Wah! Hari ni ramai betul orang bercakap pasal bola sepak. huhu.. Semua tanya, gi tak stadium malam ni? Tapi sorry lah aku tak dapat nak gi. Dah malam, jauh.. Mana parent aku bagi keluar. Tengok kat TV pun dah cukup..:)
Masa aku di bangku sekolah, bola sepak ni just jadi minat kaum lelaki yang dah berusia macam pakcik-pakcik aku. hehe.. But now, aku rasa bangga sebab tetibe sahaja pasukan bola sepak Malaysia jadi pasukan yang digeruni especially kawasan asia tenggara ni. Kira aku macam, wah...! Sangat teruja la orang kata. Even bos aku kat office pun siap tanya gi tengok bola tak malam ni? Dia siap beli tiket yang RM 150 tu. Punyalah semangat! huhu..
Aku harap Malaysia berjaya beroleh kemenangan malam ni. Setakat Singapore tu... huhu.. Entahlah.. Diharap doa rakyat Malaysia yang bilangannya melebihi rakyat Singapura tu, termakbullah. InsyaAllah.. Pakwe aku pun pergi gak ngan member-member officemate dia beramai-ramai. 20 orang katanya. Memang semangat!=)
Apa yang aku paling bangga adalah pasukan Malaysia 100% anak tempatan. Takde pemain import-import ni. Orang kata, kalau kalah pun kalah bermaruah. Kalau menang, memang 1 kebanggaan lah. Walau pun ni bukanlah peringkat akhir piala dunia atau sukan olimpik tapi bukan senang nak masuk peringkat seterusnya. Memang banggalah! :)
Oklah, sebagai anak Malaysia, mari kita doakan kejayaan skuad harimau Malaya kita bertarung di atas padang Bukit Jalil malam ni! Amin...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.