Salam semua.. Ya Allah busynya beberapa hari ni. Dah lama tak online rasanya. (2 hari je kot..) hehe... Oklah actually dah lama nak wat entri pasal benda ni tapi tak menyempat-nyempat lah plak.. Busy sesangat. Kalau korang nak tahu, aku ni suka sangat menari. Sejak aku dari umur 6 tahun lagi aku dah diberi pendedahan dalam bidang tarian. Walau pun sekarang aku bekerja dalam bidang sains dan teknologi, tapi minat aku yang 1 ni tak pernah dilupakan. Mula-mula tu memang rasa nak bersara terus lepas dah ada kerjaya tetap. (Cewah ayat artis):p. huhu.. Tapi bila ada peluang and masa nak join, maka aku mulakan kembali minat aku tu bersama-sama Kumpulan Anak Seni Komuniti Putrajaya (ASCOPUTRA). Dah hampir 2 bulan aku join group ni. Kira masa mula-mula datang tu, agak pancit jugalah nak menari. Faktor usia agaknya. hahaha..:p
So, dengan group ni baru sekali aku join buat show tarian. Masa tu sempena Hari Himpunan Sejuta Belia 2011 kat Putrajaya. Kitorang diundang buat persembahan kat Laman Seni, Putrajaya. Setelah hampir 2 tahun aku tak buat persembahan on-stage bersama-sama group tarian, memang nervousla juga. Tapi Alhamdulillah, walaupun ada tingtong-tingtong skit, kami tetap dapat buat persembahan sehabis baik. Mungkin kerana kurang latihan sebab masa yang terhad. Lagipun kumpulan ni memang ditubuhkan khas untuk warga Putrajaya yang minat nak join tarian. Thanks bebanyak to Zulhilmi officemate aku yang memperkenalkan group ni kat aku dan kak Faridah. Seronok dapat kenal kawan-kawan baru yang sporting and happening. Antaranya Abang Wan, Cikgu Awie, Hilmi, Jais, Kak Puteri, Kak Awok, Kak Ima, kak Uya, Kak Wani, Adik Sue and ramai lagi. Dapatlah lepas gian nak menari. huhu..
Gambar kenangan before show..
Bersalam-salaman before show.. Semoga dapat buat show dengan baik..:)
Sempat bergambar ngan Si Pian, my junior kat UKM. Sanggup join walaupun dok jauh demi minat. Syabas Pian! Hujan lebat pun ko sanggup datang training naik motor. Susah nak cari dancer sejati camni.
Dah lama tak mekap untuk show nari.. Tak tebal sangat.. huhu..
Caya lah Abang Wan! Paling tinggi kot dia lompat. hehe..
Tarian Rakyat Wau Bulan.. Sangat enjoy nari lagu ni.. Try cari mana aku.?;))
Jom Layan Wau Bulan! =)
Actually ada beberapa jenis tarian lain yang kitorang perform. Tarian Wau Bulan ni tarian terakhir (penutup).Video tarian yang lain sila lawat laman you tube ya.. huhu... So, kalau ada dancer-dancer kat luar sana especially warga Putrajaya yang minat nak join tarian macam kitorang, leh la join Ascoputra ni. Mostly yang join semuanya staff government. Sebab kelab ni di bawah Perbadanan Putrajaya. Jangan pendam bakat tu. Yang tak pandai nari pun sangat dialukan sebab anda akan diajar sampai berani buat show. Bila lagi nak tambah keyakinan kan?
To ASCOPUTRA, wish our team will be successful even macam-macam dugaan yang terpaksa dihadapi. InsyaAllah selagi aku terdaya, aku sentiasa support team ni. Thanks to Abang Wan yang dah macam Abang kitorang sebab sangat care pada adik-adik dancernya. Cuma ramai yang tak appreciate beliau. Ni otai ni tau!
Ok selamat bekerja esok! Salam..:)
Credited to Fan D Neo (Photographer) & AmPutera (Video)
Cik Misya : Menari sebenarnya satu senaman. Inilah cara aku kekalkan stamina aku. Walaupun letih bekerja seharian bekerja, dengan menari dapat fit kan balik tubuh badan and lepaskan tekanan selepas bekerja.:)
1st show, ain tahu apa itu ting tong? ingtkan kepala je ting tong, rupanya dlm tarian pun ad ting tong..huhu..itupun nsb baik ad kawan kazen yg asyik sbut tingtong, tingtong bila ad dancer tsilap. huhu...
ReplyDeletehehe... takpe, yg pnting cover ketingtongan tu dgn sgera smasa wat show. huhu..
ReplyDeletennt boleh le ajar kite
ReplyDeletehttp://harapan-terbaru.blogspot.com/2011/06/diari-seekor-biawak.html
insyaAllah bleh je.. dtgla putrajaya..=)
ReplyDelete