Wednesday, October 17, 2018

Resipi Sos Harrah Nasi Arab 1 step sahaja!

Salam. Siapa kat sini suka makan Nasi Arab? Kali ni bukan nak story pasal Nasi Arab tapi sesuatu yang buat rasa Nasi Arab lagi ummpphh! Usually Nasi Arab akan dihidangkan sekali dengan kuah/sos tomato special handmade yang dinamakan sos Harrah. 

Terliur tak? Hehe.. Bukan story pasal nasi mahupun ayam masak merah tu tapi kuah tomato special yang dimakan sekali dengan Nasi Arab macam gambar bawah ni. 


I'm not sure uols pun buat sendiri kuah ni tapi sebenarnya resipinya sangatlah mudah. Tak perlu masak pape pun! Plus boleh juga dimakan dengan Nasi Mhendi/Nasi Bukhari dll.



Bahan-bahan

Buah tomato 5-6 biji
Daun ketumbar/ daun bawang
Bawang Kecil - 3 biji
Lada hitam
Sedikit garam


Cara-cara membuatnya

Masukkan semua bahan dalam blender then kisar sampailah semua bahan hancur dan sebati. Makesure sebelum tu basuh dulu tomato, daun ketumbar dan bawang. Ada sesetengah orang tambah sedikit cili padi dan timun. Tapi saya prefer style gini.


Siap! Senang giler kan? 1 step je dah siap! Hehe. Yang penting ada bahan-bahannya la. Jangan lupa wajib kena ada blender. Wakakaka..

Boleh makan untuk 8-10 orang sekaligus untuk amaun ini. If nak simpan dalam peti sejuk boleh tahan dalam 1 minggu. Better tiap kali buat terus habiskan sebab bahan-bahan digunakan fresh dan tak dimasak. So far husband saya suka gila makan Nasi Arab dengan sos Harrah ni. Bolehlah uols pula try. :)



Misya : Amalkan makan tomato untuk dapat kulit cantik.


1 comment:

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...