Friday, October 19, 2018

Catwalk Jemputan Pencarian Model Deena Secret

Salam. Last year saya pernah update entry teaser tentang catwalk show saya during event pencarian model produk Deena Secret. Klik SINI. So this year nak update hasil persembahan catwalk during that event. Haha punya la lama nak update ya? Sorry lah dah jadi mommy orang ni memang update entry tu agak slow motion sikit. But tak kisahlah kan janji blog masih aktif. Ngehehe. Oklah tu kan? 






Credit to the photog yang snap gambar-gambar ni. Walaupun sekadar model jemputan, tetap perlu berjalan dengan penuh gaya dan confident. Saya suka dapat join catwalk sebab boleh memperbaiki confidence level dalam diri. 

Last but not least semua peserta kena pose atas pentas sambil pengacara majlis bertanyakan soalan tentang pengalaman sepanjang bertanding dalam pencarian model ni.

Luckily saya tak kena soal. Wakaka.. Yela sebab datang pun atas kapasiti jemputan, jadi tak prepare sangat lah if ditanya macam-macam soalan. :p


Pape pun sis cuba kekal maintain posing ayu ala-ala wanita Melayu terakhir ya sebelum turun dari stage. hehe..


Oh ya, the best part salah sorang juri dalam pertandingan ni adalah pelakon Norish Karman. Lawa sangat beliau ni. Bersih je kulit beliau walaupun pakaian dia sempoi je on that day.

Norish Karman ni agak tegas orangnya. I mean kalau uols join competition like this, and bila beliau jadi juri, prepare la sebaik yang mungkin. Yela, beliau bukan calang-calang orang dalam bidang ni. Mula-mula beliau komen kat peserta memang agak pedas sebab maybe peserta kelihatan seperti tidak bersedia which tak nampak macam nak jadi duta produk. But next session beliau slow down ckit bila peserta mula tunjukkan potensi diri yang sebenar. For me komen-komen beliau sangat bagus sebab nak jadi duta produk ni mestilah kena ada kualiti bukan sekadar cantik di luar but also dalaman. 

Barisan juri with founder Deena Secret

Inilah kak Deena founder Deena Secret. Founder pun memang cantik sesuailah keluarkan produk kecantikan. Moga kak Deena terus sukses ya! If perlukan model untuk pape, bolehlah roger saya lagi. Ngehehe...



Misya : Recharge confidence level.

Thursday, October 18, 2018

Rindu nasi lemak telur leleh di Perbadanan Putrajaya

Salam. Erm sedihnya bila kedai yang jual nasi lemak telur mata leleh yang sedap giler kat Perbadanan Putrajaya tu dah tutup..:( Since Ramadhan hari tu dah tutup. Then ternampak notis katanya akan dibuka semula. Excited dah tunggu, but hampanya bila dibuka semula, owner dah lain. Nasi lemak pun dah lain. No more telur mata separuh masak panas-panas from kuali. huhu..

Inilah breakfast saya almost every morning at office. Telur tu digoreng dengan butter, perghh memang tangkap leleh! Nasi lemak nya just nice la untuk sekali makan. Walhal sebelum ni saya tak suka langsung telur separuh masak. Tapi sekali pekena dengan nasi lemak ni terus fall in love.


Nasi lemaknya agak murah dan sedap. Ada macam-macam jenis nasi lemak. Biasa (telur rebus), sambal kerang, ikan masin dan sambal sotong. Harga sama untuk semua jenis RM2.00. Yang best kalau nak add-on telur mata, request je terus dapat yang panas-panas dari kuali. RM1.00 je if tambah telur.


Hmm.. Tinggal kenangan. Husband pun suka if saya belikan nasi lemak ni. Sambal tak manis, nasi lemak cukup rasa, telur mata cair, memang marvelous! Sometimes lepak ngan officemate. But now dah takde. Owner kedai dah bertukar. Ada nasi lemak tapi tak sama dengan yang ini. Rindu pun ada. Huarghhh tak pernah rindu dengan makanan sampai gini sekali. huhu


Misya : Terpaksa masak sendiri if teringin nak makan.

Wednesday, October 17, 2018

Ritz Inn, Lumut || Apa pendapat saya?

Salam. Saya ni selalu juga follow suami outstation especially ke Manjung (Lumut), Perak. Sebab dah kebetulan tugas husband banyak berurusan di sini. Sesekali follow syok juga dapat cuti-cuti Malaysia sekali. Hehe.. 

Kali ni nak share review tentang hotel Ritz Inn, Lumut. Betul-betul di tengah bandar Lumut tepi laut. Cuma kalau nak ke pantai kena jalan kaki sikitlah but lokasi hotel ni memang strategik. Keliling ada restoran, tempat shopping dan bazar malam. 

Ok disebabkan namanya pun "Inn" so biliknya pun comel saja. Takdelah luas but still nice untuk stay for short period. Bajet hotel berkonsepkan ala-ala asrama gitu. 

Cuma agak peliklah ada cermin yang boleh nampak ke dalam toilet tu. Hehe.. Maybe tujuannya nak bagi nampak luas kot? Haha.. Sape-sape honeymoon tu sesuailah kot macam Fazura dan Fattah Amin - masuk bilik air pun rindu! hihihi..;)


Walaupun kecil but still boleh memuatkan meja kerja dan kabinet untuk peti sejuk dan peti besi simpanan.

Mini bar pun ada. 



Toilet dan bilik mandi bersih dan selesa. Suka tiles kat dindingnya sebab nampak moden.

Don't worry kalau tertinggal towel sebab disediakan.

Toiletries yang disediakan.

Disebabkan space yang kecil, takde almari wardrobe disediakan. Cuma ada tempat sangkut pakaian begini disediakan. Oklah bukan nak berkampung lama-lama pun di sini.


Paling tak sangka ada hair dryer! Dobby service pun ada tau.

Ini adalah rate bilik-bilik di sini. Sangat berpatutan siap dengan breakfast sekali.
Breakfast di sini. Sekali pandang ingatkan Secret Recipe sebab tulisannya lebih kurang sama.

Breakfast buffet. Pilihan seadanya tapi masih mengenyangkan sesuai dengan rate.

Kali ni saya datang menu utama breakfast adalah nasi lemak.


Husband memang suka stay sini if ada urusan kerja. Selesa katanya plus ada breakfast. Great location and affordable rate.

So sesiapa ke Lumut, Perak bolehlah try menginap di sini. Cuma kalau datang dengan family besar agak kurang sesuailah nak stay sini. Orite hope entry ni dapat membantu uols.. 


Misya : Impian nak deko rumah macam hotel.




Resipi Sos Harrah Nasi Arab 1 step sahaja!

Salam. Siapa kat sini suka makan Nasi Arab? Kali ni bukan nak story pasal Nasi Arab tapi sesuatu yang buat rasa Nasi Arab lagi ummpphh! Usually Nasi Arab akan dihidangkan sekali dengan kuah/sos tomato special handmade yang dinamakan sos Harrah. 

Terliur tak? Hehe.. Bukan story pasal nasi mahupun ayam masak merah tu tapi kuah tomato special yang dimakan sekali dengan Nasi Arab macam gambar bawah ni. 


I'm not sure uols pun buat sendiri kuah ni tapi sebenarnya resipinya sangatlah mudah. Tak perlu masak pape pun! Plus boleh juga dimakan dengan Nasi Mhendi/Nasi Bukhari dll.



Bahan-bahan

Buah tomato 5-6 biji
Daun ketumbar/ daun bawang
Bawang Kecil - 3 biji
Lada hitam
Sedikit garam


Cara-cara membuatnya

Masukkan semua bahan dalam blender then kisar sampailah semua bahan hancur dan sebati. Makesure sebelum tu basuh dulu tomato, daun ketumbar dan bawang. Ada sesetengah orang tambah sedikit cili padi dan timun. Tapi saya prefer style gini.


Siap! Senang giler kan? 1 step je dah siap! Hehe. Yang penting ada bahan-bahannya la. Jangan lupa wajib kena ada blender. Wakakaka..

Boleh makan untuk 8-10 orang sekaligus untuk amaun ini. If nak simpan dalam peti sejuk boleh tahan dalam 1 minggu. Better tiap kali buat terus habiskan sebab bahan-bahan digunakan fresh dan tak dimasak. So far husband saya suka gila makan Nasi Arab dengan sos Harrah ni. Bolehlah uols pula try. :)



Misya : Amalkan makan tomato untuk dapat kulit cantik.


Segmen Saya Nak Buku Free by Cuya

Klik untuk join

Segmen Bloglist akhir Tahun November hingga Disember 2018 ciklapunyabelog

Klik untuk join

Tuesday, October 16, 2018

Patah tangan, doakan ibu saya sembuh..

Salam. Nak elak anak daripada jatuh (SINI), ibu tercinta saya pula yang jatuh! Adoyai.. 2 minggu lepas, my mom singgah masjid di Sungai Ramal, Kajang untuk solat sebelum nak datang ke rumah saya nak tengok cucu kesayangan, tak memasal lepas berwudhu, my mom boleh terjatuh. Maybe sebab lantai licin (hari hujan) dan juga kecuaian diri sendiri juga. Nasib baiklah my mom tak pape cuma patah sendi tulang pergelangan tangan kanan. Sebab beliau jatuh terduduk sambil menahan dengan that hand.

Dikejarkan ke klinik Annur Bangi, then doctor refer ke Hospital Putrajaya untuk simen tangan. Lama juga nak menunggu tapi yela sebab kes ibu saya tak kritikal sangat. Cuma kesian kat beliau dah kat tengah malam baru doktor panggil. Maybe patient kritikal lebih ramai.



Hasil x-ray.. Nasib baiklah tak patah tulang utama. Syukur..

Doakan ibu saya cepat sembuh ya kengkawan blogger. And hope my ibu be strong. Kena lebih berhati-hati bila berjalan. Jangan leka lagi. Anggap ini ujian dari Allah untuk menguji keimanan kita dan memperbaiki kelemahan diri. InsyaAllah..

Smile... Sempatlah wefie kami anak beranak. Sakit-sakit pun kena ceriakan diri rite? Baru cepat sembuh, Tak gitu..? hehe..

My bonda with my ayahanda. Syurga saya dunia akhirat.. Moga kalian diberi kesihatan yang baik sentiasa. Amin.

Hope pihak masjid atau mana-mana tempat sekalipun, pasanglah tiles yang selamat untuk kegunaan warga emas dan OKU. Selalu jumpa masjid pasang tiles jenis licin then bila basah dek hujan atau kesan orang ambil wudhu lagilah bertambah licin. Laluan yang disediakan tu kalau boleh letak pemegang kat dinding supaya orang boleh berpaut macam di hospital tu. Luckily my mom jatuh terduduk. If ada orang jatuh kepala dulu ke apa ke, Nauzubillahiminzalik. Moga kejadian sebegini tak berulang lagi.


Misya : Tak suka toilet basah dek air.

Demi keselamatan, babyE kena pakai wing!

Salam semua. Seronokkan bila anak membesar depan mata? Walaupun bekerja but still masa untuk anak takkan dilupakan. Diam tak diam babyE dah masuk 9 bulan. Semakin bijak plus semakin lasak! huhu.. Sudah pandai memanjat sana sini dengan aktifnya. So demi keselamatan, mommy terpaksa pakaikan 'wing' comel kat belakang babyE sebagai head protector. Nasib baiklah dah beli awal-awal wing comel ni kat Shopee masa dalam pantang hari tu.

Her latest hobby, panjat rocking chair. Taknak duduk sangat dah dalam rocking chair tu.

So risau disebabkan babyE belum pandai duduk atau berdiri lagi, bila dia panjat kadang badan tak balance, tahu-tahu dah terlentang. Berdentum jugalah kepala dia. Seriau mommy! Tu yang sampai bentang karpet 2 lapis!

Panjat punya panjat sambil tengok TV la, pegang mainan la, boleh terleka then tangan terlepas dari berpaut kat rocking chair tu. Dengan wing comel tu at least kuranglah efek gegaran kat kepala dia in case dia terjatuh.

So buat ibu-ibu macam saya, sesuailah beli wing comel ni. But bukan bermakna boleh biarkan terus anak bermain sorang-sorang. Still kena monitor anak. At least if dia nak terjatuh, better kita yang sambut.  

Dah penat gitulah. Bagus juga wing ni at least leh jadi support pillow untuk dia bila baring.

Ahha nilah babyE bila dah kepenatan bermain, mana-mana jela dia landing and tido! Macam-macam perangai lah nak oii... hahaha...


Misya : Bidadari kecilku.


Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...