Salam semua.. Selamat Hari Raya!! Alhamdulillah kita dapat sambut aidilfitri dengan penuh kesyukuran. :) So macam mana raya anda? Dapat duit raya tak? Hihi. Yang mana still bersekolah/study dapatlah kot kan? Yang dah berkoje, korang lah plak kena hulurkan duit raya kat budak-budak. Ye dop? Hehe..
But i'm still lucky sebab masih diberikan duit raya walaupun telah bekerja n dah nak kawin dah pun. Hehehe. Alhamdulillah rezeki. Dan sentiasa doakan orang yang memberi tu dilimpahkan rezeki sentiasa. Amin..
Maybe sebab fizikal saya yang comel lote ni orang ingat saya masih belajar. Huhu. Dah mention kita dah berkerja pun still mereka bermurah hati nak bagi duit raya. Ada tu tak percaya pun saya dah kerja. Rata-rata kalau orang teka umur mesti dalam lingkungan 20-23 an gitu. Wah awet muda mak nok! Ahaks..;-) Kadang-kadang segan juga nak terima sebab kita dah berkoje. Orang dah bagi takkan taknak terima. Rezeki jangan ditolak! Wakaka..
So adik-adik kat luar tu da dapat duit raya, simpanlah dalam tabung untuk kegunaan masa depan. Jangan beli benda tak berfaedah. Untuk adik-adik sepupu n anak-anak buah yang disayangi, untunglah dorang dapat sampul duit raya edisi terhad wajah saya ni. Huhu. Punya seronok dorang sampai ngan mak-mak dorang sekali nak sekeping. Hihi.
Ok selamat hari raya!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.