Friday, May 5, 2017

Kerana lidah lebih tajam daripada pisau...

Salam. Tanpa kita sedari kadang-kadang kerana Lisan atau Lidah mengakibatkan buruk padahnya. Benarlah kata pepatah lidah itu lebih tajam daripada pisau. But sometimes kita tak sedar pun lidah kita menuturkan kata-kata yang menghiris hati orang lain. Jom kita tengok apa contoh-contoh kisah ketajaman lidah yang maybe kita terbuat tanpa sengaja lalu memberi efek kepada kehidupan orang lain. Moga jadi pedoman buat kita semua.


Kisah Pertama :


Seorang adik perempuan bertanya kepada kakaknya ketika bertandang ke rumah seminggu setelah kakaknya itu melahirkan seorang bayi yang comel. "Hadiah apa yang diberikan oleh suamimu setelah engkau melahirkan bayi untuknya?" "Tidak ada." Jawabnya ringkas. Kata adiknya lagi, "Uish!! Takkan camtu?! Adakah engkau tidak berharga di sisinya? Aku sendiri kerap dapat hadiah dari suamiku walaupun tanpa alasan yang istimewa."  

Petang itu, ketika suami kakaknya penat pulang dari bekerja, dilihat isterinya sedang merajuk sedih di rumah. Mereka berdua sering bergaduh sejak itu. Tak lama kemudian, suami dan isteri ini bercerai. Dari mana punca masalah rumahtangga mereka? Hanya dari pertanyaan yang diucapkan oleh adik kepada isterinya.


Kisah kedua :

Seorang ibu mertua bertanyakan soalan tentang keselesaan rumah anak menantunya. "Kamu tidak rasakah rumah kamu ini terlalu sempit? Bukankah anak-anak kamu sudah ramai?” Rumah yang tadinya terasa lapang, sejak ketika itu mula dirasa sempit oleh penghuninya. Ketenangan yang dulu membajai rasa kasih di dalam keluarga, juga turut hilang ketika keluarga ini mula tersepit dengan hutang kerana cuba membeli rumah yang lebih besar dengan berhutang diluar kemampuan kewangan keluarganya.


Kisah ketiga :
Seorang kawan bertanya. ''Berapa gaji kamu sebulan?" Kawannya menjawab, "RM2000.00." "Hanya RM2000.00? Sikitnya!!! Majikan kamu tidak reti menghargai kerja kamu. Mana cukup untuk memenuhi keperluan hidup kamu? "

Sejak itu dia membenci pekerjaannya. Dia meminta kenaikan gaji pada majikannya. Sayangnya majikan tidak mampu serta menolak dan terpaksa menamatkan perkhidmatannya. Kini dirinya tidak berkerja dan mengganggur. 


Kisah keempat :


Seseorang bertanya kepada makcik tua. "Berapa kali anak-anak makcik datang melawat makcik dalam sebulan?" Makcik itu menjawab, "Sebulan hanya sekali." Si penanya menempelak, "Uish!! Melampau sekali anak-anak makcik. Di usia makcik sebegini, sepatutnya mereka mengunjungi makcik dengan lebih kerap lagi." 

Hati si makcik menjadi sedih. Sedangkan sebelum ini dirinya terlalu rela dan memahami kesibukan anak-anaknya. Makcik tadi mula menangis dan bersedih. Ini memburukkan kesihatan tubuhnya hingga jatuh sakit.



Apakah sebenarnya keuntungan dan manfaat yang kita perolehi ketika bertanya seperti pertanyaan-pertanyaan di atas? Jagalah lidah kita dari mencampuri kehidupan orang lain.Tidak perlu cemburu dengan kebahagiaan yang diperolehi org lain. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya.. Andai dia berbahagia lihatla corak dan gaya kehidupannya bukan menghukum dengan membawa cerita. Mengecilkan dunia mereka itu hanya akan menanamkan rasa tidak redha pada apa yang mereka miliki. Jika terus berperangai seperti itu, kita juga akan menjadi agen kerosakan di muka bumi ini. Perosak kebahagiaan orang lain. Andai ada bom yang meletup, cubalah periksa diri. Adakah kita yang menyalakan sumbunya?


Misya : Elakkan mengumpat.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...