Salam. Ahha kalau sebut bisnes MLM (multilevel marketing) je ramai yang berfikiran negatif. MLM menipu? Ya memang ada yang menipu tapi sebelum ditipu kenapa tak wat research mendalam dulu sebelum involve? 1 yang menipu habis yang lain pun terkena tempias. huhu. Just nak share why MLM ni sangat popular dan ramai orang tertarik nak join. Sampai bisnes konvensional pun ada orang nak MLM kan sebab katanya lebih mudah dan cepat. Really? Jom kita baca apa sebenarnya MLM ni supaya bila kita nak kondem tu at least otak kita berilmu dulu daripada nak membenci atau anti tak tentu pasal. hehe..
ROBERT T. KIYOSAKI
“A network marketing system, a system I often call a personal franchise, is a very democratic way to achieve wealth! It is also new and revolutionary way to achieve wealth!"
DONALD TRUMP :
Donald Trump opinion on Network Marketing (MLM) in one of the OPRAH talk show, with Donald Trump as the guest. Oprah asked him “If you go bankrupt again what would you do?”. He replied: "I will start a MLM business". And then all the audiences started to booooooooo him!!! Then he said: “That’s why you are sitting there and I am sitting here. I believe MLM is a powerful concept, but it has been misused. Unfortunately most of the people can’t differentiate MLM from PYRAMID SCHEME”.
Rata-rata rakyat Malaysia telah selesa dengan keadaan mereka (zon selesa mereka), walaupun pada hakikatnya, kebanyakan mereka yang 'makan gaji', hanya mampu untuk menjelaskan bil-bil dan komitmen bulanan mereka. Pada masa sekarang, perniagaan berbentuk MLM semakin berkembang dan dijangkakan lebih ramai 'millionaire' akan dikeluarkan dari perniagaan MLM berbanding dengan idustri-industri yang lain. Namun, ramai yang tidak sedar perbezaan yang JELAS antara potensi MLM dengan bekerja 'makan gaji’. Antara perbezaan yang jelas adalah:
🔹MLM adalah perniagaan yang boleh di warisi kepada keluarga.
🔹Potensi Income MLM tiada had (boarderless). Peluang anda capai kebebasan kewangan!
🔹Anda bekerja untuk diri anda sendiri, you are the boss!
🔹Hanya memerlukan kos yang rendah. Perniagaan perlukan kos, tetapi tidak setinggi perniagaan konvensional.
🔹Risiko lebih rendah berbanding perniagaan konvensional kerana sekiranya berlaku kegagalan, ia tidak melibatkan kos yang besar.
🔹Anda tentukan masa bekerja anda sendiri, tidur bangun anda tentukan. Masa sendiri, nak beribadat pun senang.
🔹Anda boleh lakukan di mana-mana dan pada bila-bila sahaja. You choose!
🔹Boleh di lakukan secara online dan offline.
🔹Anda tidak perlu meninggalkan pekerjaan anda sekarang, anda boleh lakukan secara fulltime atau part time. 2 pekerjaan lebih baik dari 1 bukan?
🔹Cara kerja di dalam MLM yang simple membolehkan anda melakukan secara part time tanpa tekanan. Ingat, anda bekerja untuk diri anda sendiri! Ramai di antara kita yang tahu serta sedar yang perniagaan MLM telah mengeluarkan ramai jutawan, sepertimana yang selalu dipaparkan dalam suratkhabar, majalah dan sebagainya. Tetapi cukup ramai yang tidak mengambil peluang untuk menjadi sebahagian daripada bidang ini. Kenapa?
Di sini terdapat 3 golongan yang berkaitan dengan industri MLM ini:
1⃣ Golongan yang ingin mencuba tetapi tidak tahu bagaimana cara dan langkah untuk memulakannya. Jika anda golongan ini, teruskan membaca sehingga perenggan paling last. Semoga artikel ini dapat memberikan gambaran yang jelas sebagai panduan sebelum memasuki dunia MLM.
2⃣ Golongan yang pernah mencuba tetapi gagal dan buntu. Jika anda golongan ini, usah berputus asa. Kegagalan adalah guru yang akan mengajar anda bagaiamana menjadi lebih bagus dari sebelumnya. Bukan dengan cara melarikan diri. Perniagaan MLM ini perlu ada Ilmu. Ilmu boleh di cari, kemahiran boleh di bina, semua memiliki peluang untuk menjadi yang terbaik dengan mengikuti kaedah dan cara yang betul melalui kerjasama berpasukan, menghadiri taklimat, belajar dari yang telah berjaya dan tidak lupa juga menimba ilmu melalui bacaan tambahan.
Cuba anda tanyakan kepada jutawan-jutawan MLM, pasti mereka semua akan katakan “putus asa tidak ada di dalam kamus hidup saya!”. Dan cuba anda renung kembali saat anda belajar menunggang basikal dahulu. Pada mulanya, ada yang membantu memegang basikal dan anda mengayuh perlahan-lahan. Kemudian dilepaskan pegangan. Anda mungkin terjatuh, lutut luka dan berdarah. Tetapi keinginan menunggang basikal memaksa anda tidak putus berusaha sehingga dapat menunggang tanpa bantuan. Sekiranya berputus asa, anda memang tidak akan berpeluang menunggang basikal sampai bila-bila. So, the best thing to do is, tidak putus asa dan terus berusaha sehingga berjaya. Kejayaan untuk semua orang! Jadi, teruskan membaca.
3⃣ Golongan yang anti-MLM dan menganggap MLM ini bukan bidang mereka.
Jika anda golongan ini, mungkin anda beranggapan bekerja makan gaji lebih selamat dan terjamin serta lebih BAGUS dari menyertai MLM bukan? Kembali kepada realiti, tanya pada diri anda, adakah anda berjaya memiliki kereta idaman dengan hanya berkerja makan gaji saja? Memiliki rumah yang besar? Ada simpanan yang banyak? Shopping ke sana ke sini mengikut kemahuan sendiri? Menjalani kehidupan tanpa ada tekanan hutang? Tanpa ada tekanan kerja dari BOS? Tekanan kerja dari pekerja bawahan? Terkejar ke sana ke sini menjalankan tugas dengan kadar gaji yang sama saja setiap bulan. Pada hakikatnya, anda berkerja di dalam sebuah syarikat di mana, BOS anda menjalankan perniagaan antara syarikat dan anda adalah sebagai ‘tenaga kerja’ yang membantu perniagaan BOS anda. Tetapi realitinya anda mengharapkan kehidupan yang hanya BOS anda miliki.
MLM boleh dilakukan secara part time dan tidak semestinya meninggalkan kerja anda sekarang. Menceburi MLM bermaksud anda berkerja untuk diri sendiri, sebagai perniagaan anda sendiri, anda adalah bos dan jadi anda layak menikmati kehidupan seorang boss bukan? Konsep sama juga seperti anda berkerja. Dalam alam pekerjaan atau makan gaji, orang atasan anda (supervior) atau boss anda bertindak sebagai UPLINE, dan kakitangan bawahan (jika ada) bertindak sebagai DOWNLINE anda. Tetapi apa yang membezakan di dalam MLM adalah, anda mampu memperolehi pendapatan (gaji) yang jauh lebih besar dari bos anda (upline) dan pendapatannya tiada had!
So, it’s just the same but the potential are very powerful! Think again, which one do you choose? Work for people (and making them rich) or work for yourself (and of course, you make yourself rich!). Take a chance, and make a different! Let’s continue reading shall we?
Kebanyakan orang ramai tidak faham dengan jelas apa itu MLM dan apakah perlu mereka lakukan untuk berjaya. Disebabkan kurangnya ilmu dan proses pembelajaran di dalam bidang ini, ramai yang kecundang dan menyebabkan MLM diburuk sangka. Jika anda mampu mengatasi masalah ini, ia tidak mustahil untuk anda menjadi salah seorang yang berjaya di dalam MLM. Keluarkan minda negatif anda dan keluarkan diri anda daripada pergaulan negatif. Cuba anda perhatikan kepada mereka yang membuat kenyataan buruk terhadap MLM, adalah mereka ‘pekerja jutawan’? Adakah mereka mempunyai cara atau platform lain untuk berjaya menjadi jutawan (selain melibatkan diri di dalam perniagaan)? Jarang sekali bukan? Kejayaan adalah hasil kerja diri anda sendiri, MLM adalah perniagaan anda, anda yang tentukan hala tuju. MLM adalah salah satu cabang perniagaan yang sama seperti mana-mana sumber rezeki (perniagaan) yang lain, tetapi ia mempunyai potensi pendapatan yang jauh lebih besar dengan caranya yang tersendiri.
Misya : Perbanyakkan cabang rezeki.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.