Friday, October 23, 2020

Resipi Macaroni Goreng Simple dan Sedap

Salam semua. Beberapa hari lepas saya share Resipi Macaroni & Cheese. Kali ni tema macaroni juga tapi versi goreng yang simple dan sedap. If teringin nak makan dan cukup bahan-bahannya, boleh cuba. Yelah sometimes bosan juga asyik-asyik bab goreng ni, tak nasi, bihun, mee, kuetiow. Why not cuba goreng macaroni pula. Jom tengok sis share resipi yang sis modified sendiri. hehe..


Bahan-Bahan

Macaroni
Bawang Benggala (Hiris)
Bawang Putih (Ketuk)
Cili Kisar/Cili Giling
Perencah Bihun Goreng Adabi
Mix Vegetables (Carrot, Kacang Peas & Jagung)
Daging/Ayam Kisar Ramlee
Garam


Kaedah Memasak

1. First of all, rebuslah macaroni dulu. hehe. Kali ni tak perlu gaul macaroni dengan olive oil untuk tak bagi melekat. Sebab bila goreng nanti dah ada minyak memang automatik macaroni tak melekat.

2. Tumis bawang putih dan bawang benggala sehingga terbit aroma. Kemudian, masukkan 2 sudu cili kisar/giling (nak pedas lagi, tambah lagi) dan sepeket perencah bihun goreng jenama Adabi. Bolehlah nak letak sedikit air jika mahu. After cili dan rencah dah pecah minyak, bolehlah masukkan daging atau ayam kisar Ramlee.


3. Gaul semua bahan dan masukkan pula mix vegetables. Gaul semua bahan sehingga rata dan mendidih. Taburkan sedikit garam secukup rasa.


4. Akhir sekali masukkan macaroni yang telah direbus tadi.


5. Gaul sehingga semua bahan rata. Agak-agak dah mendidih, maka bolehlah padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.






Tak cukup terliur silalah view video di bawah. hehe


Misya : Menu PKPB.

 

 

14 comments:

  1. lama tak menggoreng macaroni / spageti kat rumah, Misya.
    sebab Ijat x makan hu hu hu hu... nak kena masak utk dia lauk lain.
    kami yg lain sgt suka kalau macaroni goreng gini. best!
    buat time sarapan or minum ptg, seronok makan ekk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu alahai.. Anak saya suka makan ni sampai bertambah-tambah. Betul, anytime pun boleh goreng ni.

      Delete
  2. menarik ni misya...
    nieyl pun dah lama juga x masak pasta ni...

    ReplyDelete
  3. cantik je kejadiannya, rasanya mesti sedap ni misya kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang sedap! hehe bukan puji diri sendiri. Husband saya yang cakap sedap so means memang sedap. Wakaka..

      Delete
  4. ternampak malam2 hahahha jadi lapar pula

    ReplyDelete
  5. yummy!!! suka pasta jenis color dari yg creamy tu

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, terima kasih kongsi resepi, boleh tambah ilmu, buat macaroni pula lepasni

    ReplyDelete
  7. wow mmg mudah ni boleh lah mama cuba

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...