Monday, July 27, 2020

Tiada lagi Youtuber Sugu Pavithra

Salam. Gara-gara kontroversi yang melanda Youtuber masakan terkenal Malaysia iaitu Sugu Pavithra, maka mereka mengambil keputusan untuk memadamkan semua video di dalam Youtube channel. As we all know, baru-baru ni Sugu telah ditahan kerana memukul Pavithra (baca SINI) tapi Pavithra menarik balik laporan polis terhadap suaminya, Sugu dan memaafkan suaminya. Sungguh kental ya hati Pavithra ni. Maybe dengan limpahan income dan populariti secara mendadak menyebabkan pasangan ni mengalami sedikit tekanan. Almaklum bila dah terkenal, segala cerita luar dan dalam akan dikorek oleh media dan netizen. Kesian juga kat dorang.



Dan yang paling terkesan bila mereka ambil keputusan memadamkan kesemua video dalam YT channel mereka. Menurut MStar, keputusan tersebut dibuat kerana mereka tidak mahu lagi ada kaitan dengan media YouTube tersebut dan mahu menjalani kehidupan normal seperti sebelum ini. Walau bagaimanapun, channel Sugu Pavithra masih lagi wujud cuma tiada lagi video masakan mereka dipaparkan.


Mana tahu in future mereka buat come back? Wallahualam.. Sayang juga bila viewer dan subscriber dah banyak begitu, tetiba dipadamkan. Tapi yela, hanya empunya diri yang lebih mengetahui. Moga mereka baik-baik saja dan hidup dalam keadaan tenang tanpa gangguan daripada media dan netizen. All the best on your life Sugu Pavithra!



Misya : Pernah terfikir nak stop blogging tapi tetap kuatkan semangat.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...