Thursday, June 30, 2011

KELIRU... Yang mana satu pilihan hati?

Erk! Tetiba je aku keliru-keliru pula ni nape?;)) Jeng-jeng-jeng.. Memang aku tengah keliru sekarang ni. Ada 3 pilihan yang membuatkan aku buntu seketika. Cewah! Semuanya aku rasa amat penting buat diri aku. Kalau tiada ketiga-tiganya, buat aku tak lena tidur you..!;) Cer teka apa dia? huhu... Calon husband ya..?? Oppss! haha.. Itu jela dalam fikiran korang kan? Sorry la ya, i'm single but not available.. Only for my love, Mr. J.. ^_^

Actually dah berbulan-bulan aku telah memikirkannya. Ada 3 benda yang aku ingin miliki sangat-sangat. Tapi aku perlu fikir masak-masak sebab taknak benda tu menyusahkan aku je nanti. Tambahan kos nya tu buat aku fikir lagi banyak kali. hehe..

Ada 3 benda yang membuatkan aku teruja untuk memiliknya. Apakah ia?? Jom kita survey!!=)

Benda pertama! 

NIKON D3100 DSLR CAMERA KIT WITH NIKON 18-55MM DX VR LENS


Ini salah satu benda yang aku idam-idamkan. Aku ni takdelah pandai sangat guna benda alah ni. Tapi sejak aku join modelling, aku berpeluang belajar camne nak tangkap gambar guna DSLR ni. Pernah juga aku pinjam officemate aku punya, tapi yela, orang punya kan.. Rasa tak puas nak snap gambar. huhu.. Lagipun aku memang selalu join event. Jadi aku rasa sangat memerlukannya. Bila outing ke mana-mana lehlah aku posing-posing guna kamera ni. huhu... Patut ke aku beli? Erm..... Aku ada survey kat satu website. Kebetulan aku kenal ownernya iaitu Abang Madi. Untuk harga RM2K termasuk gadjet-gadjet berikut:
  • Nikon D3100 14.2 Megapixels Digital SLR Camera
  • 18-55mm f/3.5-5.6G VR AF-S DX Nikkor Lens
  • EN-EL14 Battery
  • MH-24 Battery Charger
  • DK-5 Eyepiece Cap
  • DK-20 Rubber Eyecap
  • AN-DC3 Camera Strap
  • BS-1 Accessory Shoe Cover
  • BF-1B Body Cap
  • ViewNX 2 CD-ROM
  • FREE Nikon DSLR Bag
  • FREE 4GB SD card
  • FREE UV filter

Benda kedua!

Apple iPad


Benda ni dah lama aku usha-usha orang pakai. Pernah try guna member punya, perghh memang syoklah! Skrin besar, dan macam-macam aplikasi yang boleh digunapakai. Hanya guna jari je! hehe.. Especially time serve tenet. Memang kalau ada benda alah ni, hari-hari aku leh update blog kesayangan aku ni. Plus, buat kerja-kerja emergency tanpa memerlukan laptop yang berat tu. huhu. Yeke?:p Nak beli ke tak? Harga yang pernah aku survey dalam RM 2k lebih. Tapi kalau saiz kecil lagi murahlah.. Antara yang aku tahu pasal ipad ni seperti berikut: 

  • - runs iPhone OS 3.2 (not the full Mac OS X) and can run almost all iPhone apps
  • - 9.7 inch screen, comparable to a Kindle DX, but in colour and with multi-touch of course
  • - 1GHz “Apple A4″ system-on-a-chip
  • - newly rewritten core apps (Mail, Contacts, Photos, Notes, iPod, Calendar, Maps)
  • - new iBooks ebook reader app
  • - built-in App Store, iTunes Store and a new iBookStore
  • - 10 hours battery life, 1.5lbs light, 0.5 inches thin
  • - no ports except for standard iPhone/iPod Dock connector
  • - Bluetooth and WiFi (802.11n)


Benda ketiga!

Acer Aspire mini-Netbook

Bila terkenangkan notebook aku yang semakin uzur tu, memang aku rasa nak tukar je yang baru. But seriously i need smaller notebook such as netbook sebab aku ni banyak travel. Kadang-kadang nak kena buat kerja-kerja adhoc, kena ada gadjet yang ringan, kecil dan  mudah dikendalikan macam netbook ni. Dahlah warna pink! memang favourite aku. huhu.. Harga dia around RM1300. Tengok jenis lah. Em perlu sesangat ke benda ni? huhu..


Aarrgghh pening nak fikir! Kena buat istikarah kot? hehe.. Em takpelah, nanti aku fikir-fikirkan lagi camne. huhu.. Sesak otakku ini!:p


Cik Misya : Teringat cousin aku pernah cakap kat ibu aku "Misya ni ramai sangat orang minat sampai dia tak tahu nak pilih yang mana.." Tergelak aku mendengarnya. Malu pun ada. Takpela, yang penting buat pilihan terbaik.. Amin..=)


Sunday, June 26, 2011

1st time menari dengan ASCOPUTRA..

Salam semua.. Ya Allah busynya beberapa hari ni. Dah lama tak online rasanya. (2 hari je kot..) hehe... Oklah actually dah lama nak wat entri pasal benda ni tapi tak menyempat-nyempat lah plak.. Busy sesangat. Kalau korang nak tahu, aku ni suka sangat menari. Sejak aku dari umur 6 tahun lagi aku dah diberi pendedahan dalam bidang tarian. Walau pun sekarang aku bekerja dalam bidang sains dan teknologi, tapi minat aku yang 1 ni tak pernah dilupakan. Mula-mula tu memang rasa nak bersara terus lepas dah ada kerjaya tetap. (Cewah ayat artis):p. huhu.. Tapi bila ada peluang and masa nak join, maka aku mulakan kembali minat aku tu bersama-sama Kumpulan Anak Seni Komuniti Putrajaya (ASCOPUTRA). Dah hampir 2 bulan aku join group ni. Kira masa mula-mula datang tu, agak pancit jugalah nak menari. Faktor usia agaknya. hahaha..:p

So, dengan group ni baru sekali aku join buat show tarian. Masa tu sempena Hari Himpunan Sejuta Belia 2011 kat Putrajaya. Kitorang diundang buat persembahan kat Laman Seni, Putrajaya. Setelah hampir 2 tahun aku tak buat persembahan on-stage bersama-sama group tarian, memang nervousla juga. Tapi Alhamdulillah, walaupun ada tingtong-tingtong skit, kami tetap dapat buat persembahan sehabis baik. Mungkin kerana kurang latihan sebab masa yang terhad. Lagipun kumpulan ni memang ditubuhkan khas untuk warga Putrajaya yang minat nak join tarian. Thanks bebanyak to Zulhilmi officemate aku yang memperkenalkan group ni kat aku dan kak Faridah. Seronok dapat kenal kawan-kawan baru yang sporting and happening. Antaranya Abang Wan, Cikgu Awie, Hilmi, Jais, Kak Puteri, Kak Awok, Kak Ima, kak Uya,  Kak Wani, Adik Sue and ramai lagi. Dapatlah lepas gian nak menari. huhu..


Gambar kenangan before show..

Bersalam-salaman before show.. Semoga dapat buat show dengan baik..:)


Sempat bergambar ngan Si Pian, my junior kat UKM. Sanggup join walaupun dok jauh demi minat. Syabas Pian! Hujan lebat pun ko sanggup datang training naik motor. Susah nak cari dancer sejati camni. 


Dah lama tak mekap untuk show nari.. Tak tebal sangat.. huhu..


Caya lah Abang Wan! Paling tinggi kot dia lompat. hehe.. 


Tarian Rakyat Wau Bulan.. Sangat enjoy nari lagu ni.. Try cari mana aku.?;))

Jom Layan Wau Bulan! =)




Actually ada beberapa jenis tarian lain yang kitorang perform. Tarian Wau Bulan ni tarian terakhir (penutup).Video tarian yang lain sila lawat laman you tube ya.. huhu... So, kalau ada dancer-dancer kat luar sana especially warga Putrajaya yang minat nak join tarian macam kitorang, leh la join Ascoputra ni. Mostly yang join semuanya staff government. Sebab kelab ni di bawah Perbadanan Putrajaya. Jangan pendam bakat tu. Yang tak pandai nari pun sangat dialukan sebab anda akan diajar sampai berani buat show. Bila lagi nak tambah keyakinan kan? 

To ASCOPUTRA, wish our team will be successful even macam-macam dugaan yang terpaksa dihadapi. InsyaAllah selagi aku terdaya, aku sentiasa support team ni. Thanks to Abang Wan yang dah macam Abang kitorang sebab sangat care pada adik-adik dancernya. Cuma ramai yang tak appreciate beliau. Ni otai ni tau!

Ok selamat bekerja esok! Salam..:)


Credited to Fan D Neo (Photographer) & AmPutera (Video)


Cik Misya : Menari sebenarnya satu senaman. Inilah cara aku kekalkan stamina aku. Walaupun letih bekerja seharian bekerja, dengan menari dapat fit kan balik tubuh badan and lepaskan tekanan selepas bekerja.:)

Friday, June 24, 2011

Kelebihan-Kelebihan Hari Jumaat

Jumaat datang lagi..!=) Best betul kan hari Jumaat? Mesti ramai tak sabar-sabar nak habiskan kerja and pulang ke rumah untuk bercuti hujung minggu. lebih-lebih lagi gaji dah masyuk.. huhu.. Tapi sebenarnya ada yang lebih penting daripada itu tentang hari Jumaat. Penghulu segala hari ini banyak kelebihannya kalau kita manfaatkan ia dengan sebaik-baiknya. Berkongsi daripada Dr. Ezairy M. Sallih, terdapat 6 Kelebihan Hari Jumaat.. So, aku share apakah kelebihan-kelebihan tersebut bersama anda semua..


1Berlakunya hari kiamat.
Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
 3. Penghulu segala hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.

 5. Kebaikan dengan memotong kuku.
 Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

 6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu.
Banyak ulama' yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.


Cik Misya : Ramai orang lelaki sekarang Solat Jumaat je gi. Solat Fardhu yang 5 waktu tu diabaikan. Kadang-kadang Solat Sunat AidilFitri/Aidiladha je pergi. How come? Renungkanlah.. 

Thursday, June 23, 2011

Tips mudah untuk jadi baik. Selamat mencuba...

Salam semua.. Tengah buat apa tu? Baru bangun tidur?? Hello, wake-up! Dah lambat gi kerja! hehe.. Pagi ni sebelum start wat kerja, nak warm-up sikit jari-jemari ku ini. Alhamdulillah pagi ni masih dikurniakan kesihatan yang baik untuk melakukan tugas-tugas yang diamanahkan.=)

Mutiara kata pagi ini yang aku petik daripada Koleksi Mutiara Kata Al-Qarni membuatkan aku tertarik sebentar..

"Sebaik-baik hari adalah yang membuatmu semakin pemaaf, yang memberikanmu ilmu pengetahuan baru, yang mencegahmu berbuat dosa, yang membuatmu semakin bijaksana dan mengepamkan semangat serta tekad yang kuat dalam dada.."


Aku suka dengan kata-kata hikmah ni sebab setiap hari kita memulakan hidup kita mengikut kitarannya. Kalau kita boleh mengaplikasikan kata-kata ini dalam diri, InsyaAllah pasti tenang hidup kita.. Pintu rezeki terbuka luas untuk kita. Sebabnya kalau kita tak boleh jadi pemaaf, hati kita seolah-olah terkunci sebab kita taknak melepaskan sesuatu yang sebenarnya bukan milik kita. Setiap benda dan makhluk di muka bumi ini adalah milik Allah s.w.t seluruhnya. Even sehirup nafas itu juga milik Allah yang maha berkuasa. 

Kalau kita tidak hargai setiap saat hidup kita dengan melakukan perkar-perkara bertentangan dengan ayat-ayat di atas, pasti hati sukar menjadi tenang. Maka tertutuplah semua peluang-peluang yang baik untuk diri kita. Setiap perbuatan dan kelakuan juga akan terbentuk melalui hati yang telah terkunci akibat tidak memaafkan orang, berbuat dosa dan seterusnya menjadi lebih dungu yakni bodoh kerana ilmu pemgetahuan yang semakin cetek di pemikiran. Ahli cendekiawan yang tersohor juga akan hilang kebijaksanaannya kalau tidak disertakan dengan hati yang bersih. 


Aku kat sini bukan nak berfalsafah semata-mata. Cuma apa yang aku nak katakan, kalau kita tak ikhlas dalam melakukan sesuatu, hidup kita takkan tenang. Cara yang paling mudah, belajar mengikut kata-kata hikmah tu. Semakin kita jadi pemaaf, hati semakin lembut dan menjadi lebih kuat serta boleh menerima ilmu-ilmu yang baru setiap hari. InsyaAllah dipermudahkan segala urusan kita di dunia ini dari segi kerjaya, rumah tangga dan ibadah kita kepada Allah s.w.t.. 

Macam pengalaman aku sendiri jugalah. Macam-macam dugaan aku terima. Kira air mata ni dah kering dah akibat terlalu banyak menangis. Walaupun hati ni marah dan sakit hati dengan perbuatan hamba-hamba Allah yang tidak berperikemanusiaan tersebut, aku tetap bangkit meneruskan kehidupan. Walaupun pedih dengan kata-kata mereka, tapi Alhamdulillah aku diberi kesabaran yang tinggi. Mungkin mewarisi sifat sabar ayahandaku yang sentiasa cool kot. huhu.. Bangun pagi, just let go apa yang telah berlaku. Mungkin hati masih pedih tapi apabila kita belajar memaafkan dan melupakan apa yang berlaku, InsyaAllah memang tenang sangat-sangat. Rajin-rajin mengaji Quran dan enjoy dengan kehidupan kita. Walau sesibuk mana pun kita belajar atau bekerja, kita takkan rasa benda tu membebankan. Walau sesempit atau sesesak mana pun keadaan kita, kita takkan terlalu rasa susah hati. Pasti Allah berikan kita ganjaran yang sangat besar nanti. Mudah kan? Pape pun, kawal diri sendiri sebelum kita nak mengawal orang lain sebab diri sendiri itu pun di bawah kawalan Allah s.w.t..=)



Cik Misya : Nak jadi baik tak susah pun sebenarnya kan? ;)

Wednesday, June 22, 2011

Jom layan lagu yang tak mengantuk!!

Salam semua? Busy ke? huhu aku pun busy juga. Tapi disebabkan bebola mataku ini dah mula menunjukkan tanda-tanda nak terlelap, aku layan blog sambil mendengar alunan playlist mediaplayer aku ni. Dari semasa ke semasa aku akan update lagu-lagu yang aku rasa best nak dengar dan tak membuatkan aku mengantuk. :p huhu.. Tapi lagu techno dance tetap pilihan utama. Sambil-sambil buat kerja, jangan pelik kalau ternampak kepala duk goyang-goyang! hehe.. Layan punya pasal. nasib aku tak menari je. huhu..;))

Okla, ni lagu-lagu yang jadi kegemaran halwa telinga aku sekarang. Kalau korang pun suka, gi download kat internet! hahaha..;p Jom kita hilangkan rasa bosan or mengantuk! huhu..

Rossa - Ku Menunggu
~ Lagu ni memang sangat sweet! huhu.. Terbayang wajah Rossa yang sangat comel tu..=)

Adira - Ilusi
~ I like her video clip! Suka tengok konsep video klip tu. Adira sangat anggun & lincah menari sebagai stewardess. I loike!;)

Anuar Zain - Sedetik Lebih (ost. Hikayat Merong Mahawangsa)
~ Lagu ni agak mengantuk. Kalau 10 kali aku repeat playlist, lagu ni dekat 8 kali aku skip! hehehe..

Awie Rafael - Pulanglah
~ Lirik lagu sangat sweet! Pulanglah sebelum aku runaway.. Aku menunggumu dari Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday.. Sangat best!:)

Fiq ft Mirwana - Manifestasi Cinta
~ Sekali-sekala layan rock tetapi ada mesej tersembunyi dalam lirik lagu ni.. Suka3x!:)

Insya Allah (Malay Version)
~ Sungguh tenang bila dengar lagu Maher Zain ni.. Teringat penyanyi nasyid Imad. Suara nak dekat serupa.. huhu..

J. Lo Ft Pitbull - On The Floor
~ Pergh.. Ini lagu memang buat kepala aku terhangguk-hangguk! kehkeh.. Orang putih memang terror lah remix lagu-lagu techno ni. Kalau Malaysia, irama techno jadi irama dangdut! Ooopss.. hehe..

Jinbara ft Ahli Fikir - Jangan tunggu lama-lama
~ Ini lagu memang sesuai untuk Mr. J aku. hehehe... Actually parent aku masa bercinta dulu, ni lah lagu tema dorang..;))

Kisah Hati - Alyah
~ Ni lagu favourite Mr. J. Mula-mula aku tak suka. Tapi lama-lama dengar, eh sedap pulak. Suara Alyah memang mantop! Video klip dia pun gempaq. 

KRU - Ganas
~ Ini memang lagu ganas! huhu.. 

Lady Gaga - Bad Romance
~ Lagu ni wajib ada. Memang layan beat dia. belum tengok video klip dia lagi. huhu..

Mizz Nina - What are you waiting for
~ I like her style. Mula-mula aku ingatkan minah salleh mana yang nyanyi, rupanya orang Malaysia. 

Monoloque ft Atilia - Kekanda Adinda
~ Alolololo.. Comel gila lagu nih! hehe.. Walaupun suara si Monoloque tu lembik semacam jek.:p

Nabil - Halimunan
~ Lagu ni nak kata sedap, takdela sedap pun. Selalu gak aku skip.. hehe..

OST Nur Kasih The Movie - Yassin & Tizz Zaqyah
~ Aku tak sempat lagi nak tengok movie ni. Lagu ni best. Drama dia pun best. Movie, wallahualam.. Tapi suara Tiz Zaqyah agak sengaulah.. huhu..Okla, tak sumbang.. Cubaan yang baik.:)

Perang Dah Tamat - Malique featuring Rabbani
~ Malique, memang kreatif! Dari group Too Phat lagi aku follow lagu-lagu dia. Memang lain dari yang lain.

Pitbull - Room Service
~ Erm lagu ni okla.. Tapi aku tetap suka lagu Pittbull yang "You know i want you, i know you want me"

Projek Pistol - Wanita seluruh dunia
~ Special untuk semua wanita. Layan jela.. huhu.

SNSD ft 2PM - Cabi Song
~ Lagu korea gabungan 2 group K-Pop Korea. Oklah...

Sohaimi Mior Hassan ft Ana Raffali - Kalau berpacaran
~ Lagu nasihat yang sangat bagus..=)

Super Junior - Bonamana 
~ Ini pun buat aku goyang-goyang kepala gak. huhu.. Always support you Suer Junior!=)

The fabulous cat-Cinta Kosmik
~Unique song.. Layan jugalah..

Timbaland ft Katy Perry - If we ever met again
~ Takdela suka sangat tapi dah ada tu dengar jela.. huhu..

Travis McCoy ft  Bruno Mars - Billionaire
~ Kalau aku jadi jutawan satu hari nanti? huhu berangan.. Hidup sederhana sudah..:)

VIP - Lagu Sedih 
~ Superb! Group K-Pop Malaysia. Mula-mula dengar aku suka gila lagu ni..! Dengar banyak-banyak kali pun takpe.. ngeee....@_@ Teringin nak tengok persembahan dorang. Ada ala-ala Super junior tak? huhu..

Ni sedutan video klip VIP-Lagu Sedih.. Gempaq juga! 

<


Monday, June 20, 2011

Jom SENYUM beramai-ramai.. Dapat pahala & banyak benefit.=)

Bosanlah asyik buat entri pasal stalker je kan.. huhu.. Nak publisiti je dorang ni.;)) Jom kita ceria-ceriakan pagi ni dengan SENYUM!=)



14 kebaikan sebuah senyuman..^_^


1.     Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.
2.     Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.
3.     Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4.     Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5.     Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.
6.     “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.
7.     Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8.     Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).
9.     Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
10.   Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.
11.   Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
12.   Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.
13.   Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.
14.   Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).


Cik Misya : Kalau aku senyum nampak gigi, semua orang lari! Sebab nampak besi! kehkehkeh....;))))

Credited to Portal Kesihatan & Perubatan

Komen pedas dari si stalker tersayang.. PANAS!!;)))

Salam semua... Selamat pagi!=) Pagi-pagi lagi aku dah dapat comment begini.. Sila baca... huhu...

"jika engkau tidak ambil kisah tentang apa aku katakan hari itu, engkau takkan buang gambar t**** engkau itu, ganti dengan gambar yang lain, gambar yang menunjukkan hidung kembang engkau yang spesis macam hidung encik japi engkau itu. hahahaha..:D cik faradila: dia ini memang dah lupa diri..jangan dengan kawan kawan dia. tengoklah cara dia cakap, memang seorang yang tak sedar diri, berlagak, hidung tinggi walaupun hidungnya kembang macam paip rumah aku..hukhukhuk...orang 41 boleh cakap macam itu...sadis sadis sadis... orang lain yang berpangkat PAR seperti bapak orang itu boleh hidup, membesarkan dia dan adik adik dia, dia yang 41 boleh cakap macam itu..memang sadis...jangan kata kerajaan yang tak betul, atau taraf hidup yang tinggi, kerna sekarang masih ada orang yang berpangkat PAR seperti BAPAK orang itu, masih lagi hidup dan bahagia dengan keluarga masing masing.:D apa silapnya yer...??:D tak berkat kah duit gajinya itu? atau salah satu petunjuk ada sesuatu yang telah dia lakukan? munafik kah dia? atau dia dah lupa akan janji janji yang telah dia taburkan? atau sesuatu yang ada tak kena dengan dia? hahahahaha..renung renung kan dan selamat beramal.:) p/s: ohya jangan lupa minta pesanan dari orang yang selalu nyonyok t**** engkau itu. hahahahaha.. and jangan risau, aku dah copy paste kata2 aku ini pada blog kawan engkau itu, jangan fikir aku ini bodoh..hahahakkkkk"

So, what you thinking? huhu.. Aku senyum je bila baca komen si stalker ni.. Actually i know why he/she still behave like this.. Maybe disebabkan bahana entri special aku buat untuk dia kot.. huhu.. Cer baca 2 entri ni...;))


Betapa emosionalnya si stalker ni. huhu.. Relaks ye sayang.. Tak baik marah-marah, nanti cepat tua..=) Actually before he/she nak betulkan orang lain, betulkanlah diri sendiri dulu. Gara-gara sahabat aku Faradila bagi komen kat entri aku and aku pun reply. So, pepagi ni keluarlah amarah yang sekian lama si stalker pendam.. huhu.. 

Kelakar pun ada.. Dah keluar ayat lucah-lucah, tetibe... "Selamat beramal..." Hakhakhak.. Tak boleh blah langsung! Memang gelak besar aku kat sini.. :D :D :D Adus.. Sakit perut.. Dah lah puasa hari ni. Takpelah dugaan buat orang-orang yang mengerjakan ibadah kepadaNya.. I think, i don't need to explain what he/she mentions in that comment. For those who really know me, then they will know i'm not such as what he/she said. ^_^

Oklah nak sambung kerja.. Takut lah dengan orang-orang psiko-psiko ni. Camne lah dia hadapi kehidupan dia sehari-hari ek? Kalau dia dah ada anak isteri, takde rasa malu ke? huhu... Entah-entah, kanak-kanak ribena je kot dia ni.. kihkihkih... Adus gelak lagi..!;p Ok Assalamualaikum...



Cik Misya : Cara dia cakap pun aku dah tahu dia ni orang kerajaan juga.. Penyokong kuat Umngok ni... hihihi..;))) 

Saturday, June 18, 2011

Milik siapakah blog ini? Part 2...

Haha.. Pagi ni tergelak besar aku..!:D Kalau korang pernah baca entri aku tentang blog sesat yang gunakan nama aku and pakwe aku, mesti tahu apa ceritanya.. Kalau tak tahu leh refer entri bertajuk Milik siapakah blog ini? Tadi aku trylah buka balik link blog tu, then rupa-rupanya si Stalker yang create blog "hazafilovesyira" tu telah tukar nama blog tersebut! hihihi.. Tapi yela, tukar punya tukar pun, link nya tetap sama. huhu..:p Memang dia sangat-sangat meminati kami. Yela, entri pasal blog tu baru je aku update khamis lalu, tahu-tahu hari ni sudah bertukar title blog dia. Memang cepat tul dia tahu apa yang aku update.;)) huhu..

Ni title asal blog tersebut.. "hazafilovesyira"



Now telah bertukar title.. "Go With The Flow".. hehe.. Aku rasa dia follow nasihat aku sebelum tu kot sebab nama dia letak kurang sesuai untuk title blog dia..;)) Bagus3x..! Mendengar kata juga stalker ni rupanya.. Mesti anak mak or anak bapak ni.. hihi..;))

Takpelah, dia punya blog, dia punya pasallah kan.. Macam juga aku. Apa aku nak tulis or nak wat tunggang- terbalik punya blog, itu hak aku kan. Pape pun kalau si stalker ni serius nak wat blog, sangat-sangat dialukan. Welcome to the blogger's world!=) Tapi berdasarkan rujukan aku melalui blogger-blogger yang dah establish, stalker begini memang sentiasa ada sampai bila-bila pun. Kerja dorang ni sebenarnya... TAKDE KERJA PUN! huhu.. That's why dorang jadi begini. Tapi tula, daripada dorang duk menganggur takdak kerja baiklah cari kerja. Dalam Jobstreet ke, Job Malaysia ke.. Banyak peluang-peluang pekerjaan kat situ..Siap aku bagi link lagi tu haa. huhu.. Cer lah try apply. Mesti korang dah tak bosan dah bila dah ada kerja tetap. =)



Cik Misya : Dah macam dalam cerita Justirisers plak si stalker ni.. "Bertukar!!" kehkeh....

Pakwe aku ada kedai kasut??

Morning guys.. Apa khabar? Hopefully pagi sabtu yang indah ni you all semua sentiasa happy, sihat and ceria..=) 

Hari tu masa aku jejalan kat area Petaling Street ngan Cik Abang aku, tak semena-mena kitorang terpandang 1 kedai kasut ni. Apa lagi, kitorang gelak besar la! haha.. Sejak bila lah Mr. J ada kedai kasut?? huhu kebetulan... Kedai kasut tu namanya "Japi"! hehe... Memang nama samaran Mr. J adalah Japi. :) 

Kalau tak percaya tengok gambar bawah ni...



Kalau dari pintu masuk Petaling Street dari arah Kotaraya tu, jalan ke depan sikit, boleh nampak kat belah kiri. Kalau betul Mr. J ada kedai kasut, tiap minggu aku datang! Leh dapat kasut free! kehkeh...



Cik Misya : Kalau aku sebut nama aku Misya, mesti orang akan sambung, Misha Omar ke..? huhu..  Nak tukar nama leh tak?:p

Thursday, June 16, 2011

Milik siapakah blog ini..?

Selamat pagi semua..=) Apa khabar? Sihat? Alhamdulillah.. Masih dipanjangkan usia hingga hari ini..:) Okla aku sebenarnya musykil tentang sesuatu. Ada orang gunakan nama aku and Cik Abg aku create 1 blog kat wordpress; "hazafilovesyira". Erm ni mesti kerja si stalker yang entah apa-apa tu. Dah macam cacing kepanasan ler tu sampai create blog untuk psiko2 aku. huhu.. Aku story kat Mr. J, dia gelak-gelak je. Dia kata perangai stalker tu macam budak-budak je. Takde side effect pape pun. huhu.. Tapi aku nak share la tentang blog tu.. Takde pape entri pun dia tulis.. Takde idea kot.. Idea komen yang entah apa-apa, ada plak. huhu.. 

Nak cover diri sendiri, si stalker ni letaklah nama pakwe aku sekali.. hahahaha.. 

Nilah benda paling lawak pernah aku tengok!;D Kalau tak percaya leh tekan SINI. Maybe lepas ni dia tutup blog ni. huhu.. Takpela, maybe dia ni peminat aku ngan pakwe aku kot. Sejak aku letak entri Sweet Trendy Photoshoot, keluar plak blog ni. Thanks la wat kan fan page untuk kitorang. hihi..;))

Pada stalker-stalker yang just nak membuang masa aku untuk baca komen-komen you all yang tidak bermanfaat tu, minta maaflah ya.. Komen anda tidak akan dilayan sebab tidak membina minda dan jiwa langsung. Baiklah korang buat sesuatu yang lebih berfaedah k. Buatlah macam mana korang nak, tapi Allah swt maha melihat kamu semua. Kalau tak suka blog i, or apa-apa about me, tak perlu bazirkan masa korang nak tengok blog ni. Takde sesiapa yang suruh pun kan.. Melainkan ada bisikan halus menyuruh korang buat macam tu. Banyak-banyaklah beristigfar, InsyaAllah mesti korang akan fikir banyak kali sebelum buat sesuatu tak baik tak kira dalam apa jua keadaan.. Ok? :)



Cik Misya : Dorang ni sangat childish and pelik-pelik perangainya.. Tak gentleman langsung. Be a real man okey not a coward man.:p Nak autograph, cakap jela.. hihihi..;)))

Monday, June 13, 2011

From Malaysia to Vietnam...

Hello guys! Yesterday i was joined one photo shoot session or actually it was contest.. Organized by Kak Wan Fieza at Taman Bukit Jalil.. This is a part of the full entry that i will publish later. huhu.. The theme of this event is 1-World Costume Makeover & Photoshoot.. Thus, every team must choose 1 country..

As usual, me as talent/model, my MUA by the cutest girl, Nurul Subhaina and my sweet lady photographer Lina.. And our theme is Vietnam!=)

So, one of the best shot by Lina is below..

From the backside of umbrella..=)

Actually we choose the Vietnamese traditional costume for this contest because.. it was last minute decide! haha...;p Luckily i was bought one Ao Dai (costume) from Vietnam when visited that country several years ago.. But unfortunately we don't have enough part of that costume which is headgear called Khan Dong. Hence, we just mix and match whatever we have. :p But the yield was not so bad! hehehe.. I will upload another pictures once updated by my photographer.. So proud with my team because we are really enjoyed our event yesterday! huhu.. 


Cik Misya : Walaupun kami sampai agak lewat, tapi sangat puas hati dengan hasil make-up Nurul.. Really loves the way she blend the eyeshadow colours..^_^

Saturday, June 11, 2011

Syarat-syarat nak jadi pengendali makanan, sila pergi kursus ya!

Selamat pagi semua! Ceria-ceriakan hari anda di hari sabtu ni ya..;) huhu.. Ceria ke? haha.. Bolehlah labu..:p Pagi-pagi dah kena masuk office. Seperti mana diarahkan oleh Incik Bos.. Nak wat koje skit katanya. Maklumlah minggu depan ada event besar. Nak kena follow up semua jemputan. Mesti lenguh mulut nak dok call and cakap benda yang sama kat 500 orang jemputan! haa.. Ramai kan? Tapi takpela, demi tugas kenalah dilaksanakan. Ni event yang agak besar selepas 2 tahun seksyen aku ni tak anjurkan apa-apa event. Bersiap-sedialah nanti nak hadapi pelbagai kerenah manusia on that day. huhu..

Sebut-sebut event, korang tahu ke event apa? Em insyaAllah 15 Jun ni kepada sesiapa yang terlibat dengan Program Latihan Pengendali Makanan anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia, akan diadakan 1 seminar kepada semua Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) dan juga tenaga pengajar. huhu Best tak? haha tibe jek.. Mesti ramai ternganga tak tahu pekebendenya ni.. haha..

Oklah kepada sesiapa yang tak tahu tu, sila baca Food Hygiene Regulations 2009 atau dalam BM nya Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 kat LINK INI. So, kepada sesiapa yang menjual/mengendalikan/membungkus makanan atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan penjualan makanan, korang diwajibkan mengikuti Kursus Latihan Pengendali Makanan. Haa ni mesti ramai tak tahu kan? Nak tahu lebih details kena lah baca buku Law tu. Apa syarat-syarat nak jadi seorang pengendali makanan semua ada dalam Law tu. Kalau korang tak patuhi, silap-silap kena kompaun RM10 000.00 atau penjara 2 tahun ok! Jangan main-main..;)

And korang kena tahu korang tu pengendali makanan ke tak sebab even makcik-pakcik yang jual goreng pisang tepi jalan tu pun kena pergi kursus ni ok. Apetah lagi yang jual makanan kat kedai-kedai atau restoran. Event yang jual secara online tu pun makesure korang dah ada sijil latihan pengendali makanan. Ni undang-undang baru tetapi masih dalam proses educational enforcement. InsyaAllah akan dikuatkuasakan betul-betul tak lama lagi. 

So, untuk semua pengendali makanan please alert this ok! Sebab sekarang ni ramai yang tak tahu dorang kena pergi kursus, ambil suntikan typhoid dan buat medical check-up. Saya just sharing apa yang sepatutnya saya share. huhu.. Selebihnya tindakan korang..

So, nak kena gi mana untuk dapatkan kursus? Boleh refer senarai syarikat yang dah diiktiraf sebagai SLPM di SINI.

Untuk maklumat lanjut leh hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833558.. 

Ok nak sambung buat kerja..! huhu papai..=)




Cik Misya : Kursus yang selama 3 jam dan berharga RM50.00 ni pun orang payah nak pergi. Susah sangat kerr...???

Friday, June 10, 2011

Sokongan diperlukan untuk Pencarian Gadis Warisan!!

Salam semua..? Tengah watpe tu? Takde wat apa?? Haa... daripada korang duk bosan-bosan kat situ apa kata korang semua tolong beri support kat aku. Boleh?? huhu.. Support untuk apa?;)) Ni bukan untuk jadi pasukan sorakan ye.. Tak perlu menggedik-gedik ala-ala cheer leaders tu. huhu.

Actually cara nak bagi support kat aku mudah je.. Selepas berehat daripada dunia voting contest, now i'm back with the new contest! hehe.. Seperti biasa contest like-like @ facebook..=) As i mention in the title above, this contest named.. Pencarian Gadis Warisan by Warisan ChanteQ..

Cer cite skit contest apa ni..? Tengok kat bawah ni ye.. huhu..

Pencarian Gadis Warisan adalah bertujuan untuk mencari bakat baru yang berpotensi untuk di ketengahkan bagi memeriahkan lagi Industri Seni dan Peragaan tanah air.
----------------------------------------
-------------------------------------------------
Terdapat 2 PERINGKAT dalam pertandingan ini.
Pertama adalah PERINGKAT SARINGAN
Kedua adalah PERINGKAT AKHIR

Pertama ( PERINGKAT SARINGAN ) terdiri daripada :

Kumpulan A - gambar akan di upload pd 10 Jun & tarikh untuk membuat undian selama 30hari iaitu dari
10 Jun 2011 hingga 11 Julai 2011

**Kumpulan A Penyertaan hendaklah dihantar SEBELUM 9 JUN 2011 kerana Gambar akan di Post kan & proses LIKE bermula pada 10 JUN 2011 !!!

Kumpulan B - gambar akan di upload pada 11 Julai & tempoh undian selama 30 hari bermula dari
11 Julai hingga 10 Ogos 2011.

**Kumpulan B Penyertaan hendaklah dihantar SEBELUM 10 JULAI 2011 kerana Gambar akan di Post kan & proses LIKE bermula pada 11 JULAI 2011 !!!

Kedua ( PERINGKAT AKHIR )
10 Gambar akan dipilih daripada kumpulan A &
10 Gambar dari kumpulan B

*Pemilihan berdasarkan daripada undian 'LIKE' &
*Pemilihan juga akan dinilai berdasarkan juri pilihan.

Undian bagi peringkat akhir akan bermula pada 11 Ogos hingga 25 Ogos 2011
----------------------------------------
-------------------------------------------------
Syarat penyertaan
- Perempuan SAHAJA !!!
- Berumur dalam lingkungan 18 hingga 35 tahun.
- TEMA bebas tetapi TIDAK terlalu seksi

Hadiah yang bakal dimenangi oleh 3 Peserta dengan Jumlah LIKE Tertinggi:
----------------------------------------
-------------------------------------------------
PERTAMA - Menjadi COVER GIRL bagi majalah Warisan ChanteQ (Edisi versi REAL PUBLISHING yang akan dicetak & dikeluarkan...)
& Wang Tunai sebanyak RM 500

KEDUA - Wang Tunai sebanyak RM 300

KETIGA - Wang Tunai sebanyak RM 100

3 x SAGUHATI


*Pemilihan pemenang berdasarkan daripada undian 'LIKE" yang TERTINGGI.

** Bagi yang telah berjaya mendapat 1000x LIKE untuk penyertaan anda, pihak penganjur akan memberikan RM 50 bonus untuk korang.


-----------------------------------------------------------------------------------------

So korang faham, apa contest ni? huhu.. Jangan terpengaruh dengan gambar kartun atas tu. Walaupun aku join tapi takdelah aku pakai seksi camtu. Uish takmo-takmo..!! SO, untuk contest ini aku dalam Kumpulan A. Jadi gambar aku dah pun keluar untuk proses undian.

Jom tengok cara nak undi aku dalam contest ni..!!

First sekali korang kenalah buka akaun facebook korang. 

Dah sign in??

Ok kalau dah, pergi ke page Warisan ChanteQ kat link INI


Nampak gambar profile page macam kat atas ni? Eh, nanti! Jangan like gambar ni plak ye. Ni bukan gambar aku. huhu.. Bila dah keluar page ni, tekan button LIKE kat atas page tu.

Lepas tu korang tekan link INI pula.. And keluarlah gambar aku camni..
Seksi tak? haha perasan!:p Thanks la kat Redmedia Studio yang wat photoshoot ni. Actually aku hantar beberapa keping gambar and pihak penganjur pilih gambar ni. huhu.. Thanks to Ina who inviting me to join this contest.=)

Ok dah keluar gambarnya?? Haa.. Lepas tu tunggu apa lagi..?? Tekan lah LIKE kat bawah gambar tu! hehe.. 

Done? Thank you so much atas keprihatinan korang memberi sokongan untuk aku dalam contest ni. Kalau ada rezeki, insyaAllah menanglah. Cuma kena berusaha lebih keras sebab saingan hebat-hebat belaka. huhu..

Kalau sudi tolonglah promote kat kawan-kawan korang ek. Tempoh undian dibuka dari 10 Jun 2011 hingga 11 Julai 2011 tau!! Jangan lupa k..=)


Kepada yang dah mengundi, terima kasih banyak-banyak.. Really appreciate it.. ^_^ Doakan saya menang k. Amin..





Cik Misya : Rasa macam dah lama tak join contest.. Ada rezeki ke kali ni? InsyaAllah...



Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...