Wednesday, June 22, 2011

Jom layan lagu yang tak mengantuk!!

Salam semua? Busy ke? huhu aku pun busy juga. Tapi disebabkan bebola mataku ini dah mula menunjukkan tanda-tanda nak terlelap, aku layan blog sambil mendengar alunan playlist mediaplayer aku ni. Dari semasa ke semasa aku akan update lagu-lagu yang aku rasa best nak dengar dan tak membuatkan aku mengantuk. :p huhu.. Tapi lagu techno dance tetap pilihan utama. Sambil-sambil buat kerja, jangan pelik kalau ternampak kepala duk goyang-goyang! hehe.. Layan punya pasal. nasib aku tak menari je. huhu..;))

Okla, ni lagu-lagu yang jadi kegemaran halwa telinga aku sekarang. Kalau korang pun suka, gi download kat internet! hahaha..;p Jom kita hilangkan rasa bosan or mengantuk! huhu..

Rossa - Ku Menunggu
~ Lagu ni memang sangat sweet! huhu.. Terbayang wajah Rossa yang sangat comel tu..=)

Adira - Ilusi
~ I like her video clip! Suka tengok konsep video klip tu. Adira sangat anggun & lincah menari sebagai stewardess. I loike!;)

Anuar Zain - Sedetik Lebih (ost. Hikayat Merong Mahawangsa)
~ Lagu ni agak mengantuk. Kalau 10 kali aku repeat playlist, lagu ni dekat 8 kali aku skip! hehehe..

Awie Rafael - Pulanglah
~ Lirik lagu sangat sweet! Pulanglah sebelum aku runaway.. Aku menunggumu dari Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday.. Sangat best!:)

Fiq ft Mirwana - Manifestasi Cinta
~ Sekali-sekala layan rock tetapi ada mesej tersembunyi dalam lirik lagu ni.. Suka3x!:)

Insya Allah (Malay Version)
~ Sungguh tenang bila dengar lagu Maher Zain ni.. Teringat penyanyi nasyid Imad. Suara nak dekat serupa.. huhu..

J. Lo Ft Pitbull - On The Floor
~ Pergh.. Ini lagu memang buat kepala aku terhangguk-hangguk! kehkeh.. Orang putih memang terror lah remix lagu-lagu techno ni. Kalau Malaysia, irama techno jadi irama dangdut! Ooopss.. hehe..

Jinbara ft Ahli Fikir - Jangan tunggu lama-lama
~ Ini lagu memang sesuai untuk Mr. J aku. hehehe... Actually parent aku masa bercinta dulu, ni lah lagu tema dorang..;))

Kisah Hati - Alyah
~ Ni lagu favourite Mr. J. Mula-mula aku tak suka. Tapi lama-lama dengar, eh sedap pulak. Suara Alyah memang mantop! Video klip dia pun gempaq. 

KRU - Ganas
~ Ini memang lagu ganas! huhu.. 

Lady Gaga - Bad Romance
~ Lagu ni wajib ada. Memang layan beat dia. belum tengok video klip dia lagi. huhu..

Mizz Nina - What are you waiting for
~ I like her style. Mula-mula aku ingatkan minah salleh mana yang nyanyi, rupanya orang Malaysia. 

Monoloque ft Atilia - Kekanda Adinda
~ Alolololo.. Comel gila lagu nih! hehe.. Walaupun suara si Monoloque tu lembik semacam jek.:p

Nabil - Halimunan
~ Lagu ni nak kata sedap, takdela sedap pun. Selalu gak aku skip.. hehe..

OST Nur Kasih The Movie - Yassin & Tizz Zaqyah
~ Aku tak sempat lagi nak tengok movie ni. Lagu ni best. Drama dia pun best. Movie, wallahualam.. Tapi suara Tiz Zaqyah agak sengaulah.. huhu..Okla, tak sumbang.. Cubaan yang baik.:)

Perang Dah Tamat - Malique featuring Rabbani
~ Malique, memang kreatif! Dari group Too Phat lagi aku follow lagu-lagu dia. Memang lain dari yang lain.

Pitbull - Room Service
~ Erm lagu ni okla.. Tapi aku tetap suka lagu Pittbull yang "You know i want you, i know you want me"

Projek Pistol - Wanita seluruh dunia
~ Special untuk semua wanita. Layan jela.. huhu.

SNSD ft 2PM - Cabi Song
~ Lagu korea gabungan 2 group K-Pop Korea. Oklah...

Sohaimi Mior Hassan ft Ana Raffali - Kalau berpacaran
~ Lagu nasihat yang sangat bagus..=)

Super Junior - Bonamana 
~ Ini pun buat aku goyang-goyang kepala gak. huhu.. Always support you Suer Junior!=)

The fabulous cat-Cinta Kosmik
~Unique song.. Layan jugalah..

Timbaland ft Katy Perry - If we ever met again
~ Takdela suka sangat tapi dah ada tu dengar jela.. huhu..

Travis McCoy ft  Bruno Mars - Billionaire
~ Kalau aku jadi jutawan satu hari nanti? huhu berangan.. Hidup sederhana sudah..:)

VIP - Lagu Sedih 
~ Superb! Group K-Pop Malaysia. Mula-mula dengar aku suka gila lagu ni..! Dengar banyak-banyak kali pun takpe.. ngeee....@_@ Teringin nak tengok persembahan dorang. Ada ala-ala Super junior tak? huhu..

Ni sedutan video klip VIP-Lagu Sedih.. Gempaq juga! 

<


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...