Sunday, July 19, 2020

Resipi Ketam Goreng Bercili

Salam. Semalam saya order COD ketam dan udang murah from my friend, Kak Ayu. 1 set udang dan ketam mini berharga RM25.00 but only area Putrajaya je. Huhu. Dah lama tak makan ketam so request kat husband suh beli. Plan nak masak lemak cili api tapi disebabkan ketamnya kecil-kecil terlalu comel maka saya cili-cilikan ketam tersebut. Actually saya jarang masak ketam but today terus berjaya masak Ketam Goreng Bercili dengan sedapnya. Hihi sorry angkat bakul sendiri.

Bahan-Bahan

Ketam 
Cili Kering
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Sos Cili
Telur (Jika mahu)
Asam Keping
Serbuk Kunyit
Garam & Gula


Cara Memasak

1. Rendam cili kering dengan air panas dan kisar bersama dengan bawang merah, bawang putih dan halia.


2. Gaul ketam dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Kemudian goreng sehingga kekuningan. Angkat ketam dan asingkan terlebih dahulu.

3. Tumiskan bahan kisar menggunakan minyak gorengan ketam tadi then letak sedikit sos cili, sekeping asam keping dan taburkan sedikit gula. Tumis sehingga pecah minyak dan warna cili menjadi merah pekat gitu.

4. Lastly masukkan ketam dan taburkan garam secukup rasa. Jika mahu, boleh pecahkan sebiji telur. Gaul sehingga rata dan sedia dihidangkan.


Misya : Tak pandai siang ketam.

2 comments:

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...