Wednesday, August 29, 2012

Unfollow blog tak aktif melebihi 3 tahun!

Salam.. Em tengah dok belek-belek bloglist yang pernah saya follow, berlambak juga blog yang tak aktif. Maksudnya owner tersebut dah tak aktif lagi menulis. Mungkin hilang minat, penat dan sibuk bekerja ataupun lupa password blog! haha..;)

Nanti saya nak sorting satu-persatu mana blog yang tak aktif lagi. Ada tu dah kat 5 tahun tak aktif! Tapi still ada pagenya. Napelah tak di deactivate kan? Mana tahu kot-kot ada hacker-hacker tak bertauliah cuba menceroboh blog anda dan dijadikan harta intelek mereka secara haram. Sekarang ni apa-apa pun boleh terjadi. 

Mana yang tak aktif melebihi 3 tahun, memang saya akan unfollow sebab nak fokus kat kawan-kawan blogger yang aktif sahaja. Kadang-kadang taktau mana satu blog nak tengok dalam bloglist tu. Nak blogwalking last-last terblogwalking ke blog sendiri! haha. Nama blog pun lebih kurang dengan rakan-rakan blog yang lain. Baik kita simpan mana yang betul-betul nak jadi blogger.:)

Walaupun saya takdelah aktif dalam berblogger ibarat atlit Olimpik aktif bersukan, at least seminggu sekali saya akan update pape yang saya nak update. Tak pun usha-usha la blogger-blogger lain yang aktif. Mostly yang aktif ni memang ada je idea dorang nak menulis. Tak kering gusi eh silap tak kering idea la orang kata! Tapi kadang-kadang bila terlalu aktif jadi masalah juga. Entri yang sebaris dua ayat tu pun nak diupdate. Baik masuk dalam status facebook/twitter. Barulah sesuai.. Mungkin itu salah satu cara nak naikkan traffic. Takpela, yang penting sume orang happy.. Teruskan berkarya ok!



Cik Misya : Blog bukan diari.

4 comments:

  1. saya tak pernah pulak check blog yang saya follow tu aktif ke tak..huhu

    ReplyDelete
  2. a'ah, tp sejak blog kena virus, nureen terpaksa remove bloglist yg lama & wat bloglist yg baru, so skrg blogger yg mana terjah nureen boleh la nureen keyin balik hehehe

    ReplyDelete
  3. wat pe follow tpi dh bertahun xupdate kan? kita follow sebab nk tahu perkembangan blog tu kan

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...