Sebelum sampai ke tempat ni, jalan agak sesak. Tak sangka ramai rupanya orang tahu tentang festival ni. Haiyaa saya duk Putrajaya pun kadang tak tahu pun event-event kat Putrajaya ni. Huhu
Kami sampai sini dalam jam 10.00 malam still ramai orang! Ternyata orang Malaysia memang food lovers. Ramainya orang..
1st thing saya nampak adalah seafood goreng ni. Ala-ala telur dadar pancake. Ada udang dan sotong. Looks yummy.. Sekeping berharga RM6.00.
Nila rupa seafood goreng tu. Rasanya boleh tahan sedap. My husband said the taste like jemput-jemput.
Ok as we all know, mangga dengan makanan Thai memang takleh dipisahkan. Ada 1 gerai ni jual float mangga plus aiskrim. Perghhhh dibawakan segar dari ladang tapi dimodenkan. Secawan RM5.00.
Omg heavennya mangga float ni!! Ada aiskrim vanilla, ada kiub mangga fresh memang sedap giler!! Totally fresh mango!
Jalan punya jalan ternampak pula BBQ Chicken & Meat ni. Tryla beli 1 yang chicken. Harga RM5.00 sebatang.
Chicken BBQ ni ada kuahnya. Nampak menyelerakan. Almaklum perut da lapar semua nampak sedap. Hehe
Ginila rupanya Chicken BBQ yang kami beli. Sedap juga..
Perjalanan diteruskan. Husband saya dah kehausan. So kami singgah ke booth Teh Tarik Ais ni. Hebat tukang tarik teh ni.
Ada teh original dan teh hijau. Husband saya beli teh tarik ais biasa. Saiz kecil RM4.00. Serius sedap giler!! Kow kow rasa teh dia. Patutlah ramai orang beratur kat kedai ni.
Last sekali sebelum balik, saya ternampak benda alah ni. Nampak menarik berwarna-warni. Rupa-rupanya ia sejenis manisan. Dibuat daripada kelapa. Tryla beli sebekas RM5.00. Teringin nak rasa. Rupanya dia rangup dan isinya tu manis. Sedap saya suka. But husband saya tak suka sangat. Huhu.
Oklah sape-sape datang Putrajaya bolehlah singgah ke sini. Rasanya hari ni last day. Macam-macam makanan Thai yang jarang kita jumpa dijual. Yang penting Halal. Ada macam-macam lagi tapi saya tak beli semua. Ada roti tisu coklat, satay ikan, pancake Thai, kebab Thai, Sangkhaya dan pelbagai lagi yang pelik-pelik namanya. Tak rugi mencuba. :)
Misya : Elakkan membazir makanan.
adduhhh..bahagianya bila nampak makanan..
ReplyDeleteKan.. Bahayanya bila leh lupa diri bila nampak makanan. Hehehe
DeleteJom join... Tag...
ReplyDeletehttp://jombercontest.blogspot.my/2017/03/1st-giveaway-by-ravishing-obsession.html
Makanan thai memang nampak sedap. ice cream kelapa tu takda ke?
ReplyDelete@Seorang Syed Oh ada! tapi saya dah beli mango float tu dah ada aiskrim tu yg malas dah nak beratur beli aiskrim kelapa. hehe
ReplyDelete