Saturday, June 4, 2011

Mana nak cari benda alah ni..???

Adus... Peningnya kepala ku..! huhu... Gara-gara untuk event 12 Jun ni aku agak stress mencari sesuatu untuk kelengkapan pada hari tersebut. Event apa tu? Jeng-jeng-jeng.. Surprise! hehe... Dah banyak sumber aku cari tapi masih belum berjumpa. Pening memang pening.. Ada juga tanya-tanya orang lain tapi masih belum dapat membantu diri ini.:p

Actually aku nak cari aksesori untuk baju tradisional vietnam! huhu.. Korang mesti pernah tengok kan orang Vietnam punya baju camne.. Cantik je dorang pakai kan? Nama baju tu Ao Dai (Sebutan vietnam: Aou Yai) Aku ada beli sepasang baju tu masa aku berkunjung ke negara Vietnam pada tahun... entah, dah tak ingat.:p. Tapi sayangnya, baju tu hanyalah baju. Aku tak berkesempatan nak beli topi/headgear untuk pelengkap busana vietnam tu..! So, event 12 Jun ni memerlukan aku dapatkan pakaian vietnam dengan lengkap! 

Aku sangat admire topi merah tu!! huhu..


Ni pun cantik..:)


Waaarghh.... memang pening nak cari. Kalau tak lengkap, tak jadilah tema vietnam yang team aku nak..:( Em camne ni...?? Aku ada minta tolong somebody yang kebetulan nak gi Vietnam. Harap-harap dia belikanlah topi tu. Amin9999x! Jenuh nak mencarinya...! Rata-rata aku tanya kedai kostum plak, takde kostum vietnam. Yang ada, aku plak tak free nak gi tempat dorang. Time aku free, dorang plak tutup. Hmm...

Kawan-kawan semua tahu ke tempat mana yang terdekat area Putrajaya, Bangi, Kajang, Serdang or mana-mana yang ada perkhidmatan menyewa kostum? Kalau dapat sponsor lagi baguih! haha.. Over plak.. huhu.. Harap-harap berjayalah aku mendapatkan topi tu... Kalau tak, pakai jela topi keledar! hahaaha.. Ok cau! Salam....


Cik Misya: Nasib baik takde orang lain pilih tema yang sama. Kalau tak lagi pening nak tukar tema lagi. Hopefully photog and MUA pun ok ngan tema tu. Chaiyok-chaiyok!!

4 comments:

  1. cbe try crik kat ts...if im not mistaken de kdai pkaian vietnam..but not to sure..=)

    ReplyDelete
  2. ohoo...nice2...kalau tak jumpa,buat sendiri ke...tp camana rupa belakang dia,ada lubang?camana bole pakai kat kepala tue? curious rasanya...

    ReplyDelete
  3. huhu nsb bek ade kenalan nk gi Vietnam mggu ni. Kirim ja ngan dia. hopefully dptla topi tu. Nama dia Khan Dong rupanya.. huhu..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...