Wednesday, July 22, 2020

Suami Youtuber Sugu Pavithra direman kerana pukul isteri?

Salam. Rasanya satu Malaysia kenal dengan Youtuber masakan yang sedang popular sekarang kalau bukan Sugu Pavithra. Saya sendiri pun pernah share bagaimana Pavitra telah di makeover persis supermodel terkenal yang sangat cantik dalam entri INI. Walau bagaimanapun, hari ini dalam akhbar The Star melaporkan suami kepada S.Pavithra iaitu M.Sugu telah ditahan reman selama 3 hari oleh pihak polis kerana telah memukul Pavitra.


Menurut The Star, Sugu dalam keadaan mabuk cuba membuat kekacauan dan memukul Pavithra ketika Pavithra berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak melawat saudaranya. Dikatakan Sugu naik berang rentetan daripada Pavithra yang tidak menyebut namanya ketika menerima sebuah anugerah khas untuk anak kelahiran Ipoh, Perak yang pernah diberikan kepada Dato' Michelle Yeoh sebelum ini pada Isnin lalu. What happen after this, kena tunggu keputusan mahkamah selanjutnya.

Sumber : The Star.



Erm bila suami atau isteri dah popular dan dikenali ramai, maka dugaannya akan ada mula ada sifat cemburu sebab yang popular akan mendapat perhatian lebih. Mungkin Pavithra tak sengaja terlupa nak sebut nama husbandnya masa terima award akibat nervous. Macam masa dia jumpa Perdana Menteri pun nampak betapa nervous nya dia. Tapi tak tahulah apa masalah sebenarnya dorang ni. Diharapkan apa-apa problem pun settle dengan cara yang baik. Sayanglah dah elok-elok jadi Youtuber terkenal sampai leh menjana income dan upgrade kehidupan dengan lebih baik, suddenly jadi camni pula. Sama-sama lah kita bermuhasabah diri juga.


Misya : Jauhi arak.

4 comments:

  1. Dah popular ni jaga la perangai, sikap dan tutur kata. Sebab orang nampak. Orang akan amik tahu

    ReplyDelete
  2. yerla..nama pun secara tiba2 dia femes..kdg2 xprepare word ape nk sebut..lg2 tiada pengalaman dan sebagainya..kalau dah pukul naya..habisla cmtu..huhuuu

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...