Thursday, August 16, 2012

Semangat Raya kembali!!

Salam semua.. Wah lagi 3 hari kita akan menyambut lebaran! Cepatnya masa berlalu.. Ada yang sedang bersesak-sesak di jalanraya nak pulang ke kampung halaman. Yang tengah sibuk bershopping lagi pun ada! huhu meriah-meriah.. Beberapa hari lepas tak terasa sangat nak beraya. Hilang mood secara tiba-tiba.. Rasa macam 'perlu ke nak beraya?' huhu sampai camtu sekali rasa. But now i'm back! With new spirit! 

Saya dah tahu nape tahun ni saya tak terasa macam nak raya. First, sebab semua persediaan dah dibuat lebih awal! Langsir, sarung kusyen, cat rumah, kuih raya, baju raya dan macam-macam lagi saya dah settle awal-awal. Cuma baru terperasan saya belum beli tudung yang sesuai dengan baju raya saya! Huwaaa...  Actually semua kelengkapan kat rumah tu dah dibuat masa majlis pertunangan saya seminggu sebelum Ramadhan hari tu. Tak perlu tukar-tukar dah langsir semua tu. Tinggal kemas-kemas rumah skit je. Tahun sebelum2 ni, malam raya baru kelam-kabut nak buat semua tu sebab kesibukan kerja. :)

Second sebab raya tahun ni dah ada kesedaran sedikit dalam berbelanja! Huahaha.. Incik tunang dah pesan, 'awak kena kumpul duit!' hihi.. Baik cayang! Maklumlah nak guna untuk belanja majlis kahwin nanti. Kenalah control nak beli itu ini. Baju raya pun sebenarnya bukan baju raya. Tapi baju yang ditempah untuk pergi kerja, tak pernah pakai lagi so jadilah baju raya! Haa jimat! hehe.. Tapi hari tu incik tunang nak belanja saya sepasang baju raya, saya taknak. Suruh dia simpan duit untuk kahwin nanti. hehe..

Thirdly maybe sebab faktor usia. Maklumlah dah makin dewasa ni, sambutan raya takdelah semeriah masa muda-muda dulu. Cewah! [Tua dah rasa] :p Banyak benda perlu difikirkan. Kena tahu beza keperluan dengan keinginan. Dahulukan keperluan melebihi keinginan. Tapi ada orang melebihkan keinginan daripada keperluan. Sudahnya, poket kering hujung bulan! Saya lebihkan kegembiraan untuk family.. Duit raya, kuih raya, makanan dan perbelanjaan semasa beraya. Bila lihat dorang happy, saya pun akan happy. Hari tu temankan incik tunang shopping baju raya dia, punyalah dia suka. Orang lelaki memang senang nak pilih barang time shopping [yeke?]. Nasib baik saya jenis pandai mix and match apa yang dijual kat mall tu. So, dia happy, saya pun happy! Itulah nikmat Syawal..:)

2 jenis biskut raya yang saya sempat buat..

Biskut Arab/Suji.. Guna tudung periuk; tradisional hoccay!

Cornflakes Madu.. Ratah sekejap licin dah.. huhu

So, wat korang yang tengah on the way balik kampung tu, hati-hati di jalanraya k. Ingat speed-trap, sayangi $$$$ anda! hehe..


Cik Misya : Dugaan betul bila macam-macam company hantar hamper/hadiah raya. Sedekahkan kat staf-staf pejabat. Sorry, i tak makan rasuah ok!

1 comment:

  1. singgah baca2 blog awak http://mawardiyunus.says.com/recommendations/coca-cola-semangat-ramadan

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...