So, aktiviti kami selepas check in di guest house, malamnya terus kami berjalan kaki menuju Seoul Tower yang betul-betul dekat dengan Namsan Guest House tempat kami menginap. Penat juga sebab kena mendaki jalan berbukit untuk ke tempat cable car. Tapi sebab udara yang sejuk, tak terasa sangat kepenatannya. Excited lagi adalah. huhu..
Suasana di luar guesthouse. Ramai pasangan Korea berdating di laluan ni untuk ke Seoul Tower.. Nampak romantik je memasing. Yang best, setiap laluan di bandar Seoul ni sangat-sangat bersih! Plus rasa sangat selamat if nak jalan sorang-sorang berbanding lorong-lorong di KL. Huhu..
Ok dah sampai kat bangunan untuk menaiki cable car ke Seoul Tower. Banyak kereta-kereta mewah kat situ.. Kelihatan ramai tengah beratur menunggu giliran.
Nak naik cable car ada tiket.. Lebih kurang 8000 won (RM25.00) seorang pergi balik.
Inilah tiketnya! huhu..
Ramai betul pengunjung nak naik Seoul Tower. Mungkin esoknya public holiday so rakyat Korea pun keluar jenjalan dengan buah hati dan family memasing. Kat luar sejuk tapi kat dalam ni panas. Maybe dorang pasang heater.
Finally kami sampai di bawah Seoul Tower! Actually tower ni tak tinggi pun tapi sebab dia terletak atas bukit makan nampak macam tinggi. Salah satu mercu tanda Korea yang wajib dilawati if sampai di Korea. Sebab dari puncak tower ni boleh melihat seluruh bandar Seoul yang sangatlah luas. Ala-ala Menara KL pun ada.
Hehe memasing excited nak naik tower ni!
Before masuk dalam tower kenalah beli tiket.. Dalam tower ni bukan setakat ada tempat nak tengok bandar Seoul tapi ada Muzium Teddy Bear. So, saya dan husban ambil pakej kedua-duanya sekali sebab lebih murah. Lagipun bukan selalu nak datang sini kan...
Pintu masuk ke Seoul Tower...
Disebabkan Muzium Teddy Bear tutup lebih awal, maka kami singgah ke sini dulu sebelum naik ke puncak Seoul Tower. Takut tak sempat..
Cak!! Alololo tomei nya teddy bear kat sini... Dari sekecil-kecil hingga lah yang paling besar! Haishh geram rasa nak peluk je!
Kenapa ada teddy bear museum ni? Sebab ada kaitan dengan cerita dongeng sejarah negara Korea. Semua pameran di sini adalah teddy bear!
Comel kan teddy bear tu? Gemok! Haha...
Eh, ada extra teddy bear! My hubby....! Hehehe..
Ecececeh... Pandai pose ya abang sayang ni..;)
Gitewwww... Ada teddy bear boleh Gangnam Style lagi tau!
Antara replika teddy bear yang dipamerkan.. Setiap replika mempunyai cerita tersendiri..
Tahu tak, patung-patung teddy bear tu bergerak-gerak tau bila kita singgah kat tempat dia! Huhu.. Siap sound effect lagi.
Kalau sorang-sorang lalu tempat ni agak menyeramkan juga sebab teddy bear tu semua macam real.
Haaa comel tak kami? Hehe.. Macam comel je, macam comel je..;p
Ok, next kami menaiki lif untuk ke puncak Seoul Tower!
Ahha ada warning di luar lif! Macam suspen je, macam suspen je! Huhu nak tahu apa yang berlaku? Korang kena lah datang sini.. Hehe..
Dah sampai..:) Mahu lihat pemandangan indah bandar Seoul? Masukkan 500 won (RM2.00) dalam teropong ni. Serius sangat clear seluruh bandar Seoul!
Sangat besar dan luas bandar Seoul ni..! SubhanaAllah..
Kelihatan jambatan-jambatan yang merentasi sungai dan dihias indah dengan lampu-lampu warna-warni..
Pendapat kami tentang bandar Seoul ni, kelebihannya adalah lebih kepada keluasan bandar. Sampai nun hujung sana pun masih bandar Seoul. Dari segi senibina dan bilangan bangunan pencakar langit sangat kurang. Bangunan-bangunannya biasa-biasa saja..:) Cantik lagi KL. Hehe..
Posing-posing di area puncak Seoul Tower.. Ramai betul orang di sini. Tapi pelancong Islam sangat kurang. Ada la mat saleh dalam beberapa orang. Mostly orang tempatan.
Before balik, sempat lagi posing..
Di luar Seoul Tower ni ada pokok-pokok yang menggantung kunci mangga. Tapi terlupa nak tangkap gambar. Kunci-kunci mangga tu akan diletakkan oleh sesiapa saja yang mahu membuat hajat. Lebih kurang gitulah tujuannya. Memang penuh setiap pokok tu. Huhu..
Goodbye Seoul Tower! Nak turun dah..
Tangga-tangga yang perlu didaki dan dituruni sebelum sampai ke Seoul Tower.
Sempat last pose sebelum pulang ke Namsan Guest House..
Kenangan yang sangat indah dapat menghabiskan masa berdua-duaan dengan husband tersayang di sini. Jauh dari kesibukan kerja dan suasana tak stress di KL. Tiada siapa ganggu kami di sini. Hehe. Dengan cuaca yang sejuk dan nyaman, memang ramai lah couple-couple Korea, dating kat sini. Huhu.. So, complete Part 2 punya story.
Next part, will be Lotus World and Itaewon (daerah penduduk Muslim).. Tunggu............;)
Misya : Indahnya dating secara halal.
wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh bestnya!!!!!!!
ReplyDeleteSweet pulak tu huhuhu untunglah ~~ hihi
Wow jelesnya >< cepat2 upload part 3 ye~ tak sabr nak tgok hahahaha bila lah sy ni nak sampai ke sana huhuhu
ReplyDeleteJimat gak yer RM4k gi korea berdua. Saya gi bali minggu lps pun habis RM4k gitu. Wah boleh gi thn dpn. Tq yer bgtau.. Its sounds good. :)yer
ReplyDelete