Assalamualaikum.. Okla seperti dijanjikan dalam entri sebelum ini [SINI], saya kongsikan sedikit detik-detik berbahagia saya menjadi tunangan orang pada 14 Julai 2012 yang lalu. Maaf tak dapat siarkan semua gambar atas sebab keselamatan [pesanan incik tunang]. Sayang juga dia kat saya.. haha..;p
Antara fakta terpenting yang berlaku untuk menjayakan majlis ini adalah:--->
- Majlis ni berlangsung 2 hari selepas saya berkursus induksi selama 2 minggu di Lumut, Perak. My family sangat risau sebab takut saya penat dan kulit jadi gelap kalau ada aktiviti fizikal yang berat sampai bekalkan sun-block untuk saya! haha..
- Seminggu sebelum berkursus, saya sempat add-on baju tunang saya dengan aksesori tambahan; bunga dan bengkung pada baju & rantaian bunga ros keliling tudung saya.
- Bunga tangan yang saya gunakan semasa majlis disiapkan 5 minit sebelum upacara menyarung cincin ok! Gara-gara kak Erin terlewat menghantar bunga ros segar kepada Mak Andak saya. Nasib baik Mokde saya menggunakan daya kreativiti yang ada, jadilah bunga tangan saya yang comel.
- Sesi photoshoot outdoor mengambil masa sejam saja sebab saya dapat pose dan berlakon (untuk video montage) dengan baik. huhu..
- Hantaran saya 7 dulang berbalas 5 dulang. Salah satu hantaran tu adalah telekung.. Sampai sekarang sayang nak pakai. huhu..
- Tapak kasut yang saya pakai masa sesi shoot outdoor tertanggal tiba-tiba kedua-dua belah. Huhu kasut lama memang ke tong sampah ler jawabnyer.. Nasib baik sempat shoot pakai kasut tu. hehe.
- Tapak kasut yang saya pakai masa sesi shoot outdoor tertanggal tiba-tiba kedua-dua belah. Huhu kasut lama memang ke tong sampah ler jawabnyer.. Nasib baik sempat shoot pakai kasut tu. hehe.
- Saya mendapat harga termurah untuk servis photography & videography (Shahril Abidin Azizi), katering, MUA dan pelamin mini. Alhamdulillah dipermudahkan semuanya.. Tak perlu berbelanja mahal-mahal kalau kita pandai memilih yang terbaik mengikut kemampuan kita. Yang penting kita puas hati!=)
Dress yang ditempah khas dari butik Embun, Bangi. Baju je tempah. RM70.00 je tau. Murah kan? Kain beli di Jakel, Shah Alam. Aksesori pada kain dan bengkung pada pinggang saya jahit sendiri tau!=)
Make-up time by Adnin Adnan. Alhamdulillah puas hati dengan hasil tangan beliau. Tahan sampai malam kot make-up dia!
Mengantuk dalam debaran.. Muahaha...
Mini pelamin by Erin Nanie || Semarak Kasih Wedding Planner. Sangat puas hati dengan hasil kreatif beliau sebab ikut tema yang saya idamkan. [Abaikan kain kat tengah-tengah pelamin tu]
My MUA Adnin Adnan, me, my cousin Ieqynn & my lil'sis Angah.
Saat menyarung cincin oleh bakal ibu mentua.. Sangat nervous hoccay!!
Tuu diaa.. All my uncles & aunties yang sudi datang menyerikan majlis ringkas ni. Tanpa dorang tak lengkap rasa sebab mereka antara saudara paling dekat dengan saya..
With Ieqynn.. One of my cousin, bakal top model nih! hehe..
Pose berangan...;)
My rings or my eyes...?;)
Alhamdulillah melangkah setapak lagi dalam kehidupan..
Inilah incik tunang kesayangan!;p Jangan tanya kenapa saya pilih beliau!;)
Babap karang!!;)
Amek nih!!
Outdoor session.. Only me because incik tunang dah balik.. huhu..
My parent, siblings & cousins.. Love them so much! Muah3x...!
With Angah.. Kitorang ni selalu gaduh tapi untuk majlis ni dialah paling sibuk menguruskan macam-macam.. Thanks my lil'sis!
Superb photog! Superb make-up! Superb mini pelamin! Semuanya superb! But pape pun bersyukur kehadrat Ilahi semuanya berjalan dengan lancar. Special thanks buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Yang beri sumbangan pun ada. Yang beri hadiah pun ada! Yang datang dari jauh like my cousin Kak Nisha from Sitiawan, Perak walaupun terlewat, one of my best friend sanggup turun dari Pahang datang kejap majlis saya. Thank you so much!=)
Maaf juga buat yang berkecil hati [ada yang sentap sampai tak bertegur sapa, dosa tau!] ;) sebab saya tak jemput ke majlis ni. Bukan saja-saja taknak jemput tapi memang atas permintaan si dia dan keluarga saya sendiri maka kami terpaksa limitkan tetamu kepada yang terdekat sahaja. Harap difahami.. Doakan yang terbaik untuk saya sehingga ke ikatan pernikahan. Itu lebih afdal, right? Bak kata Ustaz Azhar Idrus, pertunangan tak perlu diheboh-hebohkan sangat. Yang penting majlis kahwin nanti. Jadi, bersabarlah ya. Tunggu jemputan rasmi daripada saya k. Chill!;)
Nota : Gambar door-gift dengan hantaran je tak masuk lagi. InsyaAllah next entry. Mahu tito.. Salam...
Cik Misya : Ramai tanya apa petua berseri-seri masa bertunang..? Saya pun tak tahu..:p
Tahniah.. Jaga diri bebaik di alam pertunangan ne k..
ReplyDelete@Cik Dee InsyaAllah.. Tq atas ucapan.:)
ReplyDeletecantiknya...serius..!
ReplyDeleteTerjumpa link post ni kat post pasal blogwalking tu. Hahah. Dress akak cantik la. Menampakkan ke-slim-an body akak. Gambar outdoor pun cantik. Nice shots! And congrats. :D
ReplyDeletejom join GA sini!
ReplyDeletehttp://alyasyaqiera.blogspot.com/2012/12/giveaway-1-color-block-your-outfits.html
cantiknya cik misya time tunang.. sweet sangat2.. ^_^
ReplyDeleteselamat bertunang dear...dear..meh tengok ni :)
ReplyDeletehttp://tomatobey.blogspot.com/2013/03/segmen-saya-tamat.html
baju tu ak tempah kt bangi eh... ade detail tailor tu... tuanayu88@gmail.com... plss... thanks!
ReplyDelete@-✿Ayu✿- yes dear.. kat embun tailor seksyen 3 tambahan..:)
ReplyDelete