Salam semua.. Haaa siapa peminat Ustaz Azhar Idrus (UAI) kat sini? Rasanya memang ramai peminat beliau. Dah tengok filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang! arahan Pierre Andre yang menampilkan UAI dan kumpulan lawak Shiro? Haha serius kalau korang gi tonton, takkan kering gusi dari awal sampailah habis story! Saya dan suami dah pi tengok dah. 1st time tengok iklan tentang movie ni kat TV, terus kami sangat-sangat excited nak tengok UAI berlakon filem! Akhirnya GSC Alamanda Putrajaya menjadi pilihan.
Pada awalnya nak amik tiket jam 10.15 malam. Full babe!! 10.55 pm pun sama! Perghh hebat betul penangan UAI neh.. Last-last kami pilih tayangan jam 11.30 malam. Nasib bek malam minggu. Itu pun dapat seat row ketiga dari depan. Demi UAI kami redah jua! Huhu...
Snek before masuk panggung.. Hotdog, fish & chip, pop corn and drinks. Benar-benar excited ni nak tengok UAI main filem! Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang!!!
Hehe sempat juga my hubby pose di sisi giant poster filem ni. Kami sangat-sangat happy sampai on the way balik rumah pun masih lagi kami bergelak-ketawa mengenangkan lawak-lawak dalam filem tersebut.
Filem ni menampilkan Shiro sebagai watak utama sebagai Dadu dan Muiz yang mahu mengubah kehidupan mereka yang jauh dari tuntutan agama Islam selepas diduga dengan pelbagai cabaran. Mereka mengetahui tentang UAI melalui saudaranya, Hamzah yang dahulunya sangat sosial tetapi sudah menjadi alim kerana terpesona dengan dakwah yang disampaikan oleh UAI. Sejak itu. Dadu dan Muiz menanam azam dan misi untuk melihat UAI secara live! So, rasa-rasa dorang berjaya ke? Yas, berjaya tapi sepanjang perjalanan tu banyak benda yang tak disangka telah berlaku. Nak tahu apa dia? Kena tengok filem ni sendiri!
Walaupun filem ni sarat dengan komedi tetapi ianya penuh dengan mesej keagamaan yang disampaikan dengan cara yang baik dan spontan tanpa penonton sedari. Sangat kagum dengan idea Pierre Andre. Bukan sekadar nak tampilkan UAI tetapi mesej Islam dapat disampaikan secara tak langsung melalui komedi-komedi bersahaja dari Shiro. Aura UAI telah menarik minat penonton sehingga berjaya mengutip RM1.4juta dalam masa 4 hari ditayangkan! MasyaAllah.. Satu perkembangan positif dalam dunia perfileman islamik. Tahniah wat semua krew dan pelakon Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang! Saya bagi 4 setengah bintang!=)
Misya : Tiada seorang pelakon wanita pun terlibat dalam filem ini.
pelakon wanita sorang pun takde ? wuuu xD
ReplyDeletebest ni...
ReplyDeleteDah tgk jg... memang bez... filem islamik pertama yg x melibatkan percampuran lelaki n pompuan.. :)
ReplyDeletewaa..
ReplyDeletekalau dh klakar tahap cmni mmg kompom kne tgk..
thanx kasi review.
@Farah Arina a'ah dear.. dah habis tengok baru perasan, eh takde pelakon pompuan langsung. huhu
ReplyDelete@Muhammad Khairuddin Lim memang best!=)
ReplyDelete@Aniq Bukhary Kan? 1 perubahan yg sgt bagus dalam dunia perfileman..:)
ReplyDelete@Shark Kay Sama-sama shark! Cecepat gi tonton k!=)
ReplyDeleteamal nak tgk jugak :(
ReplyDeletedoakan hari ni kami adik beradik dapat tengok