakili sekolah ke peringkat daerah dalam Dramatari. Saya jadi Ketua Komanden Kadet Bomba mewakili sekolah saya ke peringkat daerah dan macam-macam lagi yang selama ni saya tak pernah mimpi nak rasa pun.

Bila di U, saya terus cari peluang. Walaupun hidup saya masa tu terumbang-ambing dek gangguan-gangguan luaran dan dalaman. Alhamdulillah dapat juga habiskan pengajian. Dapat pergi oversea wakili Malaysia ke festival2 kebudayaan. Sungguh besar nikmat Allah berikan untuk saya.

Tu sebablah, saya sekarang lebih 'keras kepala' sebab dulu saya selalu dipandang enteng oleh orang keliling. Now, sape yang buat camtu, memang saya cepat melenting. Sebab setiap apa yang capai sekarang bukan mudah nak gapai. Mungkin ada tangan-tangan yang membantu. Hanya doa jela dapat saya balas. 

Kini, saya dah kerja dan involve dalam bidang modelling. Banyak faedah saya dapat dari kedua-duanya. Cuma entahlah, saya perlukan masa nak fikir balik samada nak teruskan ke tak bidang modelling ni. Banyak beri saya pengalaman. Dari seorang yang kurang keyakinan diri, now dah boleh berdiri sama tinggi dengan kawan-kawan model yang top-top tu. Membantu juga dalam kerjaya tetap saya sebab saya lebih termotivasi.

Cuma sedih kadang-kadang orang salah ertikan apa yang kita buat. Menganggap kita ni hanya bahan jenaka untuk digelak tawakan. Mungkin dorang tak pernah rasa susah. Tau-tau dapat je apa dorang nak. Sebab tu dorang takde rasa bersalah walaupun menyakiti orang lain. Macam pembuli-pembuli di sekolah saya dulu. Kebanyakan dorang anak-anak orang berada masa tu. Hope parent-parent sekarang tolonglah didik anak-anak anda jadi orang yang tahu menghormati orang lain. Tak guna berharta banyak tapi pewarisnya tak seperti yang diharapkan. Silap-silap harta segunung pun boleh habis dalam sesaat.

Pape pun saya akan fikirkan secara mendalam lagi. Yela, benda kita minat. Takde salah pun as long as you can manage your time and other things. Cuma perlukan motivasi tambahan. Nantilah saya fikir. Kepala dah pusing tanda migrain bakal menyerang. [Dem!]

Selamat berhujung minggu dan berhari Raya. Nite!



Cik Misya : APTB...

Friday, August 24, 2012

CUKUP-CUKUPLAH menyakiti hatiku..:'(


 Inikah caramu membalas cintaku

Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu

Teganya kau menari diatas tangisanku

Kau permainkan ku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah

Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah

Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

T’lah berulangkali ku coba mengalah

Ternyata sabarku tak berarti untukmu
Teganya kau menari diatas tangisanku

Kau permainkan ku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah

Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah

Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

Teganya kau menari diatas tangisanku

Kau permainkan ku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah

Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

Sudah cukup cukup sudah

Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja




Cik Misya : Sakit limpa, hempedu, pankreas dll.

Rekabentuk tangga yang unik dan pelik!

Selamat petang dan salam sejahtera. [formal ler plak] Petang ni saya nak share beberapa keping gambar rekabentuk tangga yang pelik tetapi benar! huhu. Tangga? Dengar macam biasa je tapi actually dalam dunia penuh cabaran ni, ada bermacam design tangga yang direka oleh pencinta architecture yang unik dan pelik. Sampai yang buat kita seram nak pijak anak tangga pun ada. Gayat beb! huhu.. Jom zoooom!















Amacam, ada bran?;) Kot-kot anda tercari-cari design tangga yang menarik, unik dan pelik-pelik untuk rumah anda, bolehlah try salah satu rekabentuk di atas. Jangan lupa jemput saya datang rumah anda ok!;)


Sumber : Jelajah Unik



Cik Misya : Belum berumah tangga.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...