Friday, February 8, 2019

Resepi Strawberry Milkshake Ringkas dan Sedap

Salam. Yang suka minuman lemak berkrim tetapi menyihatkan, boleh try resepi Strawberry Milkshake yang simple ni. 1st time saya try buat, perghhh marvelous sangat-sangat! Takyah beli kat kedai tapi leh dapat milkshake ala-ala di hotel. hehe.. Kebetulan officemate jual strawbery, saya pun belilah. Tapi disebabkan rasanya agak masam, saya frozenkan dalam peti sejuk. Baru boleh jadi milkshake. Cubalah ya!


Bahan-Bahan

Frozen Strawberry
Low Fat Milk
Sedikit Gula
Sedikit Serbuk Vanilla
Jangan lupa, blender untuk mengisar!


Kaedah Membuatnya

1. Campurkan sahaja semua bahan dalam blender. Kebetulan baru beli blender set jenama Magic Bullet from Lazada ni, tu lagi semangat nak try wat milkshake. hehe..


2. Onkan blender, kisar sampai semua bahan hancur dan sebati. Dari warna putih susu bertukar jadi warna pink.


3. Siap untuk dihidang!

Kepekatan rasa terpulanglah pada uols. Tapi aroma strawberry milkshake ni memang memikat selera. Sebab saya letak sedikit serbuk vanilla tu yang wat bau harum strawberry tu naik. 

Bolehlah minum sepuasnya. Bagus hidangan ni sebab menyihatkan but janganlah letak gula banyak sangat ya. Lagi bagus tak perlu letak gula. Tapi kalau strawberry masam sangat, better letaklah sikit gula.

Cuma my advice lepas buat milkshake ni better terus habiskan minum. If simpan-simpan dia jadi kurang fresh. Nanti susunya jadi termendak kat dasar cawan. Tak creamy sangat lah. So sekali wat terus habiskan lagi bagus. Sesuai lah untuk breakfast. Makan dengan pancake or biscuit. Bagus untuk anak-anak kecil sebab low fat, menyihatkan but still boleh memberikan tenaga.



Misya : Susah jumpa strawberry yang manis.

3 comments:

  1. blender tu bestnya.. boleh buat macam2 juice. cantik colour milkshake tu.. rasa mesti sedap rasa stroberi =D

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...