Pagi ni aku dikejutkan dengan 1 berita yang tak disangka-sangka.. Baru je ingin menguatkan semangat semula selepas pemergian sepupu ku 2 minggu yang lalu (refer entri INI), tetiba dapat berita dari keluarga di Johor Bahru..
Mungkin kelmarin atau semalam, Puteh, kucing kesayangan sepupu ku Kak Yon meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. Mungkin bagi mereka yang kurang gemar dengan kucing mesti fikir entri aku ni entah apa-apa. Tapi kalau korang nak tahu Puteh sangat istimewa dalam keluarga kami. Full story of how Kak Yon aku jumpa dia then membelanya hingga la saat akhir hayatnya diceritakan oleh Kak Yon dalam nota facebooknya.. Sangat sedih bila membacanya.. :'(
Antara bait-bait notanya~~ 21 july 2011 ~ pagi tu aku jengah PUTEH kat lua...bayangnya masih tak kelihatan....aku tak sedap hati...aku start kete, cari PUTEH kat sekeliling kawasan..masih tak de...tak lama tu aku bawa mak ayah g cari barang sambil mata aku melilau cari PUTEH...tiba 1 kawasan kat celah pokok...seimbas pandangan aku macam PUTEH..aku reverse kereta, n aku minta tolong ayah tengok n confirmkan ye ke tak PUTEH...n ternyata....memang PUTEH......
dalam keadaan yang menyayat hati, badan PUTEH dah keras, n dah dikerumuni kerengga.......aku tak percaya....PUTEH aku dah tak de....dalam sekelip mata...PUTEH pergi....tinggalkan aku....tinggalkan semua....
Takziah wat kak yon sefamily. Walaupun Puteh hanya seekor kucing but he is so special.. Seekor kucing jantan berwarna putih bersih (ada tompok-tompok kelabu skit), bermata biru (ala-ala mat saleh), berbadan gempal (berat 7 kg!!) dan sangat manja dengan tuannya.. Kematiannya mungkin Puteh termakan something yang beracun.. Cicak tanah/lipas mati akibat spray ridsect/rumput yang disembur racun.. Entahlah.. Dah ajal dia.. Pape pun Puteh tetap sentiasa diingati..
Me with Puteh.. Tak larat nak dukung, so bergambar kat tepi dia je. huhu..
Gambarnya pernah menghiasi desktop ku..
Sangat manja semasa ayahandaku menggosok kepalanya... Geram kan??;)
Puteh... Dalam kenangan... Semoga aman di sana...
Wat Kak Yon, jangan sedih-sedih k.. InsyaAllah Puteh doakan kita baik-baik dari sana. Sebab Kak Yon dah jaga dia dengan baik. Pembawa tuah orang kata.. Rezeki Kak Yon dapat beli rumah baru, and InsyaAllah naik pelamin tak lama lagi. Puteh pun lega tuannya bahagia then dia pun pergi meninggalkan kita.. Puteh will always pray for your happiness forever.. InsyaAllah..=)
Cik Misya : Kat Johor, orang panggil aku Puteh juga.. So lepas ni balik Johor takde dah Mr. Puteh aku.. Only Miss Puteh.. @_@
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.